
Honda PCX160 kembali ke Malaysia, harga RM12,998
Only social or community posts, or a single source.
What happened
KUALA LUMPUR: Boon Siew Honda Sdn Bhd (BSH) memperkenalkan Honda PCX160 Serba Baharu ke pasaran Malaysia, menandakan kemunculan semula skuter premium itu selepas enam tahun, dengan harga jualan disyorkan RM12,998. (Berita Harian, 20:35)
Read the reporting
2 reports
Honda PCX160 kembali ke Malaysia, harga RM12,998
KUALA LUMPUR: Boon Siew Honda Sdn Bhd (BSH) memperkenalkan Honda PCX160 Serba Baharu ke pasaran Malaysia, menandakan kemunculan semula skuter premium itu selepas enam tahun, dengan harga jualan disyorkan RM12,998.
Model baharu itu hadir dengan reka bentuk lebih moden dan elegan, selain dilengkapi teknologi sambungan Honda RoadSync bagi memenuhi keperluan penunggang di kawasan bandar.
Menerusi meter TFT lima inci, Honda RoadSync membolehkan penunggang mengakses navigasi, panggilan telefon, muzik dan notifikasi mesej ketika dalam perjalanan.
PCX160 turut dilengkapi Honda Selectable Torque Control (HSTC) dan sistem brek Anti-Kunci (ABS) bagi membantu meningkatkan kawalan serta keyakinan penunggang ketika menunggang.
Untuk aspek praktikaliti, skuter itu menawarkan ruang simpanan bawah tempat duduk berkapasiti 30 liter, sistem kunci Honda Smart Key, port pengecasan USB Type-C serta lampu LED penuh. Suspensi belakang jenis sub-tank turut disediakan bagi menyokong keselesaan tunggangan.
PCX160 yang diperakui sebagai Kenderaan Cekap Tenaga (EEV) mencatatkan penggunaan bahan api sehingga 2.3 liter bagi setiap 100 kilometer.
Dengan tangki bahan api berkapasiti 8.1 liter, model itu mampu menawarkan jarak perjalanan sehingga kira-kira 350 kilometer.
Pengarah Urusan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif BSH, Kunitomo Asano, berkata PCX160 serba baharu diperkenalkan bagi memenuhi keperluan penunggang masa kini yang mengutamakan teknologi moden dan praktikaliti.
"Kami tahu ramai penunggang menantikan kepulangan PCX160 yang menawarkan teknologi dan keselesaan untuk kegunaan harian, sambil mengekalkan reka bentuk elegannya," katanya ketika pelancaran Honda PCX160 Serba Baharu.
Turut hadir, Pengerusi Lembaga Pengarah Boon Siew Honda, Datuk Seri Tan Hui Jing.
Dalam perkembangan berkaitan, BSH menawarkan jaminan tambahan selama setahun menerusi program Honda X-Tend Warranty kepada pemilik Honda PCX150 yang menukar beli motosikal mereka untuk menaik taraf kepada PCX160 baharu.
Tawaran itu sah sehingga 31 Disember 2026 melalui Honda Impian X, pengedar Honda terpilih dan pusat pemeriksaan iMotorbike.
Honda PCX160 ditawarkan dalam pilihan warna kelabu dan putih, dijangka mula tersedia di Honda Impian X serta pengedar sah Honda di seluruh negara mulai 14 Oktober 2026, dengan jaminan pengeluar selama dua tahun atau 20,000 kilometer, mengikut mana-mana yang terdahulu.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- 2 independent sources
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
- First mainstream coverage by Berita Harian at 20:35, 89 min after first detection
- Discussed in English, Bahasa Malaysia
Attention graph
Timeline
Where it started
How it spread
- Step 1NewsPaul Tan's Automotive News19:06
- Step 2News outletsBerita Harian20:35 · +89 min
Internet reaction
- 2027 Honda PCX160 returns to Malaysia after six year absence, priced at RM12,998u/Mohan K Ramanujam · Paul Tan's Automotive News · 19:06 · EN
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Berita Harian
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
All sources (2)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.