Malaysian Attention Engine
Live wire
57SPRM kerjasama dengan PDRM teliti isu MyEG52Lima rakyat Malaysia ditahan di Jepun, seludup kokain RM3.1 juta dalam kasut50Garis panduan ketelusan royalti muzik tertangguh, tiga CMO fail semakan kehakiman50World : F1 To Return To Africa For First Time Since 1993 With Race In Rwanda49General : Haze: STAM, STPM Examinations In Pahang To Proceed As Scheduled49Perbelanjaan pembangunan naik, lonjakan projek baharu belum ketara44Business : NWE Resources' IPO Public Portion Oversubscribed 2.82 Times42Don’t defend wrongdoing, even if it involves Umno, says Khairy40Penganggur didakwa menyamar pegawai DBKL, tipu peniaga dapatkan lesen40Dr Mahathir sudah semakin sihat, lebih aktif – Marina40Akta antilompat parti gagal, aniaya MP digantung, kata Ronald Kiandee40Five Malaysians held in Japan over RM3.1mil cocaine haul hidden in shoes
OverUnconfirmedupdated 4 d ago

Belanjawan 2027: MediAsas diperkenal tahun depan, boleh guna Akaun Sejahtera KWSP bayar premium | Sinar Harian

Only social or community posts, or a single source.

Attention
5
no previous hour
Momentum
19
0 vs 0 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 9 Oct, 16:59 MYTLatest activity 9 Oct, 16:59BMconfidence 60%

What happened

Belanjawan 2027: MediAsas diperkenal tahun depan, boleh guna Akaun Sejahtera bayar premium (Google News Malaysia (BM), 16:59)

Read the reporting

1 report
Photo: sinarharian.com.my
sinarharian.com.my·News·BM·2 min read

Belanjawan 2027: MediAsas diperkenal tahun depan, boleh guna Akaun Sejahtera KWSP bayar premium | Sinar Harian

9 Oct, 16:59 MYT

Belanjawan 2027: MediAsas diperkenal tahun depan, boleh guna Akaun Sejahtera bayar premium

KUALA LUMPUR - \[DIKEMAS KINI\] Kerajaan akan melancarkan Pelan MediAsas pada Januari 2027 pada harga mampu milik, dengan ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berusia bawah 55 tahun dibenarkan menggunakan Akaun Sejahtera untuk membayar premium pelan berkenaan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, menerusi pelan itu bayaran hospital akan ditentukan berdasarkan jenis diagnosis dan rawatan bagi memastikan kos perubatan lebih terkawal serta mudah dijangka.

Anwar yang juga Menteri Kewangan memaklumkan, Kerajaan turut menyediakan subsidi premium tahun pertama sebanyak RM200 bagi setiap pekerja perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang mempunyai kurang daripada 75 pekerja, terhad kepada 50 pekerja bagi setiap syarikat.

"Ini dijangka memanfaat hingga 200,000 pekerja," katanya ketika pembentangan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat di sini pada Jumaat.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, bil hospital swasta juga akan menggunakan kategori caj yang seragam dan telus bagi membantu pesakit memahami setiap bayaran serta mengurangkan herotan harga dalam meningkatkan ketelusan kos rawatan swasta.

Menurut beliau, Portal e-CKAPS turut dibangunkan bagi membolehkan urusan pelesenan fasiliti kesihatan swasta dibuat sepenuhnya dalam talian mulai 2027, dengan tempoh pemprosesan disasar berkurang hingga 65 peratus.

Tambah Ahli Parlimen Tambun itu, kerajaan turut meningkatkan bantuan kesihatan kepada golongan memerlukan menerusi penambahan peruntukan Dana Tabung Bantuan Perubatan kepada RM60 juta berbanding RM40 juta sebelum ini.

"Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan pasangan berusia 40 tahun ke atas pula ditawarkan saringan kesihatan percuma, bantuan alat perubatan serta insentif rawatan kanser menerusi program PeKa B40 dengan peruntukan RM80 juta.

"Sejak diperkenalkan, MySalam pada 2027 memanfaatkan 1.6 juta rakyat dengan jumlah tuntutan sebanyak RM1.3 bilion. Skim MySalam diteruskan pada tahun 2027," ujar beliau.

Bagi membantu pasangan mendapatkan rawatan kesuburan, Anwar berkata, program BuAi menawarkan rawatan pada kos mampu milik kepada 2,000 pasangan selain perkhidmatan kesejahteraan lelaki yang menyasarkan 42,000 individu.

"Saringan talasemia percuma diperluas kepada suami dan anak pembawa penyakit bagi mengurangkan risiko kelahiran bayi dengan talasemia major," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

Why it is over

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention

Not enough history in this window yet. The engine measures every five minutes.

Timeline

  1. Detected
    First detected (Google News Malaysia (BM)) source
  2. State
    Over

    single source and no mention for 24h

Where it started

Google News Malaysia (BM) (News)
9 Oct, 16:59 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Google News Malaysia (BM)
    16:59

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Google News Malaysia (BM)

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.