
Bellingham kekal bersama Real Madrid hingga 2031
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
MADRID: Real Madrid mengikat Jude Bellingham dengan kontrak baharu hingga 30 Jun 2031, sekali gus memastikan pemain tengah England itu kekal bersama kelab berkenaan untuk tempoh jangka panjang. (Berita Harian, 08:28)
Read the reporting
1 report
Bellingham kekal bersama Real Madrid hingga 2031
MADRID: Real Madrid mengikat Jude Bellingham dengan kontrak baharu hingga 30 Jun 2031, sekali gus memastikan pemain tengah England itu kekal bersama kelab berkenaan untuk tempoh jangka panjang.
Menurut laporan Marca, rundingan bermula pada penghujung musim lalu sebelum kedua-dua pihak mencapai persetujuan penuh, dengan Bellingham selesa menjalani kehidupan profesional dan peribadi di Madrid.
Pengaruh pemain berusia 23 tahun itu dalam pasukan mendorong Real bertindak awal untuk mengekalkannya sebagai tonggak utama serta pemimpin baharu di Santiago Bernabeu.
Musim lalu, Bellingham berdepan masalah kecederaan bahu sehingga memerlukan pembedahan, namun menangguhkan prosedur itu bagi membantu pasukan mengharungi perlawanan penting.
Di bawah kendalian Jose Mourinho, Bellingham diberikan kebebasan bergerak di belakang Kylian Mbappe, membolehkannya memanfaatkan visi permainan dan melakukan larian berbahaya ke dalam kotak penalti.
Peranan itu membuahkan hasil apabila dia merekodkan tiga gol dan tiga bantuan jaringan dalam kempen La Liga musim ini, selain terus menyumbang dalam aspek pertahanan.
Bellingham turut mengukuhkan kedudukannya bersama England selepas meledak lapan gol pada Piala Dunia 2026 di Amerika Utara, sekali gus meningkatkan pengaruhnya di peringkat kelab dan antarabangsa.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- 2 mentions in the last hour after none the hour before
- 3 independent sources, 3 new in the last hour
- Driven by news coverage (3 mainstream mentions in 6h) with little social discussion so far
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsBerita Harian08:28
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 3 established outlet(s): Berita Harian, Google News Malaysia (BM), Harian Metro
What we don’t know
- No open questions flagged by the rules.
All sources (3)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.