
Aaliyah Yoong cipta rekod baharu Asia
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
KUALA LUMPUR: Atlet ski air negara, Aaliyah Yoong Hanifah mencipta rekod baharu Asia acara lompatan selepas mencatat jarak 51.9 meter (m) pada Kejohanan Holy Cow Cup di Lake Grew, Florida, Amerika Syarikat, yang berlangsung dari 9 hingga 11 Oktober lalu. (Berita Harian, 17:17)
Read the reporting
1 report
Aaliyah Yoong cipta rekod baharu Asia
KUALA LUMPUR: Atlet ski air negara, Aaliyah Yoong Hanifah mencipta rekod baharu Asia acara lompatan selepas mencatat jarak 51.9 meter (m) pada Kejohanan Holy Cow Cup di Lake Grew, Florida, Amerika Syarikat, yang berlangsung dari 9 hingga 11 Oktober lalu.
Catatan itu memadam rekod terdahulu 51.2m milik Saaya Hirosawa dari Jepun, selain memperbaharui rekod peribadi Aaliyah sendiri iaitu 51.1m.
Atlet berusia 23 tahun itu turut memperbaiki catatan terbaik peribadinya dalam acara slalom apabila berjaya melepasi dua boya pada jarak 11m atau 2@11m.
Pencapaian berkenaan menyaksikan Aaliyah kini memegang rekod Asia bagi keempat-empat kategori iaitu trik, lompatan, slalom dan keseluruhan, sekali gus mengukuhkan statusnya sebagai antara atlet ski air terbaik di rantau ini.
Aaliyah berkata, peningkatan prestasinya itu turut memberi kelebihan menjelang Kejohanan Dunia Ski Air IWWF di Australia pada Februari tahun depan.
"Keputusan ini membantu saya memperoleh kedudukan permulaan lebih baik pada Kejohanan Dunia di Australia tahun depan, sekali gus diharap membolehkan saya beraksi dalam keadaan cuaca dan persekitaran ski yang lebih baik," katanya.
Aaliyah yang dijadual menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Muda Psikologi di Florida Southern College (FSC) pada Disember ini, kini mengalihkan tumpuan kepada Kejohanan Kebangsaan Ski Air Kolej NCWSA di California minggu depan.
Pasukan ski air FSC menyasarkan kedudukan tiga terbaik daripada 12 pasukan universiti Divisyen Satu, manakala Aaliyah meletakkan sasaran peribadi untuk meraih tiga pingat emas dalam acara trick, lompatan dan keseluruhan.
"Sasaran peribadi saya adalah untuk memenangi pingat emas dalam ketiga-tiga acara itu," katanya.
Aaliyah sebelum ini membuktikan keupayaannya di pentas antarabangsa apabila meraih tiga pingat emas pada Kejohanan Dunia Ski Air Universiti IWWF 2025 di New Zealand.
Sementara itu, atlet berkenaan turut menunjukkan peningkatan ketara dalam acara slalom selepas mencatat rekod peribadi satu boya pada jarak 11.25m (1@11.25m) ketika menyertai Travers Grand Prix di Sunset Lakes, Groveland, Florida, September lalu.
Catatan itu mengatasi rekod Asia terdahulu miliknya iaitu lima boya pada jarak 12m (5@12m).
Kejohanan berkenaan juga menjadi penampilan sulung Aaliyah dalam saingan slalom profesional selepas sebelum ini lebih banyak menyertai acara trick dan lompatan.
"Slalom bukan acara terbaik saya kerana saya lebih menggemari trick dan lompatan.
"Namun, sebagai atlet yang bersaing dalam tiga acara, saya perlu terus memperbaiki prestasi slalom bagi meningkatkan kedudukan keseluruhan," katanya.
Aaliyah yang pernah mencipta sejarah sebagai pemenang pingat emas termuda Sukan SEA pada 2011 ketika berusia lapan tahun, kini menduduki ranking ketujuh dunia dalam acara lompatan dan ke-11 bagi trick, manakala slalom dalam kelompok 100 terbaik dunia.
Mengulas pencapaiannya di Travers Grand Prix yang menyaksikan dia menamatkan saingan di tempat ke-11 daripada 12 peserta profesional, Aaliyah tetap berpuas hati dengan prestasinya.
"Saya amat berpuas hati dengan pencapaian itu, terutama selepas pulih daripada kecederaan akibat kemalangan ketika melakukan lompatan awal tahun ini yang menyebabkan permulaan musim saya tertangguh," katanya.
Selain Kejohanan Dunia di Australia, Aaliyah turut menjadikan Sukan SEA 2027 yang bakal berlangsung di Malaysia pada September tahun depan sebagai antara sasaran utamanya.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- 2 independent sources
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsBerita Harian17:17
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 2 established outlet(s): Berita Harian, Harian Metro
What we don’t know
- No open questions flagged by the rules.
All sources (2)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.