
'Anwar hargai peranan Universiti Al-Azhar, hubungan Malaysia-Mesir' - Ali Juma'ah
Only social or community posts, or a single source.
What happened
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghargai peranan Universiti Al-Azhar dalam menyebarkan ilmu dan memantapkan nilai serta sikap kesederhanaan, kata Bekas Mufti Besar Mesir, Sheikh Prof Dr Ali Juma'ah. (Berita Harian, 18:21)
Read the reporting
1 report
'Anwar hargai peranan Universiti Al-Azhar, hubungan Malaysia-Mesir' - Ali Juma'ah
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghargai peranan Universiti Al-Azhar dalam menyebarkan ilmu dan memantapkan nilai serta sikap kesederhanaan, kata Bekas Mufti Besar Mesir, Sheikh Prof Dr Ali Juma'ah.
Sheikh Ali berkata, beliau merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Perdana Menteri atas kata-kata yang baik serta sikap positif dizahirkan terhadap kunjungan mereka ke Malaysia dan peranan Universiti Al-Azhar.
"Saya menghargai kata-kata ini yang mencerminkan hubungan erat persaudaraan, keilmuan dan kerohanian antara Mesir dengan Malaysia, selain mengesahkan kedudukan Al-Azhar Al-Sharif dalam hati rakyat Malaysia yang bersaudara," katanya dalam hantaran di media sosialnya, hari ini.
Sheikh Ali turut berdoa supaya Malaysia dan rakyatnya terus dikurniakan keamanan, kestabilan dan kemakmuran, selain usaha kepemimpinan negara dalam berkhidmat kepada Islam dan umat Islam diberkati.
Beliau berharap jalinan kasih sayang, keilmuan dan kerjasama antara kedua-dua negara terus diperkukuh demi menjunjung nilai keamanan, rahmat dan kehidupan bersama secara harmoni dibawa Islam.
Sheikh Ali antara ulama dunia yang sering berkunjung ke negara ini dan terbabit dalam usaha memperkukuh tradisi ilmu dan nilai keamanan serta kesederhanaan.
Pada bulan lalu, Sheikh Ali bersama Naib Rektor, Universiti al-Qarawiyyin, Maghribi, Sheikh Prof Dr Sayyid Idris al-Fasi al-Fihri turut mengisi program dalam Festival Turath Islami Malaysia (FTIM) di Masjid Putra, Putrajaya dekat sini yang mengangkat kitab tasawuf Al-Hikam al-Ata'iyyah, karya masyhur ulama besar abad ketujuh Hijrah, Ibnu Atha'illah as-Sakandari.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Berita Harian) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsBerita Harian18:21
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Berita Harian
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.