Malaysian Attention Engine
Live wire
51PRN Melaka: Bekas ketua menteri buat ‘come back’, cuba nasib DUN Sungai Udang50Politics : GRS Needs To Prioritise Sabah, Coalition Over Personal Interests – Hajiji48‘Suami arwah hubungi adik, dia sudah bunuh isteri’45Politics : Melaka Polls: PH Candidates Must Build Strong Campaign Machinery - Ramanan42General : Prisons Dept In Final Stage Of Drafting House Arrest Regulations – Saifuddin Nasution40Deaths confirmed after 'serious incident,' fire at Canada military base in Alberta40Koperal polis parah ditetak suspek ketika operasi antidadah37General : 24 Flood Victims Evacuated To SK Seri Penanti Relief Centre37General : MCMC Probes Threads Content Allegedly Insulting N. Sembilan Royal Institution36Polis Kelantan buka 2 kertas siasatan isu tular aktivis media sosial dan komuniti Rohingya35Rusuhan di Paris: 'Kami terperangkap kerana kanan dan kiri tiada jalan keluar'35PSM tak halang pemain beraksi di Thailand
NewUnconfirmedupdated 2 h ago

Azhar Sulaiman bersyukur masih terima bayaran lakonan setimpal

Only social or community posts, or a single source.

Attention
31
no previous hour
Momentum
32
1 vs 0 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 18 Oct, 14:55 MYTLatest activity 18 Oct, 14:55BMconfidence 60%

What happened

Details are being gathered from the sources below.

Read the reporting

1 report
Photo: Harian Metro
Harian Metro·News·BM·2 min read

Azhar Sulaiman bersyukur masih terima bayaran lakonan setimpal

By Norhayati Nordin · 18 Oct, 14:55 MYT

norhayati_nordin@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Pelakon Azhar Sulaiman, 55, menyifatkan rezekinya bergelar 'hero' dalam drama atau filem pada awal kemunculan secara tidak langsung membantu untuk mendapat bayaran setimpal hingga kini.

Azhar berkata, dia bersyukur dengan bayaran diterima atas komitmen tuntutan kerja diberi dan belum pernah mendapat bayaran rendah seperti dilalui segelintir pelakon senior lain.

"Setakat ini, saya tidak lagi berdepan masalah bayaran yang rendah. Syukur Alhamdulillah, masih setimpal. Syarikat produksi yang mahu bekerjasama sudah tahu berapa 'rate' saya.

"Bagi saya, soal bayaran ini adalah rezeki masing-masing. Kalau ada pelakon yang dapat bayaran sehingga RM100,000 untuk pembabitan dalam filem dibintangi, mungkin penerbit sudah tahu komitmen mampu diberikan.

"Macam saya sendiri, mungkin dulu ketika berlakon pada 1990-an itu bermula sebagai pelakon filem dan boleh dikatakan adalah status 'stardom' yang membantu bayaran lakonan saya terima 'masih selamat' sampai hari ini.

"Hampir empat dekad jugalah saya berlakon dan Alhamdullillah masih mempunyai 'harga' dalam industri. Cuma, kalau dulu saya bermula sebagai pelakon kecil, mungkin sekarang harga saya sudah jatuh," katanya.

Azhar berkata, berdasarkan pengalaman dan pemerhatiannya mendapati 'bintang filem' mempunyai status tersendiri dalam industri kreatif, dan siapa yang bermula dengan filem masih kekal terima bayaran setimpal.

Menurutnya, status 'stardom' tidak hanya diukur dari segi populariti di media sosial atau jumlah anugerah diterima, tetapi bergantung kepada penerimaan serta kemampuan menarik penonton ke panggung wayang.

"Status 'bintang filem' (stardom) itu kita dapat lihat diperoleh hasil daripada penerimaan penonton dan perkembangan seseorang pelakon dalam industri. Bukan sekadar dia sudah menang anugerah semata-mata.

"Ditambah lagi, kalau pelakon itu masih ramai pengikut dan mampu menarik orang untuk menonton ke pawagam atau drama TV atau OTT (over-the-top) lakonannya. Maka, memang dia pasti ada harga tersendiri," katanya.

Bapa kepada tiga cahaya mata ini memaklumkan dia bagaimanapun memilih untuk tidak mendedahkan bayaran diterima di media sosial, sama ada tinggi atau rendah kerana tiada keperluan berbuat demikian.

"Kalau berasa bayaran diterima itu rendah lebih bagus tolak secara baik dan pasti ada rezeki lain pada masa akan datang kerana semua keputusan bergantung kepada kita sendiri untuk memilih," katanya.

Azhar mendirikan rumah tangga Chempaka Emalin Pahamin pada 23 Julai 1995 dan mereka dikurniakan tiga anak iaitu Kasih Leia Ixora serta pasangan kembar, Leona dan Andika Rees Pahamin.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Why it is new

Not enough measurements yet to explain the score. Explanations are generated only from stored data.

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 32NEWnow15:00
Latest 15:04 MYT
31New
Mentions / h1Velocity0.02/minSources1Platforms1

Timeline

No timeline yet.

Where it started

Unknown.

How it spread

Not enough data to show how this spread.

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Nothing independently established yet.

What we don’t know

  • No open questions flagged by the rules.

All sources (1)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.