Malaysian Attention Engine
Live wire
51World : Trump Says Russia To Supply Diesel Fuel To American, Global Markets51World : Russell Tops Sole Practice Session For F1 Singapore Grand Prix45FFM 35: Khadam dan Malam Terlarang ungguli pencalonan45Hamilton lebih teruja berlumba di litar basah GP Singapura42RIM mohon Dana Eksport Muzik dalam Belanjawan 202741MB N Sembilan akan hadapi usul tidak percaya?37Thailand cadang penalti kontrak Thai Airways susulan kegagalan kendali bagasi penumpang37Man shot during reported ICE operation in New York36Sekolah, institusi pendidikan di kawasan IPU lebih 180 tutup esok35Sport : Zii Jia Stuns World No. 2 Popov To Make Arctic Open Semis34General : Perlis, Tashkent Eye Stronger Cooperation In Tourism And Agriculture33Sport : BAM Eyes RM30 Mln Matching Grant To Develop Back-Up Players
NewConfirmedupdated 27 min ago

Abbas postpones Palestinian legislative elections to September 2027

Reported by two or more established outlets, or an official source.

Attention
22
−100% / 60 min
Momentum
19
0 vs 1 mentions/h
Sources
3
2 mentions
Platforms
1
News
First detected 10 Oct, 21:20 MYTLatest activity 10 Oct, 23:45ENBMconfidence 70%

What happened

Mahmoud Abbas won the last Palestinian presidential election in 2005 and has ruled by decree since his term expired in 2009. (EPA Images pic) RAMALLAH: Palestinian president Mahmoud Abbas on Saturday postponed legislative elections to September next year, official media said, confirming widespread speculation over the polls which were last held in 2006. (Free Malaysia Today, 21:20)

Read the reporting

2 reports
Photo: Berita Harian
Berita Harian·News·BM·2 min read

Presiden Palestin tetapkan 11 September 2027, tarikh pilihan raya presiden

10 Oct, 22:40 MYT

RAMALLAH: Presiden Mahmoud Abbas mengeluarkan satu dekri hari ini menetapkan pilihan raya presiden dan badan perundangan diadakan secara serentak pada 11 September 2027, sekali gus membatalkan dekri terdahulu yang menetapkan pilihan raya badan perundangan pada 28 November depan, lapor Agensi Berita dan Penerangan Maklumat Palestin (WAFA).

Dekri baharu itu menyeru rakyat Palestin di Baitulmuqaddis, Tebing Barat dan Semenanjung Gaza untuk mengambil bahagian dalam pilihan raya bebas dan langsung bagi memilih Presiden Negara Palestin serta Ahli Majlis Badan Perundangan Palestin secara serentak, mengikut undang-undang.

Dekri itu menyusuli keputusan Jawatankuasa Eksekutif Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) dan perundingan dengan puak serta pihak berkaitan politik Palestin, yang mencapai konsensus nasional berhubung halangan akibat tindakan Israel untuk menganjurkan pilihan raya pada tarikh yang ditetapkan sebelum ini, selain keperluan mewujudkan keadaan politik, keselamatan dan lapangan yang sesuai bagi pilihan raya yang bebas, adil serta terangkum.

Ia juga bertujuan memberi peluang kepada dialog nasional yang komprehensif bagi mengukuhkan perpaduan Palestin, mengekalkan keutuhan wilayah dan sistem politik, menangani cabaran yang dihadapi proses pilihan raya, serta memastikan penyertaan rakyat Palestin di seluruh Baitulmuqaddis, Tebing Barat dan Gaza sambil melindungi hak politik dan perlembagaan mereka.

Keputusan menangguhkan pilihan raya badan perundangan dan menetapkan tarikh baharu bagi pilihan raya presiden dan badan perundangan secara serentak dibuat di tengah-tengah serangan tentera Israel yang berterusan, perluasan penempatan haram, keganasan peneroka serta pencerobohan berulang kali oleh Israel di seluruh Tebing Barat, termasuk Baitulmuqaddis Timur yang diduduki.

Sekatan ke atas kebebasan bergerak dan tindakan Israel yang terus menahan hasil cukai Palestin turut mewujudkan cabaran keselamatan, ekonomi serta pentadbiran dalam membuat persiapan dan menjalankan pilihan raya, menurut dekri itu.

Mengenai Gaza, dekri itu dikeluarkan pada masa keadaan keselamatan dan kemanusiaan berada pada tahap luar biasa, kegagalan melaksanakan rancangan bagi menempatkan pasukan penstabilan antarabangsa dan pasukan polis mengikut Resolusi 2803 Majlis

Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, kekurangan kemajuan dalam pembangunan semula, serta pengunduran tentera Israel dari Semenanjung itu yang masih belum selesai.

Keadaan ini, menurut dekri berkenaan, mewujudkan halangan keselamatan, logistik dan di lapangan untuk mewujudkan syarat yang diperlukan bagi penganjuran pilihan raya.

Dekri itu juga menuding kepada sekatan Israel ke atas akses kakitangan Suruhanjaya Pilihan Raya Pusat dan pemerhati antarabangsa ke Gaza dan Baitulmuqaddis Timur, sekali gus merumitkan persiapan serta prosedur dan mengehadkan keupayaan badan berkaitan untuk mengawasi serta memantau proses pilihan raya mengikut piawaian undang-undang dan demokrasi.

Secara keseluruhan, keadaan ini menjejaskan kemungkinan untuk mengadakan pilihan raya yang bebas, adil dan inklusif pada tarikh terdahulu, di samping memastikan keselamatan awam serta keupayaan rakyat Palestin melaksanakan hak pilihan raya mereka secara bebas dan selamat di seluruh wilayah Palestin, termasuk Baitulmuqaddis Timur.

Dekri itu menegaskan semula komitmen untuk mengadakan pilihan raya sebagai kewajipan nasional dan perlembagaan, serta sebagai penzahiran hak rakyat Palestin untuk memilih wakil mereka secara demokratik, memulihkan keabsahan demokratik institusi Palestin dan mengukuhkan perpaduan sistem politik.

Di bawah dekri itu, Suruhanjaya Pilihan Raya Pusat akan mengambil langkah yang perlu untuk membuat persiapan, menganjurkan dan menyelia pilihan raya presiden dan badan perundangan mengikut Undang-Undang Pilihan Raya Umum yang berkuat kuasa, bagi memastikan proses pengundian berlangsung secara bebas, adil, telus dan terangkum di seluruh wilayah Palestin, termasuk Baitulmuqaddis Timur. - BERNAMA-WAFA

© New Straits Times Press (M) Bhd

As published in Berita Harian’s feed.Read at Berita Harian

1 / 2 · arrow keys switch reports

Why it is new

  • 2 independent sources
  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
  • Discussed in English, Bahasa Malaysia

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 33first news pick-upNEWnow23:0000:00
Latest 00:09 MYT
22New
Mentions / h0Velocity0.00/minSources3Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Free Malaysia Today) source
  2. Language
    First Bahasa Malaysia coverage (Berita Harian) source
  3. News
    First news outlet reports it (Berita Harian) source

Where it started

Free Malaysia Today (News)
10 Oct, 21:20 MYT
Origin confidence 90% · 80 min ahead of the next source
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Free Malaysia Today
    21:20

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 3 established outlet(s): Astro Awani (BM), Berita Harian, Free Malaysia Today

What we don’t know

  • No open questions flagged by the rules.

All sources (3)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.

Abbas postpones Palestinian legislative elections to September 2027 · Malaysian Attention Engine