
AMANAH tangguh Konvensyen Nasional, sebagai persediaan PRN Melaka
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
Kuala Lumpur: Parti Amanah Negara (AMANAH) menangguhkan Konvensyen Amanah Nasional yang dijadualkan pada 14 dan 15 November depan, bagi memberi laluan kepada persiapan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16. (Berita Harian, 12:41)
Read the reporting
2 reports
AMANAH tangguh Konvensyen Nasional, sebagai persediaan PRN Melaka
Kuala Lumpur: Parti Amanah Negara (AMANAH) menangguhkan Konvensyen Amanah Nasional yang dijadualkan pada 14 dan 15 November depan, bagi memberi laluan kepada persiapan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16.
Setiausaha Agung AMANAH, Muhammad Faiz Fadzil, berkata konvensyen berkenaan akan diadakan pada 21 dan 22 November di Shah Alam, Selangor.
Beliau berkata, keputusan itu dibuat Jawatankuasa Pimpinan Nasional (JKP) parti berkenaan selepas mengambil kira hari pengundian PRN Melaka bertembung dengan tarikh konvensyen berkenaan.
"AMANAH mengarahkan jentera di seluruh negara untuk memberikan tumpuan dan bersama-sama turun membantu gerak kerja kempen Pakatan Harapan (PH) dalam PRN Melaka ini bagi memastikan perubahan besar berlaku," katanya dalam kenyataan.
"AMANAH percaya bahawa PRN Melaka ini adalah peluang terbaik bagi rakyat menolak politik sakau dan pukau supaya keadilan dan kemakmuran dalam negara terutama di negeri Melaka dapat ditegakkan," katanya dalam kenyataan, hari ini.
PRN Melaka diadakan selepas Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 23 September lalu.
Susulan itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 31 Oktober sebagai hari penamaan calon, manakala tarikh mengundi awal pada 10 November dan 14 November sebagai hari mengundi PRN Melaka.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- 3 independent sources
- Driven by news coverage (3 mainstream mentions in 6h) with little social discussion so far
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsBerita Harian12:41
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 3 established outlet(s): Berita Harian, Free Malaysia Today, Harian Metro
What we don’t know
- No open questions flagged by the rules.
All sources (3)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.