
240 hektar sawah mungkin jadi semak, pesawah mengalah
Only social or community posts, or a single source.
What happened
Details are being gathered from the sources below.
Read the reporting
1 report
240 hektar sawah mungkin jadi semak, pesawah mengalah
ROMPIN – Berikutan tanaman padi diserang keladi, ulat batang, kutu beruang dan penyakit padi berdaun kuning, sebanyak 202 pesawah di Paya Sepayang, di sini tidak mahu meneruskan penanaman padi kerana mengalami kerugian besar.
Ini menyebabkan kawasan sawah padi seluas 240 hektar berisiko terbiar dan dipenuhi semak samun musim depan apabila pesawah tidak lagi mampu menyediakan modal untuk meneruskan penanaman semula.
Tindakan itu juga menyaksikan negara bakal mengalami kekurangan padi sebanyak 1,000 tan padi musim depan.
Negara yang kini mengimport 1.4 juta tan beras setahun kehilangan 2,000 tan padi setiap tahun daripada Paya Sepayang yang melakukan dua kali penanaman padi setahun.
Wakil pesawah, Ghani Mohd. Ros, 61, berkata, kehilangan modal dan kerugian dialami menyebabkan dia dan petani lain membuat keputusan untuk tidak menanam padi musim depan.
Katanya, serangan keladi, ulat batang, kutu beruang dan penyakit ‘misteri’ pokok padi menjadi kuning dan tidak berbuah menyebabkan 65 peratus sawah padi tidak dapat dituai.
“Yang dapat dituai pun rugi kerana hasil sedikit, salah satu lot sawah saya yang baru tuai mendapat 1.4 tan dengan potongan jualan 55 peratus dan cuma dapat RM1,200 sedangkan kos penanaman bagi satu lot seluas 1.2 hektar mencacah RM7,120.
“Bukan sahaja modal tidak dapat, tetapi kami rugi dan tidak mampu lagi menanam padi,” katanya selepas pertemuan dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mohd. Fadzli Mohd Ramly di sini baru-baru ini.
Baru-baru ini Kosmo! melaporkan, pesawah di daerah ini tertekan apabila modal lebih RM200,000 digunakan untuk menanam padi lebur selepas sawah diusahakan ditumbuhi pokok keladi agas dan paku rawan secara agresif sejak empat bulan lalu.
Fenomena itu pertama kali berlaku menyebabkan sebahagian besar pokok padi ditanam di kawasan seluas 240 hektar mati.
Selain serangan keladi, padi diserang ulat batang dan kutu beruang hingga hampir keseluruhan tanaman musnah.
The post 240 hektar sawah mungkin jadi semak, pesawah mengalah appeared first on Kosmo Online .
Why it is new
Not enough measurements yet to explain the score. Explanations are generated only from stored data.
Attention graph
Not enough history in this window yet. The engine measures every five minutes.
Timeline
No timeline yet.
Where it started
Unknown.
How it spread
Not enough data to show how this spread.
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Nothing independently established yet.
What we don’t know
- No open questions flagged by the rules.
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.