Malaysian Attention Engine
Live wire
53Jerebu: 36 kawasan catat IPU tidak sihat, Seremban dan Segamat tertinggi50Perbelanjaan pembangunan naik, lonjakan projek baharu belum ketara41Askar maut tercampak dari jejambat hempap penunggang motor dekat TBS39Kementerian Komunikasi sokong penerbitan mini siri GSF38Lewat siap tak semestinya usang, kata penganalisis berkait LCS37Golden Tigers terima durian runtuh RM160,00035IMF says AI investment keeps global growth around 3%35Bendera terkena kabel voltan tinggi ketika perarakan, tiga remaja cedera35Pelakon Selma Blair didakwa serang pramugari dalam pesawat344,289 kes salah laku buli direkod dari Mac hingga Ogos lalu34RM2,500 minimum pay may deter bosses from hiring fresh grads, says group34DUN Negeri Sembilan tidak terbubar automatik jika gagal bersidang sebelum 9 Februari 2027 – Pakar
NewConfirmedupdated 1 h ago

Aryssa bantu Malayan Tigress benam Arab Saudi

Reported by two or more established outlets, or an official source.

Attention
33
no previous hour
Momentum
32
1 vs 0 mentions/h
Sources
2
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 14 Oct, 07:25 MYTLatest activity 14 Oct, 07:30BMconfidence 80%

What happened

KUALA LUMPUR: Pemain warisan baharu negara, Aryssa Mahrt mencuri tumpuan apabila jaringannya seawal minit kelima membantu Malayan Tigress menewaskan Arab Saudi 1-0 dalam aksi persahabatan antarabangsa di Qatar, awal pagi tadi. (Berita Harian, 07:30)

Read the reporting

1 report
Photo: Berita Harian
Berita Harian·News·BM·1 min read

Aryssa bantu Malayan Tigress benam Arab Saudi

By Alief Iqbal Saidin · 14 Oct, 07:30 MYT

KUALA LUMPUR: Pemain warisan baharu negara, Aryssa Mahrt mencuri tumpuan apabila jaringannya seawal minit kelima membantu Malayan Tigress menewaskan Arab Saudi 1-0 dalam aksi persahabatan antarabangsa di Qatar, awal pagi tadi.

Gol tunggal itu sudah cukup untuk skuad kendalian Nidzam Adzha membalas kekalahan 2-0 kepada lawan sama dalam pertemuan pertama pada 9 Oktober lalu, sekali gus menutup siri persahabatan itu dengan kemenangan.

Aryssa menghukum kesilapan penjaga gol Arab Saudi, Mona Al-Owais, untuk meletakkan Malaysia di depan ketika perlawanan baru memasuki lima minit pertama.

Jaringan awal itu memberi suntikan semangat kepada skuad negara untuk mengharungi baki perlawanan, dengan pemain Malayan Tigress berusaha mengekalkan kelebihan berdepan lawan yang sebelum ini menewaskan mereka.

Selepas mendahului, Malaysia mempamerkan disiplin untuk mempertahankan benteng pertahanan daripada dibolosi, sekali gus memastikan jaringan Aryssa kekal menjadi pemisah sehingga wisel penamat.

Kemenangan itu hadir hanya empat hari selepas kekalahan dalam aksi pertama di Aspire Academy, Qatar, sekali gus memperlihatkan tindak balas positif skuad negara dalam pertemuan kedua menentang pasukan Asia Barat berkenaan.

Kejayaan itu juga menjadi suntikan keyakinan buat Malayan Tigress untuk meneruskan usaha meningkatkan prestasi menerusi pendedahan antarabangsa, selain memberi ruang kepada pemain baharu seperti Aryssa membuktikan kemampuan bersama skuad kebangsaan.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 34NEWnow08:00
Latest 08:30 MYT
33New
Mentions / h1Velocity0.02/minSources2Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Berita Harian) source

Where it started

Berita Harian (News)
14 Oct, 07:30 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Berita Harian
    07:30

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Berita Harian

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (2)

Aryssa bantu Malayan Tigress benam Arab Saudi
bharian.com.myNewsmainstreamBMnear-duplicate

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.

Aryssa bantu Malayan Tigress benam Arab Saudi · Malaysian Attention Engine