
Kulusevski kembali selepas lebih 500 hari
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
LONDON: Dejan Kulusevski bakal kembali membuat penampilan bersama skuad Tottenham Hotspur buat kali pertama dalam tempoh lebih 500 hari apabila kelab itu menentang Coventry di laman sendiri dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL), awal pagi Selasa ini. (Berita Harian, 21:43)
Read the reporting
2 reports
Kulusevski kembali selepas lebih 500 hari
LONDON: Dejan Kulusevski bakal kembali membuat penampilan bersama skuad Tottenham Hotspur buat kali pertama dalam tempoh lebih 500 hari apabila kelab itu menentang Coventry di laman sendiri dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL), awal pagi Selasa ini.
Pemain tengah Sweden itu kembali selepas dia terpaksa berehat panjang akibat kecederaan lutut serius dialaminya pada Mei 2025.
Pengendali Tottenham, Roberto De Zerbi mengesahkan Kulusevski akan memulakan perlawanan dari bangku simpanan selepas mendapat lampu hijau daripada pasukan perubatan kelab.
"Kulusevski berada di bangku simpanan. Kami sudah mengadakan perbincangan dengan kakitangan perubatan dan mereka memberi kebenaran. Ini berita yang sangat baik.
"Deki sudah terlalu banyak menderita. Dia layak merasai kembali emosi beraksi di atas padang," katanya kepada pemberita, hari ini.
Kulusevski, 26, terlepas kejayaan Tottenham menjuarai Liga Europa pada 2025, keseluruhan musim lalu serta Piala Dunia tahun ini akibat kecederaan berkenaan.
De Zerbi mengakui gembira apabila dapat memaklumkan kepada pemain itu bahawa dia kembali disenaraikan dalam skuad bagi menghadapi pasukan kendalian Frank Lampard.
"Saya memberitahunya bahawa saya sudah berbincang dengan kakitangan perubatan dan mereka memberi kebenaran. Dia terus tersenyum lebar.
"Kami sangat gembira. Ini bukan soal bola sepak. Dia pemain istimewa, tetapi kali ini kita bercakap tentang perkara yang lebih besar. Dia banyak menderita dan reaksinya sangat baik," katanya.
Tottenham kini menghuni tangga tercorot EPL selepas mengharungi enam perlawanan musim ini dan menghabiskan sebahagian besar minggu lalu menjalani kem latihan cuaca panas di Marbella, selatan Sepanyol.
Bagaimanapun, Spurs masih kehilangan beberapa pemain akibat kecederaan, termasuk Savio dan Lucas Bergvall, manakala Rodrigo Bentancur terpaksa diketepikan kerana penggantungan.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- 2 mentions in the last hour after none the hour before
- 3 independent sources, 3 new in the last hour
- Driven by news coverage (3 mainstream mentions in 6h) with little social discussion so far
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
- Discussed in English, Bahasa Malaysia
Attention graph
Timeline
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsBerita Harian21:43
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 3 established outlet(s): Berita Harian, Free Malaysia Today, Harian Metro
What we don’t know
- No open questions flagged by the rules.
All sources (3)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.