Malaysian Attention Engine
Live wire
46World : Morocco Forms New Government Under First Ever Female Prime Minister45PRN Melaka: Bekas ketua menteri buat ‘come back’, cuba nasib DUN Sungai Udang45Bellingham kekal bersama Real Madrid hingga 203140World : Children Among Multiple Victims In Shooting At Oregon Elementary School36General : Fatal Accident Involving JPJ Vehicle And Two Lorries Near Senawang To Be Thoroughly Investigated - Loke35Djokovic returns to Basel in ATP Finals bid35General : JPN Urges Public To Stop Spreading Misleading Narratives About 2023 Video34Gaji minimum naik dari RM1,700 kepada RM2,000 - PM3312 rakyat Palestin, wartawan AS cedera dalam serangan peneroka Israel di Tebing Barat33Tiada syarikat ladang sawit Malaysia terbabit aktiviti pembakaran di Indonesia31Go away, I don’t want to see you, Tuanku Muhriz rebukes Negeri Sembilan MB31Sesi sulung jurucakap baharu White House, lebih banyak puji Trump, kurang jawab soalan wartawan
NewConfirmedupdated 1 h ago

Arteta yakin Madueke mampu menyerlah

Reported by two or more established outlets, or an official source.

Attention
24
no previous hour
Momentum
24
0 vs 0 mentions/h
Sources
2
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 17 Oct, 06:51 MYTLatest activity 17 Oct, 08:06BMconfidence 80%

What happened

London: Mikel Arteta percaya Noni Madueke mampu mempamerkan kualiti sebenar dan membantu Arsenal ketika pasukan paling memerlukan khidmatnya. (Harian Metro, 06:51)

Read the reporting

1 report
Photo: Harian Metro
Harian Metro·News·BM·2 min read

Arteta yakin Madueke mampu menyerlah

By Agensi · 17 Oct, 06:51 MYT

London: Mikel Arteta percaya Noni Madueke mampu mempamerkan kualiti sebenar dan membantu Arsenal ketika pasukan paling memerlukan khidmatnya.

Madueke, 24, mempamerkan prestasi tidak konsisten sejak menyertai Arsenal menerusi perpindahan bernilai £52 juta (RM282.88 juta) dari Chelsea pada musim panas 2025.

Pemain sayap England itu bergelut untuk mendapatkan tempat tetap dalam kesebelasan utama di Emirates berikutan persaingan daripada Bukayo Saka, Eberechi Eze dan kini Christos Tzolis.

Madueke juga kehilangan tempat dalam skuad England selepas digugurkan daripada senarai pemain pertama sejak Piala Dunia, ketika dia berusaha mengembalikan prestasi terbaiknya.

Bagaimanapun, Arteta berkata Madueke kini berpeluang cerah untuk membuktikan kemampuannya dalam beberapa minggu akan datang susulan kecederaan Tzolis.

Pengendali Arsenal itu yakin bekas pemain sayap Chelsea berkenaan mampu memanfaatkan peluang berkenaan.

"Jika kita memberikan peluang kepada mana-mana pemain untuk beraksi dalam dua, tiga atau empat perlawanan berturut-turut, saya fikir semua orang akan menghargainya kerana mereka dapat lebih memahami rakan sepasukan, memperoleh lebih banyak minit permainan dan meningkatkan keyakinan.

"Jika semuanya berjalan lancar, itulah pendekatan terbaik untuk semua pemain. Dia sudah mendapat beberapa peluang dan akan diberikan lebih banyak minit permainan dalam beberapa perlawanan akan datang. Saya yakin kita akan mula melihat Noni yang lebih hampir dengan tahap permainan terbaiknya."

Madueke sentiasa kelihatan lebih menyerlah di sayap kanan apabila dia boleh melakukan gerakan ke dalam untuk menggunakan kaki kirinya yang menjadi pilihan.

Namun, dia diturunkan di sayap kiri ketika menentang Leeds dan berkemungkinan memainkan peranan sama ketika berdepan Nottingham Forest, esok.

Arteta menegaskan Madueke mampu menyesuaikan diri dan memberikan impak di kedua-dua bahagian sayap, terutama jika dia mendapat momentum menerusi beberapa penampilan berturut-turut.

"Keputusan itu juga bergantung kepada keperluan pasukan, kadangkala lebih daripada pertimbangan taktikal setakat ini. Saya fikir dia boleh bermain di kedua-dua posisi dan menawarkan sesuatu yang berbeza.

"Ketika ini, kita memerlukan pemain di bahagian kiri yang mempunyai kualiti berbeza daripada Ebs (Eze) dan mampu melengkapi pemain lain dalam unit serangan di sebelah kiri.

"Ini sesuatu yang bagus kerana dia selesa beraksi di posisi itu, menikmati permainannya dan menunjukkan prestasi baik. Ia satu penyelesaian yang bagus," kata Arteta.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 31NEWnow07:0008:0009:00
Latest 09:04 MYT
24New
Mentions / h0Velocity0.00/minSources2Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Harian Metro) source

Where it started

Harian Metro (News)
17 Oct, 06:51 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Harian Metro
    06:51

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Harian Metro

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (2)

Arteta yakin Madueke mampu menyerlah
Harian MetroNewsmainstreamBM
Arteta yakin Madueke kembali menyinar
Berita HarianNewsmainstreamBMnear-duplicate

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.

Arteta yakin Madueke mampu menyerlah · Malaysian Attention Engine