
Ahli Parlimen persoal keberkesanan program kesihatan mental di sekolah
Only social or community posts, or a single source.
What happened
Masjid Tanah MP Mas Ermieyati Samsudin raised concerns about bullying and violent behaviour among schoolchildren. KUALA LUMPUR: An opposition MP has questioned the effectiveness of mental health programmes in schools, citing the alleged lack of data sharing between the education and health ministries. (Free Malaysia Today, 23:30)
Read the reporting
2 reports
Ahli Parlimen persoal keberkesanan program kesihatan mental di sekolah
Ahli Parlimen Masjid Tanah Mas Ermieyati Samsudin suara kebimbangan mengenai isu buli dan tingkah laku ganas dalam kalangan murid sekolah. KUALA LUMPUR: Seorang Ahli Parlimen pembangkang mempersoalkan keberkesanan program kesihatan mental di sekolah, memetik dakwaan ketiadaan perkongsian data antara Kementerian Pendidikan (KPM) dengan Kementerian Kesihatan (KKM).
Ketika membahaskan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat hari ini, Mas Ermieyati Samsudin (PN-Masjid Tanah) mendakwa KPM mempunyai data yang mampu membantu KKM mengenal pasti murid yang memerlukan intervensi.
"Kalau KKM sendiri tidak ada data itu, mana mungkin mereka dapat membuat intervensi itu dengan secara bersasar dan berkesan?" katanya.
Menerusi inisiatif Minda Sihat, saringan masalah kesihatan mental dijalankan terhadap murid, manakala kaunselor sekolah memberi bantuan awal kepada mereka yang dikenal pasti berisiko.
Awal bulan ini, Menteri Kesihatan Dzulkefly Ahmad memaklumkan Dewan Rakyat, murid yang memerlukan penilaian lanjut atau rawatan akan dirujuk ke fasiliti di bawah kementeriannya.
Pihak sekolah bagaimanapun perlu berbincang dengan ibu bapa atau penjaga terlebih dahulu sebelum merujuk murid ke klinik atau hospital kerajaan untuk menerima rawatan.
Ketika dihubungi kemudian, Mas Ermieyati berkata, satu sumber memaklumkan kepadanya bahawa kedua-dua kementerian tidak berkongsi data berkaitan.
Dalam pada itu, beliau turut menyuarakan kebimbangan mengenai isu buli serta tingkah laku ganas dalam kalangan murid sekolah.
Merujuk laporan Berita Harian, beliau berkata, Tribunal Anti-Buli menerima 61 aduan sepanjang tempoh tiga bulan, dengan kes buli fizikal mencatatkan angka tertinggi disusuli buli dari segi psikologi.
"Dan ini angka yang menakutkan. Bagaimana dengan kes buli yang tidak diadukan?" katanya.
Mas Ermieyati berkata, guru lazimnya bertanggungjawab ke atas 30 hingga 40 murid di dalam sesebuah bilik darjah, menyukarkan mereka mengesan kanak-kanak yang mengalami gangguan emosi, berdepan masalah pembelajaran atau memerlukan bantuan makanan.
“Guru bukan mesin. Tanpa sokongan yang wajar, bagaimana mereka hendak kenal pasti murid yang tertekan, hadapi kesukaran dalam pelajaran, atau memerlukan makanan?”
Beliau juga khuatir tentang pendedahan keterlaluan kepada skrin sehingga melemahkan rasa empati kanak-kanak, sambil mempersoalkan sama ada pengaruh ideologi ekstremis yang ganas sudah mula mempengaruhi murid-murid.
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
- Discussed in mixed-language, Bahasa Malaysia
Attention graph
Timeline
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsFree Malaysia Today23:30
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Free Malaysia Today
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (2)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.