
PSM tak halang pemain beraksi di Thailand
Only social or community posts, or a single source.
What happened
KUALA LUMPUR: Persekutuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) tidak akan menghalang pemain negara beraksi dalam Liga Thailand sekiranya peluang itu mampu meningkatkan kemahiran, pengalaman dan prestasi mereka di pentas antarabangsa. (Berita Harian, 13:48)
Read the reporting
1 report
PSM tak halang pemain beraksi di Thailand
KUALA LUMPUR: Persekutuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) tidak akan menghalang pemain negara beraksi dalam Liga Thailand sekiranya peluang itu mampu meningkatkan kemahiran, pengalaman dan prestasi mereka di pentas antarabangsa.
Presidennya, Datuk Sumali Reduan berkata, pihaknya terbuka terhadap hasrat berkenaan, namun sebarang penyertaan perlu dinilai secara strategik bagi memastikan tidak mengganggu persiapan skuad kebangsaan.
Jelasnya, setakat ini PSM belum menerima sebarang maklumat atau permohonan rasmi berhubung kemungkinan pemain negara bermain di liga berkenaan.
"Hasrat kita adalah untuk memastikan pemain mendapat sebanyak mungkin peluang beraksi, sama ada di dalam mahupun luar negara. Sekiranya liga di luar negara menjadi platform yang baik untuk meningkatkan kemahiran, pengalaman dan prestasi pemain, saya tidak melihat sebarang masalah," katanya.
Bagaimanapun, Sumali menegaskan aspek pengurusan jadual perlu diberi perhatian supaya penyertaan pemain di luar negara tidak bertindih dengan takwim, Program Podium dan kejohanan yang sudah dirancang.
Menurutnya, komitmen pemain terhadap latihan serta kejohanan bersama skuad kebangsaan juga perlu diambil kira sebelum sebarang keputusan dibuat.
"Jika tiada pertindihan dengan program sedia ada, saya tiada masalah dan melihat perkara ini secara positif.
"Paling penting, saya mahu pemain negara mendapat pendedahan di peringkat antarabangsa. Saya tidak mahu mereka hanya bermain di Malaysia, tetapi menghadapi kesukaran untuk menunjukkan prestasi apabila beraksi di luar negara," katanya.
Tambah Sumali, peluang beraksi di luar negara mampu memberi manfaat jangka panjang kepada pembangunan sepak takraw negara, terutama dalam meningkatkan tahap kompetitif pemain apabila berdepan lawan antarabangsa.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Berita Harian) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsBerita Harian13:48
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Berita Harian
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.