Malaysian Attention Engine
Live wire
58Jerebu: Syarikat terlibat ‘slash and burn’ perlu dikenakan tindakan – Syed Saddiq50Sekolah, institusi pendidikan di kawasan IPU lebih 180 tutup esok48Dua lelaki maut, lima cedera kemalangan di Glenmarie45Pelajar MRSM ikuti latihan di Media Prima45Haze: Negri schools, educational institutions to close tomorrow44Syed Saddiq urges Asean pressure, financial squeeze on firms linked to haze44MRSM Bintang Media adalah 'game changer' bantu tingkatkan kualiti pelajar - Dr Asyraf Wajdi43Alam Flora Worker Harassed In Viral Video Holds Valid Passport, Work Permit43Penerbangan Senai-Jeddah dibatalkan, keluarga reda42Askar maut tercampak dari jejambat hempap penunggang motor dekat TBS42Jangan terima tawaran bawa barang ke luar negara, elak dijerat sindiket - Mohd Shuhaily41Data DPP boleh digunakan memenuhi keperluan tenaga kerja - Saifuddin Nasution
NewConfirmedupdated 30 min ago

Dr Mahathir sudah semakin sihat, lebih aktif – Marina

Reported by two or more established outlets, or an official source.

Attention
28
−100% / 60 min
Momentum
19
0 vs 1 mentions/h
Sources
4
2 mentions
Platforms
2
News · YouTube
First detected 13 Oct, 14:35 MYTLatest activity 13 Oct, 16:37BMconfidence 91%

What happened

PUTRAJAYA: “Dia (Tun Dr Mahathir Mohamad) sudah semakin sihat, dia boleh cakap, dia mahu makan. Jadi, bolehlah dikatakan hampir sama seperti dahulu,” kata Datin Paduka Marina Mahathir. (Utusan Malaysia, 14:35)

Read the reporting

2 reports
Photo: Utusan Malaysia
Utusan Malaysia·News·BM·2 min read

Dr Mahathir sudah semakin sihat, lebih aktif – Marina

By Meja Berita · 13 Oct, 14:35 MYT

PUTRAJAYA: “Dia (Tun Dr Mahathir Mohamad) sudah semakin sihat, dia boleh cakap, dia mahu makan. Jadi, bolehlah dikatakan hampir sama seperti dahulu,” kata Datin Paduka Marina Mahathir.

Beliau yang juga anak sulung Dr Mahathir berkata, bapanya kini boleh dikatakan semakin ‘aktif’ berbanding dua minggu lalu terutama selepas pemergian Tun Dr Hasmah Mohd Ali.

“Dia lebih aktif sikit dan lebih bersemangat. Kini, dia masih dirawat di Institut Jantung Negara (IJN) dan belum boleh dibenarkan pulang ke rumah lagi,” katanya ketika ditemui pada Majlis Tahlil Allahyarham Tun Dr Hasmah Mohd Ali di Yayasan Kepimpinan Perdana (YKP), di sini hari ini.

Ditanya sama ada beliau dan ahli keluarga yang lain sudah boleh menerima pemergian Allahyarham, Marina berkata, pada awalnya masih sukar menerima kenyataan berbanding sekarang.

“Kita sudah terima pemergian Allahyarham dari awal walaupun sukar pada awalnya. Lagipun, baru dua minggu. Masih susah percaya dia (Allahyarhamah) sudah tiada,” katanya sambil menahan sebak.

Dalam pada itu, Marina turut berterima kasih kepada semua rakyat yang menziarahi pusara ibunya di Pusara Negara, Presint 20, di sini.

“Tiap-tiap kali saya pergi ke pusara, saya nampak ada ramai orang yang datang membaca Yasin, tabur bunga-bunga.

“Kami sekeluarga berterima kasih atas doa-doa mereka dan juga yang datang. Saya tahu ada dari jauh datang untuk menziarahi. Ini menunjukkan kesayangan mereka kepada ibu saya,” katanya.

Katanya, beliau amat terharu dan berterima kasih atas doa daripada orang awam yang tidak putus-putus menziarahi pusara ibunya.

Ditanya apa yang paling dirinduinya bersama Allahyarham, Marina berkata, beliau merindui semua detik ketika bersama arwah.

“Semuanya (rindu semuanya). Ada kalanya saya tak jumpa dia (arwah) hari-hari. Tetapi ada kalanya, saya teringin nak bertanya sesuatu kepadanya, meninggalkan pesanan tentang sesuatu atau berkongsi cerita dengannya.

“Kemudian, saya tersedar bahawa saya sudah tak boleh buat semua itu lagi. Itulah yang paling berat untuk saya lalui,” katanya.

Terdahulu, lebih 200 tetamu hadir pada majlis tahlil berkenaan termasuk Tan Sri Mokhzani dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Kenamaan lain termasuk bekas Pengerusi Kumpulan Ambank, Tan Sri Azman Hashim; Presiden Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA), Datuk Dr Ibrahim Ali dan bekas menteri Tan Sri Mohd Khalid Mohd Yunus.- UTUSAN

The post Dr Mahathir sudah semakin sihat, lebih aktif – Marina appeared first on Utusan Malaysia .

As published in Utusan Malaysia’s feed.Read at Utusan Malaysia

1 / 2 · arrow keys switch reports

Why it is new

  • 3 independent sources, 1 new in the last hour
  • Driven by news coverage (3 mainstream mentions in 6h) with little social discussion so far
  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 40first news pick-upNEWnow15:0016:0017:00
Latest 17:06 MYT
28New
Mentions / h0Velocity0.00/minSources4Platforms2

Timeline

  1. Detected
    First detected (Utusan Malaysia) source
  2. News
    First news outlet reports it (Kosmo!) source

Where it started

Utusan Malaysia (News)
13 Oct, 14:35 MYT
Origin confidence 90% · 22 min ahead of the next source
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Utusan Malaysia
    14:35

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 3 established outlet(s): Kosmo!, Sinar Harian, Utusan Malaysia

What we don’t know

  • No open questions flagged by the rules.

All sources (5)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News · YouTube. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.

Dr Mahathir sudah semakin sihat, lebih aktif – Marina · Malaysian Attention Engine