Malaysian Attention Engine
Live wire
55Bendera terkena kabel voltan tinggi ketika perarakan, tiga remaja cedera52Lima rakyat Malaysia ditahan di Jepun, seludup kokain RM3.1 juta dalam kasut51Kerajaan berjaya ketepi perintah bayar RM1.1 juta ganti rugi model Belanda47Muslim man nabbed for allegedly participating in non-Islamic ritual43General : Refugees Who Entered Malaysia After January 2023 Not Eligible For DPP - Saifuddin Nasution42Lee Zii Jia mohon injunksi Mahkamah Tinggi terhadap bapa, kakak41Business : Young People Recorded 65.9 Million BNPL Transactions Worth RM5.4 Bln In First Half Of 202640Five Malaysians held in Japan over RM3.1mil cocaine haul hidden in shoes39World : F1 To Return To Africa For First Time Since 1993 With Race In Rwanda37Perbelanjaan pembangunan naik, lonjakan projek baharu belum ketara37Aaron-Wooi Yik benam Hoki-Kobayashi37BM pass not compulsory for UEC holders: Sagah
NewUnconfirmedupdated 2 h ago

AMT 2026 gabung malam anugerah, Cuckootopia

Only social or community posts, or a single source.

Attention
18
−100% / 60 min
Momentum
19
0 vs 1 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 14 Oct, 09:06 MYTLatest activity 14 Oct, 09:06BMconfidence 60%

What happened

KUALA LUMPUR: Kemeriahan Anugerah Melodi Terhangat 2026 (AMT 2026) tidak berakhir sebaik tirai malam kemuncaknya dilabuhkan, sebaliknya diteruskan menerusi Cuckootopia, konsert penghargaan ulang tahun ke-12 Cuckoo Malaysia yang bakal menghimpunkan bintang popular Korea Selatan, Lee Junho, serta barisan penghibur tempatan. (Berita Harian, 09:06)

Read the reporting

1 report
Photo: Berita Harian
Berita Harian·News·BM·3 min read

AMT 2026 gabung malam anugerah, Cuckootopia

By Fatin Farhana Ariffin · 14 Oct, 09:06 MYT

KUALA LUMPUR: Kemeriahan Anugerah Melodi Terhangat 2026 (AMT 2026) tidak berakhir sebaik tirai malam kemuncaknya dilabuhkan, sebaliknya diteruskan menerusi Cuckootopia, konsert penghargaan ulang tahun ke-12 Cuckoo Malaysia yang bakal menghimpunkan bintang popular Korea Selatan, Lee Junho, serta barisan penghibur tempatan.

Konsert yang dijadual berlangsung di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur, pada 24 Oktober ini dari jam 6 petang hingga tengah malam itu menjadi acara susulan bagi melanjutkan kemeriahan AMT 2026, sekali gus memberi ruang kepada peminat menikmati pengalaman hiburan berbeza selepas malam anugerah.

Selain Lee Junho yang juga Duta Global Cuckoo, Cuckootopia turut menampilkan kumpulan Hujan dan penyanyi Firdhaus. Acara itu akan dikendalikan oleh Kamal Adli, Owen Yap dan Fiza Frizzy.

Pemangku Ketua Pegawai Operasi, Strategi Kandungan dan Audiens, Rangkaian TV dan Kandungan Media Prima, Farah Shamsudin, berkata AMT 2026 tampil dengan pendekatan berbeza tahun ini apabila menggabungkan dua acara utama, iaitu malam anugerah dan Cuckootopia.

Beliau berkata, penganjuran bersama TV3, 8TV dan Cuckoo Malaysia menerusi kerjasama pertama itu menyaksikan Cuckoo tampil sebagai Penaja Terhangat AMT 2026.

"Tahun ini menandakan kolaborasi pertama TV3 dan 8TV bersama Cuckoo Malaysia, dengan Cuckoo sebagai Penaja Terhangat AMT 2026. Bagi Media Prima, AMT 2026 dan Cuckootopia adalah dua acara yang saling melengkapi, apabila kemeriahan AMT 2026 diteruskan dengan Cuckootopia.

"AMT 2026 memberi tumpuan kepada pengiktirafan buat barisan selebriti serta sokongan peminat menerusi pencalonan, undian dan malam kemuncak, manakala Cuckootopia membawa sambutan tersebut ke pentas konsert sebagai acara penghargaan buat peminat yang juga sebahagian daripada sambutan ulang tahun ke-12 Cuckoo Malaysia.

"Gabungan ini menjadikan sambutan AMT 2026 lebih menyeluruh, daripada pentas anugerah kepada pentas konsert, dengan setiap acara menawarkan pengalaman yang berbeza kepada peminat," katanya pada sidang media dan pelancaran AMT 2026 X Cuckootopia di sebuah hotel di sini, baru-baru ini.

Farah berkata, kesinambungan antara kedua-dua acara itu turut diperkukuh apabila empat kategori AMT 2026 akan diumumkan pemenangnya di pentas Cuckootopia.

Kategori berkenaan ialah Keluarga Selebriti Terhangat, Selebriti Fit Terhangat, Selebriti Chemistry Terhangat dan Selebriti Mandarin Terhangat.

"Ini menjadikan Cuckootopia sebahagian daripada kesinambungan AMT 2026, bukan sekadar acara yang menyusuli malam anugerah, sekali gus memberi peminat satu lagi momen untuk dinantikan," katanya.

Sementara itu, AMT 2026 kini menuju ke malam kemuncak selepas tempoh undian berakhir pada 11 Oktober lalu, dengan keputusan bakal diumumkan pada malam anugerah.

Malam kemuncak yang disiarkan secara langsung pada 18 Oktober ini, jam 9 malam, dari Selangor International Trade Centre (SITC) akan dikendalikan oleh gandingan Ain Edruce dan Kamal Adli.

Sebelum itu, acara Karpet Merah bermula jam 8 malam dengan Ceddy Ang, Fiza Frizzy dan Ferra Mazlan sebagai pengacara.

Penonton juga berpeluang mengikuti perkembangan di sebalik pentas menerusi TikTok Melodi Terhangat bermula jam 9 malam.

Menambah warna pada acara Karpet Merah, AMT 2026 turut memperkenalkan dua kategori khas, iaitu Fresh Smile Award Darlie bagi mengiktiraf senyuman paling menawan dalam kalangan artis, serta Cheesy Pose Terhangat Gardenia QuickBites yang meraikan gaya paling 'cheesy' ketika bergambar.

Malam kemuncak turut menyaksikan barisan selebriti daripada pelbagai generasi dan cabang hiburan bergandingan sebagai penyampai anugerah.

Antara yang bakal memeriahkan pentas ialah Datuk Seri Siti Nurhaliza, Datuk Rosyam Nor, Erra Fazira, Zarif Ghazzi, Siti Saleha, Hael Husaini, Dayang Nurfaizah, Sharif Zero, Janna Nick dan Daiyan Trisha.

Tidak ketinggalan, barisan penyanyi dan penghibur yang bakal membuat persembahan termasuk Misha Omar, Ernie Zakri, Nadeera, Dolla, Haqiem Rusli, Aisha Retno, Adira Suhaimi, Wany Hasrita, Shiha Zikir, Alyph, Yasin Sulaiman, K.O.I., Bunga, Luqman Podolski, Mariam Saim dan Mohsein Kush.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 32NEWnow10:00
Latest 10:36 MYT
18New
Mentions / h0Velocity0.00/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Berita Harian) source

Where it started

Berita Harian (News)
14 Oct, 09:06 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Berita Harian
    09:06

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Berita Harian

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

AMT 2026 gabung malam anugerah, Cuckootopia
Berita HarianNewsmainstreamBM

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.