Malaysian Attention Engine
Live wire
51'Saya akui itu adalah suatu kesalahan...' - Nik Nazmi akui ditahan JAIS51Cubaan keluar Malaysia ikut laluan tikus gagal, 10 PATI ditahan ketika berehat di hotel36General : Watsons Malaysia's 888th Branch Enters MBOR As Largest Health And Beauty Retail Store36Pang Ron-Pei Jing kejutkan gandingan Jepun36Over 1,800kg of invasive fish hauled from Ampang Hilir Lake Park35Keluarga 3 rakyat Malaysia mangsa banjir Nepal terima bantuan 'one off' RM6,50035General : Hajiji Urges Sabah Districts to Develop Unique Tourism Products35Akses pembiayaan, latihan perdagangan penting jadikan Malaysia hab petroleum serantau35Mimpi ngeri pemilik rumah, penyewa guna kediaman lombong Bitcoin secara haram35TDM semak semula SOP susulan kes anggota ditahan bersama pistol, peluru35‘Walaupun banyak pangkalan haram digempur, masih ada laluan baharu’32'Rakyat berhak dapat penjelasan' - AMK persoal kemampuan UMNO-BN kekalkan kestabilan Negeri Sembilan
NewUnconfirmedupdated 1 h ago

Banjir Nepal: ‘Suami sempat hantar gambar 10 minit sebelum tragedi’

Only social or community posts, or a single source.

Attention
17
−100% / 60 min
Momentum
19
0 vs 1 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 17 Oct, 17:30 MYTLatest activity 17 Oct, 17:30BMconfidence 60%

What happened

GEORGE TOWN – “Suami sempat hantar gambar berlatar belakang bangunan pintu sempadan Nepal-China 10 minit sebelum bencana berlaku.” (Kosmo!, 17:30)

Read the reporting

1 report
Photo: Kosmo!
Kosmo!·News·BM·2 min read

Banjir Nepal: ‘Suami sempat hantar gambar 10 minit sebelum tragedi’

By NOOR HASLIZA NUSI · 17 Oct, 17:30 MYT

GEORGE TOWN – “Suami sempat hantar gambar berlatar belakang bangunan pintu sempadan Nepal-China 10 minit sebelum bencana berlaku.”

Itu detik yang sukar dilupakan P. Rubbani, 39, isteri kepada M. Poobalan, 40, antara 54 rakyat Malaysia yang dilaporkan hilang dalam tragedi banjir besar di Nepal, 26 Ogos lalu.

“Saya tanya dia (suami) ada di China kah? dan dia balas ya. Saya kemudian membalas lagi, ingatkan tiada talian telefon di sana, tetapi selepas itu tiada lagi jawapan.

“Melihat gambar yang dihantarnya, memang dia ada di situ (bangunan sempadan yang terjejas teruk) semasa kejadian. Saya dapat tahu bencana itu pada pukul 6 petang,” katanya kepada pemberita pada Majlis penyerahan bantuan kepada waris mangsa banjir Nepal anjuran Lembaga Wakaf Hindu Pulau Pinang di sini, hari ini.

Bagaimanapun, beritahu Rubbani lagi, dia tidak menyangka gambar berkenaan menjadi komunikasi terakhir mereka sebelum suaminya terputus hubungan sehingga ke hari ini.

Ujarnya, dia masih menaruh harapan tinggi agar suaminya yang bekerja sebagai penolong jurutera itu ditemukan semula dan dapat kembali ke pangkuan keluarga.

“Kami percaya dia akan pulang. Kami sangat yakin, demi anak-anak, dia akan kembali,” katanya .

Pasangan itu mempunyai dua cahaya mata iaitu seorang anak perempuan berusia sembilan tahun dan anak lelaki berusia enam tahun.

Rubbani berkata, kedua-dua anaknya mengetahui mengenai kejadian itu, namun dia memilih untuk memberitahu mereka bahawa bapa mereka berada di tempat selamat tetapi belum dapat berhubung kerana masalah komunikasi.

Dia juga belum bersedia menceritakan keadaan sebenar kepada anak-anaknya kerana mahu menjaga emosi mereka sementara keluarga terus menantikan perkembangan terbaharu.

Menurutnya, kehilangan suami bukan sahaja memberi kesan emosi, malah menyebabkan kehidupan harian mereka sekeluarga semakin mencabar, khususnya dari segi kewangan.

Katanya, suaminya selama ini menjadi tonggak utama keluarga yang menguruskan simpanan serta pembayaran komitmen bulanan mereka.

“Saya rasa hilang arah. Pendapatan saya tidak besar dan selama ini suami banyak menyara keluarga. Saya juga masih belajar secara sambilan, tetapi semuanya tergendala kerana sekarang saya perlu menguruskan dua orang anak,” katanya.

Rubbani berkata, dia kini berusaha mendapatkan akses kepada akaun bank dan simpanan suaminya bagi menampung perbelanjaan harian serta komitmen kewangan keluarga.

Sehubungan itu, dia berharap pihak kerajaan dapat membantu mempercepatkan proses mendapatkan akses kepada wang berkenaan yang masih tersimpan dalam akaun atas nama suaminya. -KOSMO! ONLINE

The post Banjir Nepal: ‘Suami sempat hantar gambar 10 minit sebelum tragedi’ appeared first on Kosmo Online .

As published in Kosmo!’s feed.Read at Kosmo!

1 / 1 · arrow keys switch reports

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 31NEWnow18:0019:00
Latest 19:17 MYT
17New
Mentions / h0Velocity0.00/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Kosmo!) source

Where it started

Kosmo! (News)
17 Oct, 17:30 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Kosmo!
    17:30

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Kosmo!

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.

Banjir Nepal: ‘Suami sempat hantar gambar 10 minit sebelum tragedi’ · Malaysian Attention Engine