
4 maut kereta api tergelincir di Punjab
Only social or community posts, or a single source.
What happened
MULTAN: Sekurang-kurang empat maut dalam insiden sebuah kereta api tergelincir berhampiran Multan di wilayah Punjab, selatan Pakistan, hari ini. (Berita Harian, 14:44)
Read the reporting
1 report
4 maut kereta api tergelincir di Punjab
MULTAN: Sekurang-kurang empat maut dalam insiden sebuah kereta api tergelincir berhampiran Multan di wilayah Punjab, selatan Pakistan, hari ini.
Jurucakap Jabatan Perkhidmatan Kecemasan Punjab, Farooq Ahmed, berkata selain mangsa terkorban, sekurang-kurang 17 lagi mengalami kecederaan dalam kejadian berkenaan yang puncanya masih belum dikenal pasti.
Beliau berkata, 11 ambulans dan 30 anggota penyelamat telah dikerah ke lokasi sejurus kemalangan itu dilaporkan pada jam 5.21 pagi.
Seorang anggota penyelamat di tempat kejadian turut mengesahkan sekurang-kurang empat meninggal dunia, namun memaklumkan bahawa bilangan mangsa cedera mencecah 25 orang.
Presiden Pakistan, Asif Ali Zardari, dan Perdana Menteri, Shehbaz Sharif, menzahirkan perasaan dukacita mereka atas nahas itu.
Zardari turut mengarahkan pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan telus bagi mengenal pasti punca kejadian.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Berita Harian) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsBerita Harian14:44
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Berita Harian
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.