
AS adakan perbincangan sulit dengan Myanmar
Only social or community posts, or a single source.
What happened
TOKYO: Amerika Syarikat (AS) dan pentadbiran Myanmar mengadakan perbincangan sulit di Tokyo pada minggu lalu yang juga pertemuan kedua dalam tempoh sebulan ketika Washington mula meningkatkan semula hubungan diplomatik dengan junta tentera yang dipulaunya sejak rampasan kuasa pada 2021. (Utusan Malaysia, 11:30)
Read the reporting
1 report
AS adakan perbincangan sulit dengan Myanmar
TOKYO: Amerika Syarikat (AS) dan pentadbiran Myanmar mengadakan perbincangan sulit di Tokyo pada minggu lalu yang juga pertemuan kedua dalam tempoh sebulan ketika Washington mula meningkatkan semula hubungan diplomatik dengan junta tentera yang dipulaunya sejak rampasan kuasa pada 2021.
Lapor Reuters , perbincangan terdahulu di ibu negara Myanmar, Naypyitaw pada pertengahan September lalu tertumpu kepada usaha membebaskan seorang ahli perniagaan AS dan menutup pusat-pusat penipuan dalam talian yang menyasarkan warga AS.
Namun, pertemuan tersebut dipercayai boleh membuka jalan kepada perbincangan yang lebih luas, termasuk potensi deposit mineral nadir bumi di Myanmar.
Penolong Setiausaha Negara AS bagi Perisikan dan Penyelidikan, Michael Vance sekali lagi mengetuai rundingan di Tokyo yang turut melibatkan lebih belasan pegawai AS. Bagaimanapun, identiti wakil yang memimpin delegasi Myanmar tidak dapat dipastikan.
Jabatan Negara AS enggan mengulas mengenai kehadiran Vance dalam delegasi tersebut tetapi mengesahkan biro yang dipimpinnya tidak memainkan peranan utama dalam dasar AS terhadap Myanmar.
Seorang jurucakap menyatakan Biro Hal Ehwal Asia Timur dan Pasifik yang bertanggungjawab menggubal dan melaksanakan dasar berkenaan, manakala biro pimpinan Vance hanya membekalkan maklumat inteligensi.
Wakil jurucakap kerajaan pimpinan tentera Myanmar tidak memberi sebarang maklum balas ketika diminta ulasan.
Sementara itu, Kementerian Luar Jepun menerusi kenyataan emel memaklumkan pihaknya sentiasa berkomunikasi mengikut keperluan dengan kedua-dua belah pihak, namun enggan mengulas lanjut mengenai urusan diplomatik secara khusus.
The post AS adakan perbincangan sulit dengan Myanmar appeared first on Utusan Malaysia .
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Utusan Malaysia) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsUtusan Malaysia11:30
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Utusan Malaysia
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.