Malaysian Attention Engine
Live wire
46World : Morocco Forms New Government Under First Ever Female Prime Minister45PRN Melaka: Bekas ketua menteri buat ‘come back’, cuba nasib DUN Sungai Udang45Bellingham kekal bersama Real Madrid hingga 203140World : Children Among Multiple Victims In Shooting At Oregon Elementary School36General : Fatal Accident Involving JPJ Vehicle And Two Lorries Near Senawang To Be Thoroughly Investigated - Loke35Djokovic returns to Basel in ATP Finals bid35General : JPN Urges Public To Stop Spreading Misleading Narratives About 2023 Video34Gaji minimum naik dari RM1,700 kepada RM2,000 - PM3312 rakyat Palestin, wartawan AS cedera dalam serangan peneroka Israel di Tebing Barat33Tiada syarikat ladang sawit Malaysia terbabit aktiviti pembakaran di Indonesia31Go away, I don’t want to see you, Tuanku Muhriz rebukes Negeri Sembilan MB31Sesi sulung jurucakap baharu White House, lebih banyak puji Trump, kurang jawab soalan wartawan
NewConfirmedupdated 2 h ago

Ara bangkit selepas diuji

Reported by two or more established outlets, or an official source.

Attention
20
−100% / 60 min
Momentum
19
0 vs 1 mentions/h
Sources
2
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 17 Oct, 07:01 MYTLatest activity 17 Oct, 07:05BMconfidence 80%

What happened

Ara bangkit selepas diuji (Google News Malaysia (BM), 07:01)

Read the reporting

1 report
Photo: Berita Harian
Berita Harian·News·BM·3 min read

Ara bangkit selepas diuji

By Serimah Mohd Sallehuddin · 17 Oct, 07:05 MYT

KUALA LUMPUR: Pernah berdepan kesempitan kewangan ketika pandemik COVID-19 hingga sukar mendapatkan pekerjaan, penyanyi Ara Johari kini bangkit membina kerjaya dengan kudrat sendiri, termasuk melaburkan kira-kira RM200,000 bagi menjayakan showcase sempena sedekad pembabitannya dalam industri muzik.

Ara, 29, berkata, tempoh 10 tahun dalam dunia nyanyian bukan perjalanan mudah apabila dia turut melalui fasa pendapatan terjejas ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

"Tempoh 10 tahun bagi saya satu perjalanan yang lama. Saya turut melalui momen tiada duit, malah pernah tiada kerja ketika PKP. Bukan langsung tiada, tetapi ketika itu memang sangat perit.

"Saya bergelut ketika itu, tetapi memilih untuk tidak berkongsi. Alhamdulillah, rezeki saya perlahan-lahan kembali kukuh pada 2024. Walaupun belum selesa, saya bersyukur masih mampu menghasilkan lagu, video muzik dan membiayai showcase sendiri," katanya ditemui pada pelancaran single serta video muzik terbaharunya, Kisah Yang Hampir Sempurna, di ibu sini, baru-baru ini.

Penyanyi yang dicungkil menerusi program realiti Akademi Fantasia itu berkata, kejayaan lagu Menjaga Jodoh Orang Lain turut meletakkan penanda aras tinggi terhadap karya baharunya.

Katanya, dia menjadi lebih selektif dalam memilih lagu selepas sukar menemukan karya yang mampu memberikan impak setanding dengan lagu berkenaan.

Justeru, Ara mempertaruhkan Kisah Yang Hampir Sempurna, ciptaan Aepul Roza dan Daus Drama Band, dengan harapan karya itu mampu mencipta pencapaian tersendiri.

"Selepas Menjaga Jodoh Orang Lain, sangat susah untuk saya mencari naskhah yang mampu menandingi lagu itu atau sekurang-kurangnya memberikan impak sama.

"Saya percaya karya sentuhan Aepul tidak akan mengecewakan berdasarkan portfolio beliau selama ini dan berharap lagu ini juga mampu menjadi karya agung," katanya.

Ara turut menyimpan hasrat menghasilkan album sulung, namun mengakui proses mencari lagu yang sesuai dengan vokalnya memerlukan masa.

Dalam usaha meneruskan kerjaya, Ara turut berdepan cabaran apabila kemampuan vokalnya terjejas selepas lima kali dijangkiti COVID-19 dan dua kali mengalami influenza.

Katanya, jangkitan berulang itu menyebabkan julat suaranya menurun kira-kira satu nada, sekali gus memaksanya memilih lagu bernada lebih rendah berbanding sebelum ini.

"Dulu nak mencapai nada lebih tinggi daripada lagu Bunga tidak ada masalah, tetapi kini kemampuan itu tidak lagi sama.

"Setiap kali sakit, saya kehilangan suara selama tiga hingga empat hari. Pemeriksaan pakar telinga, hidung dan tekak (ENT) juga mendapati terdapat sedikit rekahan pada pita suara saya," katanya.

Ara berkata, pembedahan antara pilihan rawatan yang dicadangkan, namun dia belum bersedia mengambil langkah itu kerana perlu berehat daripada menyanyi selama setahun.

Tempoh berkenaan disifatkannya terlalu panjang ketika dia sedang aktif menghasilkan karya dan membina semula kerjaya.

"Sekarang saya cuma berjaga-jaga dengan banyak berpantang. Menyanyi juga kena menggunakan teknik yang betul, bukan main hembus macam dulu," katanya.

Sehubungan itu, Ara kini lebih mengutamakan teknik vokal dan penghayatan ketika memilih lagu, selain menyesuaikan karya dengan kemampuan suaranya.

Ara bakal mengadakan showcase Sedekad BersuAra Johari di Robert's Theater, The Campus Ampang, pada 20 November ini bagi meraikan 10 tahun pembabitannya dalam industri muzik.

Showcase yang pada asalnya dirancang berlangsung pada Oktober itu dianjakkan ke November berikutan jadualnya yang padat dengan pelancaran lagu dan aktiviti lain.

Ara berkata, dia memilih persembahan berskala intim bagi membolehkan peminat menikmati pengalaman lebih dekat dengannya, berbeza daripada konsert besar yang mungkin menjadi perancangannya pada masa hadapan.

"Ini sebenarnya showcase besar pertama yang saya buat sendiri tanpa label. Untuk pergi ke konsert besar itu, insya-Allah jika diberikan rezeki lebih, saya akan buat.

"Buat masa ini, saya nak showcase yang sangat intim. Ini kali pertama saya bersama peminat secara dekat supaya semua orang dapat merasai memori yang kita bina bersama," katanya.

Sebanyak 13 hingga 14 lagu bakal dipersembahkan, manakala kos keseluruhan penganjuran dianggarkan mencecah RM200,000, terutama bagi memastikan mutu sistem bunyi dan pengalaman penonton memenuhi standard yang ditetapkannya.

Ara berkata, dia menggunakan hasil titik peluh sendiri sebagai modal, selain menerima sokongan beberapa penaja.

Pengalaman berdepan kesukaran kewangan sebelum ini turut mengajarnya mengurus pendapatan secara lebih berdisiplin.

Katanya, dia menetapkan gaji bulanan untuk diri sendiri, manakala lebihan pendapatan disimpan bagi membiayai penerbitan lagu, video muzik dan projek persembahan.

"Saya pun dapat gaji bulanan seperti orang lain. Saya tetapkan satu amaun gaji yang sama setiap bulan.

"Selebihnya saya tak akan usik. Duit itulah yang digunakan untuk konsert, video muzik dan lagu-lagu seterusnya. Jadi saya hanya ambil gaji bulanan tetap dan selebihnya disimpan sebagai pelaburan seni," katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 32NEWnow08:0009:00
Latest 09:04 MYT
20New
Mentions / h0Velocity0.00/minSources2Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Google News Malaysia (BM)) source
  2. Detected
    First detected (Berita Harian) source
  3. News
    First news outlet reports it (Berita Harian) source

Where it started

Google News Malaysia (BM) (News)
17 Oct, 07:01 MYT
Origin confidence 60% · 4 min ahead of the next source
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Google News Malaysia (BM)
    07:01

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 2 established outlet(s): Berita Harian, Google News Malaysia (BM)

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified

All sources (2)

Ara bangkit selepas diuji
bharian.com.myNewsmainstreamBMnear-duplicate
Ara bangkit selepas diuji
Berita HarianNewsmainstreamBM

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.

Ara bangkit selepas diuji · Malaysian Attention Engine