
Ben Affleck disekat Instagram dua kali kerana dianggap menyamar diri
Only social or community posts, or a single source.
What happened
Details are being gathered from the sources below.
Read the reporting
1 report
Ben Affleck disekat Instagram dua kali kerana dianggap menyamar diri
LOS ANGELES: Pelakon dan pengarah Hollywood, Ben Affleck, mendedahkan dirinya pernah dua kali disekat daripada menggunakan Instagram selepas platform media sosial itu mengesan akaun yang diwujudkannya sebagai cubaan menyamar sebagai dirinya sendiri.
Affleck, 54, berkata, dia tidak mempunyai akaun Instagram rasmi kerana mengakui dirinya tidak sesuai menjadi pempengaruh, apatah lagi berdepan tekanan untuk membina pengikut dalam talian seperti yang dialami pelakon generasi baharu.
Berkongsi perkara itu dalam temu bual bersama Variety, Affleck berkata, akaun yang diwujudkannya sebelum ini bukan bertujuan mempromosikan projek lakonan atau arahannya, sebaliknya sekadar membolehkannya melihat aktiviti media sosial anak-anak.
"Saya akan menjadi pempengaruh yang teruk. Mereka (pelakon baharu) berdepan tekanan yang sangat besar untuk mengumpul pengikut dalam talian.
"Saya tidak akan pandai melakukan perkara itu," katanya, lapor Variety.
Affleck turut mendedahkan akaun Instagram yang diwujudkannya sebelum ini hanya mempunyai enam pengikut, terdiri daripada anak-anaknya dan beberapa rakan mereka.
"Ia hanya alasan untuk saya melihat akaun media sosial anak-anak saya," katanya.
Affleck mempunyai tiga orang anak hasil perkahwinannya dengan pelakon, Jennifer Garner. Pasangan itu berpisah pada 2015 sebelum perceraian mereka dimuktamadkan pada 2018.
Garner mempunyai 17.2 juta pengikut di Instagram, manakala bekas isteri kedua Affleck, Jennifer Lopez, mempunyai kira-kira 239 juta pengikut di platform sama.
Lopez dan Affleck berkahwin pada 2022 sebelum mengumumkan perpisahan. Perceraian mereka dimuktamadkan pada 2025.
Walaupun tidak mempunyai pengaruh besar dalam media sosial seperti kedua-dua bekas isterinya, Affleck tetap dikenali ramai menerusi meme yang memaparkan wajahnya yang sering kelihatan muram.
Imej 'lelaki sedih' itu menjadi antara gambaran popular mengenai dirinya di internet, sekali gus mencetuskan pelbagai reaksi dan gurauan dalam kalangan pengguna media sosial.
Malah, Lopez pernah mempertahankan Affleck ketika mereka menghadiri acara karpet merah Golden Globe, selepas ekspresi wajah pelakon itu mengundang perhatian.
"Anda tidak perlu risau tentang Ben. Biar saya beritahu, dia baik-baik sahaja. Dia gembira," katanya. - VARIETY
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
Not enough measurements yet to explain the score. Explanations are generated only from stored data.
Attention graph
Not enough history in this window yet. The engine measures every five minutes.
Timeline
No timeline yet.
Where it started
Unknown.
How it spread
Not enough data to show how this spread.
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Nothing independently established yet.
What we don’t know
- No open questions flagged by the rules.
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.