
Bekas pengadil kebangsaan meninggal dunia selepas hampir 19 jam bertarung nyawa
Only social or community posts, or a single source.
What happened
Bekas pengadil kebangsaan meninggal dunia selepas hampir 19 jam bertarung nyawa (Harian Metro, 16:53)
Read the reporting
1 report
Bekas pengadil kebangsaan meninggal dunia selepas hampir 19 jam bertarung nyawa
am@hmetro.com.my
Kota Marudu: Bekas pengadil bola sepak kebangsaan yang juga seorang guru meninggal dunia selepas hampir 19 jam bertarung nyawa akibat kemalangan ketika dalam perjalanan untuk mengadili kejohanan bola sepak Piala Parlimen YB Munirah 2026 di Kota Belud.
Mangsa, Hilton Soibik, 38, yang bertugas sebagai guru di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Salaping 2, disahkan meninggal dunia pada jam 9.24 pagi tadi ketika menerima rawatan di Hospital Queen Elizabeth I (HQE I), Kota Kinabalu.
Dalam kejadian jam 2.20 petang semalam, mangsa mengalami kecederaan parah termasuk patah kaki, tangan dan bahu kanan, perut dan kepala.
Polis Daerah Kota Marudu, Superintendan Simun Lomudin berkata, siasatan awal mangsa memandu Toyota Hilux dari arah Kota Marudu menuju ke Kota Kinabalu dan ketika melalui jalan selekoh dan mendaki bukit di Jalan Manggaris, 2, di sini, kenderaan dipandu mangsa dipercayai hilang kawalan sebelum memasuki laluan bertentangan.
"Toyota Hilux berkenaan kemudian bertembung dengan sebuah lori tangki dari arah Kota Kinabalu menuju ke Kota Marudu. Akibat pertembungan itu, mangsa cedera parah sebelum dikejarkan ke Hospital Kota Marudu untuk rawatan," katanya ketika dihubungi, hari ini.
Beliau berkata, pemandu lori tangki berusia 55 tahun bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.
Katanya, keadaan jalan ketika kejadian dilaporkan basah dan licin berikutan hujan.
"Mangsa kemudian disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di HQE I pagi tadi. Kes yang pada awalnya disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 diklasifikasikan semula mengikut Seksyen 41(1) akta sama susulan kematian mangsa," katanya.
Sementara itu, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menerusi Facebook turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga mendiang atas pemergian bekas pengadil kebangsaan berkenaan.
Menurut FAM, mendiang sebelum ini pernah mengadili beberapa pertandingan bola sepak peringkat kebangsaan termasuk Piala Presiden, Piala Belia dan Liga Wanita Kebangsaan (LWN).
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Harian Metro) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsHarian Metro16:53
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Harian Metro
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.