
Agensi antirasuah Indonesia tahan adik ketua agensi pengurusan bencana negara
Only social or community posts, or a single source.
What happened
JAKARTA: Agensi antirasuah Indonesia menahan lima individu termasuk Bima Setyawan, adik kepada ketua agensi pengurusan bencana negara itu, berhubung dakwaan rasuah membabitkan dana bantuan kecemasan. (Berita Harian, 16:07)
Read the reporting
1 report
Agensi antirasuah Indonesia tahan adik ketua agensi pengurusan bencana negara
JAKARTA: Agensi antirasuah Indonesia menahan lima individu termasuk Bima Setyawan, adik kepada ketua agensi pengurusan bencana negara itu, berhubung dakwaan rasuah membabitkan dana bantuan kecemasan.
Suruhanjaya Pembanterasan Rasuah Indonesia (KPK) menahan semua suspek semalam, sehari selepas melakukan serbuan di Jakarta dan kawasan sekitarnya.
Tangkapan dibuat berhubung dakwaan berlaku pelanggaran peraturan dalam perolehan barangan dan perkhidmatan di Agensi Pengurusan Mitigasi Bencana Nasional (BNPB).
Pengerusi KPK, Setyo Budiyanto, berkata penyiasat sedang meneliti petunjuk kemungkinan wujud pakatan antara pegawai agensi itu dengan syarikat swasta berhubung penyaluran dan penggunaan dana kecemasan.
"Terdapat petunjuk berlakunya pelanggaran peraturan tertentu, khususnya berkaitan penyaluran dan penggunaan dana, yang sebahagiannya disalahgunakan oleh individu tertentu untuk kepentingan peribadi," katanya semalam, yang dilaporkan Straits Times.
Siasatan itu tertumpu dana kecemasan BNPB yang dikenali sebagai dana siap pakai, iaitu peruntukan untuk memenuhi keperluan mendesak ketika bencana, termasuk pembelian bekalan dan perkhidmatan penting.
Menurut The Jakarta Post, agensi itu diperuntukkan kira-kira 4.62 trilion rupiah (RM1.05 bilion) bagi dana berkenaan untuk 2026.
KPK belum menyatakan sama ada wang yang diperuntukkan bagi menangani kebakaran hutan ketika ini, turut terbabit.
Peraturan perolehan kecemasan membolehkan agensi melantik pembekal secara langsung berikutan keperluan mendesak dalam menangani bencana.
Bagaimanapun, Setyo menegaskan perbelanjaan sedemikian tetap tertakluk kepada peraturan.
Bima berkhidmat sebagai kakitangan pakar kepada abangnya, Ketua BNPB, Suharyanto.
Empat lagi suspek ialah pegawai BNPB yang bertanggungjawab terhadap proses perolehan; seorang lagi kakitangan pakar, Gabriel Purwaka Sigit; Richard Erlangga serta dua wakil sektor swasta, Gery Prasetiawan dan Syifa Nrika Ghifarian.
Setyo berkata Suharyanto tidak dinamakan sebagai suspek.
Ketika ditanya sama ada Bima ialah adik kepada ketua agensi itu, beliau berkata penyiasat menerima maklumat mengenai hubungan kekeluargaan kedua-dua individu terbabit, namun masih belum mengesahkannya.
Bagaimanapun, Setyo menegaskan siasatan akan menumpukan tanggungjawab individu tanpa mengira hubungan kekeluargaan.
Dalam operasi berkenaan, penyiasat KPK merampas wang tunai kira-kira 3.3 bilion rupiah (RM753,000), selain ratusan gram emas dan mata wang kripto.
Seramai 14 individu pada awalnya dibawa untuk disoal siasat.
KPK menyiasat kemungkinan konflik kepentingan dalam proses perolehan serta beberapa kesalahan rasuah lain, termasuk dakwaan seorang pegawai menggunakan kedudukannya untuk mendekati pembekal swasta dan mengatur urusan perolehan. - AGENSI
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Berita Harian) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsBerita Harian16:07
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Berita Harian
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.