Malaysian Attention Engine
Live wire
55Kerajaan berjaya ketepi perintah bayar RM1.1 juta ganti rugi model Belanda55Bendera terkena kabel voltan tinggi ketika perarakan, tiga remaja cedera48Lima rakyat Malaysia ditahan di Jepun, seludup kokain RM3.1 juta dalam kasut47Aaron-Wooi Yik benam Hoki-Kobayashi46Muslim man nabbed for allegedly participating in non-Islamic ritual45Anak bayar tanggung kos kediaman ibubapa perlu dapat pelepasan cukai44General : Three Teenagers Injured After A Flag They Were Carrying Came In Contact With High-voltage Power Line42General : Refugees Who Entered Malaysia After January 2023 Not Eligible For DPP - Saifuddin Nasution42Kuasa veto PBB perlu disekat, hentikan jenayah kemanusiaan - Mohamad Hasan42Lee Zii Jia mohon injunksi Mahkamah Tinggi terhadap bapa, kakak41Business : Young People Recorded 65.9 Million BNPL Transactions Worth RM5.4 Bln In First Half Of 202639BNM, SC gesa orang ramai berwaspada terhadap video ‘deepfake’ menyamar pegawai kanan
NewUnconfirmedupdated 2 h ago

AS tahan 2 individu, rampas 187 peranti terpalit isu curi identiti babit Korea Utara

Only social or community posts, or a single source.

Attention
17
−100% / 60 min
Momentum
19
0 vs 1 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 14 Oct, 08:37 MYTLatest activity 14 Oct, 08:37BMconfidence 60%

What happened

WASHINGTON: Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat (AS) umum penahanan dua rakyat negara itu yang didakwa membantu pekerja teknologi maklumat (IT) Korea Utara mencuri identiti dan mendapatkan pekerjaan secara penipuan di syarikat AS. (Berita Harian, 08:37)

Read the reporting

1 report
Photo: Berita Harian
Berita Harian·News·BM·2 min read

AS tahan 2 individu, rampas 187 peranti terpalit isu curi identiti babit Korea Utara

14 Oct, 08:37 MYT

WASHINGTON: Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat (AS) umum penahanan dua rakyat negara itu yang didakwa membantu pekerja teknologi maklumat (IT) Korea Utara mencuri identiti dan mendapatkan pekerjaan secara penipuan di syarikat AS.

Tujuan penipuan itu adalah bagi menjana pendapatan untuk kerajaan Korea Utara.

Dalam satu kenyataan, DOJ berkata Michael James Bostelle dari Pennsylvania dan Juan Cecilio Pena Carrillo dari Texas ditahan atas tuduhan penipuan melalui komunikasi elektronik, pengubahan wang haram dan pencurian identiti, sebagai sebahagian daripada skim yang didakwa itu.

Sebagai sebahagian daripada operasi berkenaan, DOJ memaklumkan Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) menjalankan pemeriksaan dan mengambil tindakan lain di lebih 40 kediaman di Texas antara 21 hingga 25 September lalu.

Kediaman berkenaan dipercayai beroperasi sebagai 'pusat scammer' untuk pekerja IT Korea Utara.

FBI merampas kira-kira 187 komputer riba dan peranti lain yang digunakan untuk melaksanakan skim berkenaan, menurut DOJ.

Menurut kenyataan itu, pertuduhan turut dikenakan terhadap 10 individu yang berpangkalan di China, iaitu Sun Sheng Ming, Pei Li Guang, Weng Shou Cheng, Han Guo Bin, Wang Jian Jun, Sheng Zhang Kun, Zhang Wei Ping, Zhang Li Ping, Yu Yang dan Jin Long, atas peranan masing-masing dalam operasi itu.

Berdasarkan dokumen pertuduhan yang didedahkan kepada umum pada Selasa, pengendali yang berpangkalan di China mengarahkan Pena dan Tey Michael Nolte, bersama sekurang-kurangnya empat lagi rakyat AS, untuk melaksanakan skim berkenaan.

Nolte turut dinamakan dalam dokumen pertuduhan itu, namun tidak didakwa.

Nolte serta peguam yang mewakili Pena dan Bostelle tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan ulasan dengan segera.

Emel yang dihantar ke alamat yang menurut DOJ digunakan oleh peserta skim berpangkalan di China itu juga tidak mendapat maklum balas.

DOJ mendakwa Nolte merekrut, mengurus dan melatih Bostelle serta rakyat AS lain yang membenarkan nama dan maklumat peribadi mereka digunakan bagi membolehkan operasi yang diarahkan Korea Utara itu dilakukan, sebagai balasan kepada hasil daripada skim berkenaan.

Antara tindakan rakyat AS terbabit termasuk menerima dan menempatkan komputer riba milik syarikat AS yang menjadi mangsa di kediaman masing-masing, bagi mewujudkan gambaran bahawa pekerja Korea Utara itu ialah kakitangan sah yang bekerja di AS.

DOJ berkata penipuan berskala besar itu menjejaskan lebih 70 syarikat AS, menyalahgunakan identiti 25 rakyat negara itu.

Ia menyebabkan maklumat palsu dihantar kepada beberapa agensi kerajaan AS serta menjana pendapatan sekurang-kurangnya AS$3 juta (RM12.2 juta) untuk pekerja IT di luar negara berkenaan.

Kerajaan AS sejak beberapa tahun lalu memberi amaran mengenai kegiatan warga Korea Utara yang secara rahsia mendapatkan pekerjaan di syarikat AS untuk mengumpul wang bagi kerajaan negara itu, mengakses rangkaian syarikat dan mencuri data. - REUTERS

© New Straits Times Press (M) Bhd

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 31NEWnow09:0010:00
Latest 10:36 MYT
17New
Mentions / h0Velocity0.00/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Berita Harian) source

Where it started

Berita Harian (News)
14 Oct, 08:37 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Berita Harian
    08:37

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Berita Harian

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.