Malaysian Attention Engine
Live wire
44World : Trump Says Russia To Supply Diesel Fuel To American, Global Markets42Gaji minimum naik dari RM1,700 kepada RM2,000 - PM38Jerebu: 36 kawasan catat IPU tidak sihat, Seremban dan Segamat tertinggi35Nahas Jalan Kuching: ‘Asiah bangun Asiah, kita dah nak sampai hospital’35'Pemilik serah tanah kepada warga asing'34Coventry crush Newcastle to climb out of relegation zone33Man United, Tottenham terdesak menang32Football: Soccer-UK PM Burnham to release details of dealings with Manchester City31Perkukuh strategi kurangkan risiko kebergantungan E&E31Sport : Arctic Open: Aaron-Roy King Reach Final, Zii Jia Bows Out31Jerebu: 36 kawasan catat IPU tidak sihat, Seremban dan Segamat tertinggi31Pelajar universiti ‘kantoi’ seludup 4 kilogram syabu dari Malaysia
NewConfirmedupdated 1 h ago

Bertekad untuk tidak mudah 'memakan diri' dengan pujian

Reported by two or more established outlets, or an official source.

Attention
33
no previous hour
Momentum
32
1 vs 0 mentions/h
Sources
2
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 13 Oct, 06:20 MYTLatest activity 13 Oct, 06:22BMconfidence 80%

What happened

Bertekad untuk tidak mudah 'memakan diri' dengan pujian (Harian Metro, 06:22)

Read the reporting

1 report
Photo: Harian Metro
Harian Metro·News·BM·3 min read

Bertekad untuk tidak mudah 'memakan diri' dengan pujian

By Puteri Alia Zanaruddin · 13 Oct, 06:22 MYT

puterialia@hmetro.com.my

Semakin mencipta nama dalam industri muzik tanah air, penyanyi muda berbakat besar, Zaki Yamani kini secara rasmi melangkah ke fasa baharu dalam kerjayanya apabila menyertai syarikat rakaman antarabangsa, Sony Music Malaysia.

Perkara itu diumumkan oleh Pengarah Urusan Sony Music Malaysia, Singapura, Vietnam & Projek Khas Asia Tenggara, Kenny Ong menerusi sebuah Majlis Menandatangani Perjanjian (Signing Ceremony) yang berlangsung baru-baru ini membabitkan Zaki Yamani dan Sony Music Malaysia.

Menurut Kenny, Zaki disifatkan sebagai permata berharga kerana bukan sahaja penyanyi muda, malah memiliki sifat dedikasi tinggi yang sukar dicari ganti dalam industri muzik tempatan.

"Hari yang sangat istimewa buat kami kerana secara rasminya mengalu-alukan kehadiran Zaki Yamani dalam keluarga besar Sony Music Malaysia.

"Zaki bukan sekadar muda, tetapi sangat berdedikasi terhadap bakatnya, kebolehan menulis lagu serta nyanyiannya. Ini yang membuatkan saya amat kagum dengan Zaki.

"Bagi saya, Zaki adalah masa depan barisan artis di Malaysia. Kami berharap dapat bekerjasama rapat bersama Zaki bagi memastikan dia terus maju serta menempa nama bukan sahaja di Malaysia, tetapi ke peringkat Asia juga," kata Kenny.

Sementara itu, Zaki atau nama sebenarnya Ahmad Zaki Yamani, 20, meluahkan rasa syukur dan teruja selepas menandatangani kontrak selama tiga tahun bersama label berkenaan.

Biarpun sempat bergerak secara solo selepas meninggalkan label terdahulu, faktor kepercayaan menjadi sebab utama dia memilih untuk menyertai di bawah syarikat rakaman berkenaan.

"Alhamdulillah, saya sudah sah menandatangani kontrak bersama Sony dan terima kasih Sony kerana menerima saya.

"Sony berjaya memenangi hati saya apabila mereka tampil profesional dengan membentangkan perancangan terperinci dan lengkap dengan pelan yang disusun rapi untuk kerjaya," kata Zaki.

Mengulas mengenai pujian melambung yang diberikan oleh pengurusan tertinggi itu, Zaki tetap merendah diri dan bertekad untuk tidak mudah 'memakan diri' dengan pujian berkenaan, sebaliknya terus memperbaiki kelemahan dari semasa ke semasa.

"Saya berterima kasih juga kepada Encik Kenny kerana menerima dan menyukai karya saya. Saya pernah tanya beliau kenapa suka saya, dia kata, 'sebab saya boleh menyanyi'.

"Apa-apa pun saya tak nak pujian itu makan diri, jadi saya nak terus berusaha membetulkan apa yang kurang daripada saya dari segi nyanyian, pembawakan diri dan sebagainya.

"Saya sangat bersyukur dan gembira kerana diberi peluang untuk menjadi sebahagian daripada keluarga Sony Music. Saya melihat peluang ini sebagai satu langkah penting dalam perjalanan kerjaya saya.

"Insya-Allah, saya akan terus belajar, membina dan mengembangkan kerjaya nyanyian saya serta memberikan yang terbaik buat peminat dan industri muzik," kata Zaki.

Sementara itu, menerusi kerjasama ini, Zaki bakal mendapat peluang untuk terus mengembangkan bakat, meneroka ruang baharu dalam muzik serta memperluaskan jangkauan kerjayanya ke pasaran yang lebih luas, khususnya di rantau Asia Tenggara.

Sebagai sebahagian daripada perancangan seterusnya, Zaki juga bakal bekerjasama dengan beberapa penerbit muzik terkenal dari Indonesia bagi menghasilkan karya baharu.

Kerjasama merentas sempadan ini bakal membuka ruang kepada Zaki untuk meneroka pendekatan muzik yang lebih luas, di samping membawa sentuhan serantau dalam projeknya yang akan datang.

Perkembangan ini juga selari dengan usaha Sony Music Malaysia untuk membina perjalanan kerjaya Zaki secara lebih menyeluruh, bukan sahaja dalam memperkukuhkan kedudukannya sebagai penyanyi di Malaysia, malah memperkenalkan muzik dan identitinya kepada pendengar di rantau ini.

Majlis istimewa berkenaan turut diserikan dengan kehadiran peminat sebagai tanda sokongan, sekali gus untuk sama-sama meraikan satu lagi detik penting dalam perjalanan kerjaya seninya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 34NEWnow07:00
Latest 07:16 MYT
33New
Mentions / h1Velocity0.02/minSources2Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Harian Metro) source

Where it started

Harian Metro (News)
13 Oct, 06:22 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Harian Metro
    06:22

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Harian Metro

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (2)

Bertekad untuk tidak mudah 'memakan diri' dengan pujian
hmetro.com.myNewsmainstreamBMnear-duplicate

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.