Malaysian Attention Engine
Live wire
56General : Gombak-Kota Bharu ECRL Tickets To Start At RM125, Sales Begin Mid-November54Politics : Ahmad Zahid Urges N. Sembilan Reps To Prioritise People's Welfare48'Dalam kesedihan begitu memedihkan, saya bersyukur Allah pinjamkan Hasmah begitu lama' - Tun M46Cedera digigit kucing peliharaan dilindungi skim LINDUNG 24 Jam46Gol lewat Ruventhiran bantu Melaka tewaskan KL City45Business : Malaysia Must Plan Data Centre Growth To Attract Quality Investments - Anwar45Scammer impersonates Raja Muda’s bodyguard to dupe public over luxury car, land deals: Selangor Palace45DBKL senarai hitam warga tempatan beri lesen perniagaan kepada warga asing - Hannah41Business : Malaysia's Inflation Eased To 1.8 Pct In September 2026 - DOSM39Momen anak-anak cium tangan sebelum pergi sekolah sangat berharga- Syed Saddiq38Sport : Pearly-Thinaah Advance To Denmark Open Quarter-finals36DKU Negeri Sembilan fail tindakan hina mahkamah terhadap MB dan 16 lain
NewUnconfirmedupdated 2 h ago

25 tahun berbakti, UKMSC iltizam perkukuh kepakaran

Only social or community posts, or a single source.

Attention
18
−100% / 60 min
Momentum
19
0 vs 1 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 19 Oct, 11:17 MYTLatest activity 19 Oct, 11:17BMconfidence 60%

What happened

DITUBUHKAN pada 2001, UKM Specialist Centre (UKMSC) pada awalnya bermula dengan 30 orang pakar perubatan dan kini berkembang sebagai sebuah penyedia perkhidmatan kesihatan tertiari dengan 157 orang pakar perubatan merangkumi lebih 40 subkepakaran. (Kosmo!, 11:17)

Read the reporting

1 report
Photo: Kosmo!
Kosmo!·News·BM·2 min read

25 tahun berbakti, UKMSC iltizam perkukuh kepakaran

By ZUBAIDAH IBRAHIM · 19 Oct, 11:17 MYT

DITUBUHKAN pada 2001, UKM Specialist Centre (UKMSC) pada awalnya bermula dengan 30 orang pakar perubatan dan kini berkembang sebagai sebuah penyedia perkhidmatan kesihatan tertiari dengan 157 orang pakar perubatan merangkumi lebih 40 subkepakaran.

Baru-baru ini UKMSC menyambut Jubli Perak sebagai menghargai perjalanan 25 tahun pusat penjagaan kesihatan itu memberi khidmat kepada masyarakat bersama insan-insan penting yang membentuk organisasi tersebut dan juga para pesakit.

Pencapaian itu bukan sekadar angka tetapi mengenai insan yang menjadi tulang belakang kepada perjalanan UKMSC.

Sehubungan itu, bersempena sambutan ulang tahun ke-25 ini, UKMSC turut memberikan penghargaan kepada kakitangan yang sudah lama berkhidmat di samping mengiktiraf sumbangan bekas dan pengarah perubatan semasa yang telah memainkan peranan penting dalam membimbing serta menyokong perkembangan UKMSC.

Inovasi serta teknologi yang menghubungkan kepakaran, kreativiti dan masa depan.

Pengerusi Lembaga Pengarah UKMSC, Tan Sri Muhammad Ibrahim berkata, sambutan 25 tahun institusi penjagaan kesihatan itu merupakan satu penghargaan kepada insan, pesakit, rakan strategik dan komuniti yang telah bersama-sama membentuk perjalanan yang panjang ini.

“Kepercayaan dan sokongan mereka menjadi asas penting yang membolehkan kami terus berkembang dan mencapai pencapaian ini.

“Kami amat berbesar hati untuk membawa sambutan ulang tahun ke-25 ini lebih dekat kepada masyarakat serta berkongsi detik bermakna bersama mereka yang telah menjadi sebahagian daripada perjalanan UKMSC,” katanya ketika berucap pada majlis sambutan 25 tahun UKMSC di Auditorium, Kompleks Pendidikan Perubatan Canselor Tuanku Ja’afar, Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia, Kuala Lumpur.

Tambah beliau, dalam melangkah ke arah 25 tahun yang akan datang, UKMSC beriltizam untuk terus memanfaatkan pengalaman dan kepercayaan yang telah dibina sepanjang perjalanan ini dengan memperkukuh serta memperluas perkhidmatan kepakaran.

Usaha ini turut merangkumi pengenalan teknologi dan rawatan perubatan baharu, penambahbaikan pengalaman pesakit serta pembangunan pasukan penjagaan kesihatan berkemahiran dan berdaya saing.

UKMSC juga akan terus meneroka pendekatan baharu bagi memastikan perkhidmatan penjagaan kesihatan khusus dapat diakses dengan lebih meluas serta sentiasa responsif terhadap keperluan pesakit dan keluarga.

Bagi menghidupkan kembali perjalanan 25 tahun UKMSC, pasukan UKMSC turut menghasilkan koleksi khas video testimoni dan kisah daripada individu yang mempunyai hubungan rapat dengan pusat ini.

Sambutan ulang tahun ke-25 UKMSC akan diteruskan selama setahun sehingga 2027 menerusi pelbagai aktiviti dan program bersama komuniti. Antara program yang dirancang termasuk car boot sale, fun run serta pelbagai aktiviti dan program lain yang akan menghimpunkan warga kerja UKMSC, pesakit, keluarga serta masyarakat setempat.

Sambutan sepanjang tahun itu bukan sekadar meraikan perjalanan 25 tahun UKMSC, malah menjadi platform untuk ia memberi kembali sumbangan kepada komuniti yang telah menyokong perjalanan organisasi ini.

The post 25 tahun berbakti, UKMSC iltizam perkukuh kepakaran appeared first on Kosmo Online .

As published in Kosmo!’s feed.Read at Kosmo!

1 / 1 · arrow keys switch reports

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 32NEWnow12:00
Latest 12:40 MYT
18New
Mentions / h0Velocity0.00/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Kosmo!) source

Where it started

Kosmo! (News)
19 Oct, 11:17 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Kosmo!
    11:17

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Kosmo!

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.