
66.7 peratus masih terdedah asap rokok
Only social or community posts, or a single source.
What happened
KUALA LUMPUR: Walaupun pelbagai zon bebas rokok sudah diwartakan, dapatan kajian kebangsaan membongkarkan realiti membimbangkan apabila 66.7 peratus responden melaporkan masih terdedah kepada asap rokok di sekurang-kurangnya satu tempat awam dalam tempoh sebulan. (Berita Harian, 14:22)
Read the reporting
1 report
66.7 peratus masih terdedah asap rokok
KUALA LUMPUR: Walaupun pelbagai zon bebas rokok sudah diwartakan, dapatan kajian kebangsaan membongkarkan realiti membimbangkan apabila 66.7 peratus responden melaporkan masih terdedah kepada asap rokok di sekurang-kurangnya satu tempat awam dalam tempoh sebulan.
Dapatan itu membuktikan kewujudan kawasan larangan semata-mata belum mencukupi sekiranya tidak diiringi dengan pematuhan masyarakat dan penguatkuasaan yang berkesan.
Presiden Persatuan Bulan Sabit Hijau Malaysia, Dr Ahmed Fairuz Mohamed berkata, bukti kajian antarabangsa merangkumi ulasan sistematik terhadap 144 kajian menyokong penuh manfaat persekitaran bebas rokok terhadap kesihatan kardiovaskular, pernafasan dan kesihatan ibu hamil.
Justeru, beliau menyifatkan pengenalan platform MyLapor oleh Kementerian Kesihatan (KKM) sebagai langkah tepat dalam menangani isu jurang pematuhan berkenaan.
"Zon bebas rokok melindungi orang ramai daripada pendedahan asap rokok pasif. MyLapor boleh membantu masyarakat menyalurkan maklumat terus kepada pihak berkuasa, tetapi keberkesanannya bergantung pada laporan yang bertanggungjawab dan tindakan susulan yang konsisten," katanya ketika diminta mengulas mengenai impak MyLapor kepada orang awam.
Menurut Dr Fairuz, MyLapor menyediakan saluran digital yang lebih mudah dan mesra pengguna melalui aplikasi MySejahtera, imbasan kod QR, mahupun portal dalam talian untuk menyalurkan aduan terus kepada Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) berhampiran.
"Sebelum ini, orang awam kerap berdepan kesukaran seperti tidak pasti saluran aduan yang betul, bimbang aduan tidak diendahkan, atau segan berdepan secara berkonfrontasi dengan perokok di tempat awam.
"Sistem ini memberi pilihan selamat untuk orang awam bertindak sebagai 'mata dan telinga' pihak berkuasa tanpa perlu bertelingkah," katanya.
Bagaimanapun, beliau menegaskan aduan orang awam wajar dianggap sebagai maklumat awal bagi membantu pemantauan dan pemetaan lokasi berisiko.
Katanya, pihak berkuasa tetap perlu membuat penilaian serta pengesahan sebelum mengambil tindakan penguatkuasaan.
"Maklumat yang tepat seperti lokasi spesifik, masa dan jenis kesalahan amat penting untuk membantu PKD membuat susulan secara berkesan.
"Kami berharap laporan disusuli dengan tindakan sewajarnya, status aduan dikemas kini, dan lokasi yang kerap berlaku pelanggaran diberi perhatian khusus menerusi tindakan undang-undang serta pendidikan," katanya.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsBerita Harian14:22
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Berita Harian
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (2)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.