Malaysian Attention Engine
Live wire
59SPRM kerjasama dengan PDRM teliti isu MyEG52Lima rakyat Malaysia ditahan di Jepun, seludup kokain RM3.1 juta dalam kasut50Garis panduan ketelusan royalti muzik tertangguh, tiga CMO fail semakan kehakiman50General : Haze: STAM, STPM Examinations In Pahang To Proceed As Scheduled46Lelaki pukul bekas teman wanita dipenjara 6 bulan44Business : NWE Resources' IPO Public Portion Oversubscribed 2.82 Times44World : F1 To Return To Africa For First Time Since 1993 With Race In Rwanda42Don’t defend wrongdoing, even if it involves Umno, says Khairy40Penganggur didakwa menyamar pegawai DBKL, tipu peniaga dapatkan lesen40Dr Mahathir sudah semakin sihat, lebih aktif – Marina40Akta antilompat parti gagal, aniaya MP digantung, kata Ronald Kiandee40Five Malaysians held in Japan over RM3.1mil cocaine haul hidden in shoes
NewConfirmedupdated 12 min ago

Garis panduan ketelusan royalti muzik tertangguh, tiga CMO fail semakan kehakiman

Reported by two or more established outlets, or an official source.

Attention
50
+300% / 60 min
Momentum
55
3 vs 0 mentions/h
Sources
3
3 mentions
Platforms
1
News
First detected 13 Oct, 18:23 MYTLatest activity 13 Oct, 19:01BMconfidence 81%

What happened

Garis panduan ketelusan royalti muzik tertangguh, tiga CMO fail semakan kehakiman (Harian Metro, 18:23)

Read the reporting

3 reports
Photo: Harian Metro
Harian Metro·News·BM·2 min read

Garis panduan ketelusan royalti muzik tertangguh, tiga CMO fail semakan kehakiman

By Noor Atiqah Sulaiman · 13 Oct, 18:23 MYT

am@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Penguatkuasaan garis panduan bagi memperkukuh ketelusan kutipan dan pengagihan royalti muzik oleh organisasi pengurusan kolektif (CMO) masih tertangguh susulan tindakan semakan kehakiman yang difailkan tiga organisasi berkenaan.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali, berkata tiga CMO terbabit ialah Music Authors Copyright Protection (MACP), Public Performance Malaysia (PPM) dan Recording Performers Malaysia (RPM), yang memfailkan tindakan itu pada 16 April 2025.

Beliau berkata, pendengaran substantif bagi semakan kehakiman berkenaan dijadualkan berlangsung pada 24 November ini.

"KPDN melihat penguatkuasaan garis panduan berkenaan amat kritikal bagi memperkukuh ketelusan tadbir urus CMO, termasuk dalam aspek pengiraan asas kadar tarif yang munasabah, kutipan pelesenan dan pengagihan royalti.

"Justeru, KPDN akan terus mempertahankan garis panduan ini mengikut jalur dan lunas undang-undang sewajarnya," katanya ketika menjawab pertanyaan lisan di Dewan Rakyat, di sini, hari ini.

Beliau menjawab soalan Cha Kee Chin (PH-Rasah) yang meminta penjelasan mengenai mekanisme Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) bagi memastikan kutipan, pengiraan dan pengagihan royalti oleh CMO dilaksanakan secara telus serta boleh diaudit, termasuk hak pemegang hak cipta untuk menyemak asas pengiraan royalti yang diterima.

Armizan berkata, garis panduan itu merangkumi penambahbaikan dalam pengurusan rekod kewangan dan tarif, tatacara pelantikan ejen pelesenan serta hak pengundian dalam mesyuarat agung tahunan.

Beliau berkata garis panduan berkenaan dibangunkan selepas beberapa siri libat urus dengan pemegang taruh sepanjang 2023 hingga 2024, membabitkan KPDN, MyIPO, Kementerian Komunikasi, Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC), Persatuan Karyawan Malaysia (KARYAWAN), ahli akademik, pengurusan CMO dan wakil penggiat seni tempatan.

Dalam usaha memperkukuh akauntabiliti pengurusan royalti, kerajaan turut memperkenalkan Seksyen 59C Akta Hak Cipta pada 2019 yang menyediakan saluran penyelesaian pertikaian menerusi Tribunal Hak Cipta.

Tribunal berkenaan boleh mendengar dan memutuskan pertikaian pengagihan royalti antara CMO dengan anggotanya, tertakluk kepada persetujuan kedua-dua pihak.

Selain itu, mulai 2022, CMO diwajibkan mengemukakan dokumen pematuhan untuk penelitian dan pertimbangan bagi pembaharuan perisytiharan setiap dua tahun.

KPDN melalui MyIPO mula mengawal selia CMO menerusi kerangka perisytiharan di bawah Seksyen 27A Akta Hak Cipta 1987 sejak 2012.

© New Straits Times Press (M) Bhd

As published in Harian Metro’s feed.Read at Harian Metro

1 / 3 · arrow keys switch reports

Why it is new

  • 2 mentions in the last hour after none the hour before
  • 2 independent sources, 2 new in the last hour
  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 3 mentions/hpeak 50first news pick-upNEWnow19:00
Latest 19:06 MYT
50New
Mentions / h3Velocity0.05/minSources3Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Harian Metro) source
  2. News
    First news outlet reports it (Berita Harian) source

Where it started

Harian Metro (News)
13 Oct, 18:23 MYT
Origin confidence 90% · 14 min ahead of the next source
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Harian Metro
    18:23

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 2 established outlet(s): Berita Harian, Harian Metro

What we don’t know

  • No open questions flagged by the rules.

All sources (4)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.