
DUN Negeri Sembilan tidak terbubar automatik jika gagal bersidang sebelum 9 Februari 2027 – Pakar
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
DUN Negeri Sembilan tidak terbubar automatik jika gagal bersidang sebelum 9 Februari 2027 – Pakar (Harian Metro, 07:42)
Read the reporting
1 report
DUN Negeri Sembilan tidak terbubar automatik jika gagal bersidang sebelum 9 Februari 2027 – Pakar
am@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan tidak akan terbubar secara automatik sekiranya gagal mengadakan persidangan dalam tempoh enam bulan seperti yang diperuntukkan di bawah Perkara LVI(1) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959.
Pakar Perlembagaan, Prof Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmod, berkata kerisauan bahawa pilihan raya negeri baharu perlu diadakan semula berikutan isu berkenaan adalah tidak berasas.
Beliau menegaskan bahawa peruntukan undang-undang tertinggi negeri menetapkan batas masa tempoh tidak bersidang, namun ia tidak memperuntukkan pembubaran automatik bagi dewan perundangan berkenaan.
Sebaliknya, beliau menjelaskan DUN hanya akan terbubar secara automatik selepas genap tempoh lima tahun daripada tarikh pilihan raya negeri diadakan.
"Langkah paling wajar dan dituntut mengikut prinsip Perlembagaan ketika ini ialah Menteri Besar, Datuk Ismail Lasim, memohon perkenan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan untuk memanggil persidangan DUN dengan segera.
"Kegagalan Menteri Besar untuk membuat permohonan memanggil sidang DUN sebelum batas masa berkenaan menampakkan kegagalan pentadbiran kerajaan negeri dalam melaksanakan tanggungjawab asasnya di bawah kerangka perlembagaan.
"Selain itu, wujud pandangan undang-undang bahawa Yang di-Pertuan Besar mempunyai kuasa budi bicara untuk memanggil persidangan DUN dalam keadaan khusus demi memastikan fungsi perundangan dan pentadbiran negeri tidak terhenti sepenuhnya," katanya ketika dihubungi BH.
Krisis perlembagaan dan pentadbiran di negeri beraja tradisi Minangkabau itu bermula sejak April 2026 dan kini menghampiri penentuan penting apabila batas masa yang diperuntukkan undang-undang semakin singkat
DUN Negeri Sembilan masih belum bersidang sejak pilihan raya negeri pada awal Ogos lalu berikutan kemelut institusi diraja yang berterusan.
Mengikut Perkara LVI(1) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959, tempoh enam bulan tidak boleh dibiarkan berlalu antara persidangan terakhir dengan tarikh sidang seterusnya.
Memandangkan 9 Ogos ialah tarikh pertama dewan bersidang bagi penggal baharu, pengiraan tempoh enam bulan tidak bersidang akan tamat secara rasmi pada 9 Februari 2027.
Pemerhati politik dan perundangan menjangkakan dua senario utama mungkin berlaku bagi merungkaikan kemelut ini sebelum atau selepas tarikh kritikal 9 Februari 2027.
Senario pertama menyaksikan kemungkinan DUN dibubarkan bagi mengembalikan mandat kepada rakyat, manakala senario kedua bergantung kepada penyelesaian isu pemasyhuran takhta di peringkat istana dan Majlis Kerajaan Negeri.
Namun begitu, Nik Ahmad Kamal mengingatkan bahawa pembubaran DUN tidak boleh berlaku secara bersendirian tanpa prosedur perlembagaan.
"DUN hanya boleh dibubarkan apabila Menteri Besar memohon perkenan Yang di-Pertuan Besar untuk membubarkan dewan.
"Persoalan undang-undang yang timbul ketika ini ialah sama ada Menteri Besar berhak menasihati Yang di-Pertuan Besar untuk membubarkan DUN sekiranya beliau masih tidak hilang sokongan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)," jelas beliau.
Mengulas mengenai implikasi pemasyhuran takhta, Nik Ahmad Kamal berkata struktur pentadbiran negeri akan bergantung sepenuhnya kepada pihak mana yang diiktiraf keabsahannya mengikut undang-undang.
Sekiranya kedudukan Tuanku Muhriz sebagai Yang di-Pertuan Besar kekal sah, lanskap politik negeri bakal menyaksikan perubahan drastik dan rombakan besar-besaran.
Kedudukan barisan EXCO di bawah Ismail berkemungkinan besar terbatal atau perlu meletakkan jawatan bagi membolehkan pembentukan pentadbiran baharu yang mendapat perkenan pemerintah baharu sebelum persidangan DUN dirancang.
Sekiranya Tunku Nazarudin diiktiraf sebagai pemerintah sah, pemerintahan sedia ada mengikut kerangka perlembagaan akan diteruskan.
Kedudukan Menteri Besar dan barisan EXCO sedia ada kekal terjamin dari sudut undang-undang.
Kerajaan negeri boleh segera memohon perkenan baginda untuk memanggil persidangan DUN tergempar sebelum 9 Februari 2027 bagi memenuhi syarat Perkara LVI(1).
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- 2 independent sources, 1 new in the last hour
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsHarian Metro07:42
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 2 established outlet(s): Berita Harian, Harian Metro
What we don’t know
- No open questions flagged by the rules.
All sources (2)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.