
Bimbang beban elektrik dan air, kerajaan kaji semula keperluan pusat data
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air Abdul Rahman Mohamad berkata walaupun pelaburan pusat data boleh mencecah berbilion ringgit kerajaan perlu menilai sumbangannya kepada ekonomi dan rakyat termasuk peluang pekerjaan yang diwujudkan. (Gambar Envato Elements) KUALA LUMPUR: Kerajaan sedang mengkaji semula keperluan sebenar pembangunan pusat data bagi memastikan penggunaan elektrik dan air tidak membebankan pengguna, terutama jika pelaburan itu tidak memberi manfaat mencukupi kepada rakyat. (Free Malaysia Today, 12:30)
Read the reporting
2 reports
Bimbang beban elektrik dan air, kerajaan kaji semula keperluan pusat data
Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air Abdul Rahman Mohamad berkata walaupun pelaburan pusat data boleh mencecah berbilion ringgit kerajaan perlu menilai sumbangannya kepada ekonomi dan rakyat termasuk peluang pekerjaan yang diwujudkan. (Gambar Envato Elements) KUALA LUMPUR: Kerajaan sedang mengkaji semula keperluan sebenar pembangunan pusat data bagi memastikan penggunaan elektrik dan air tidak membebankan pengguna, terutama jika pelaburan itu tidak memberi manfaat mencukupi kepada rakyat.
Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Abdul Rahman Mohamad, berkata kajian itu perlu bagi memastikan permintaan bekalan elektrik pusat data sepadan penggunaan sebenar dan tidak menyebabkan lebihan kapasiti yang akhirnya menjadi beban kepada pengguna.
Katanya, terdapat pusat data yang memohon kapasiti elektrik tinggi tetapi penggunaan sebenar jauh lebih rendah, sekali gus menimbulkan persoalan mengenai keperluan bekalan yang diperuntukkan.
“Kita sedang mengkaji bagaimanakah keperluan sebenar yang harus diberikan kepada pusat data. Ini juga perkara yang setiap kali saya sendiri bangkitkan supaya lebihan elektrik itu tidak digunakan oleh pusat data itu sendiri. Kerana kita tahu pusat data ini permintaannya lebih tinggi tetapi sebenarnya penggunaannya kurang.
“Dan ini juga menjadi satu bebanan,” katanya di Dewan Rakyat.
Rahman berkata, kerajaan turut meneliti pemilihan projek pusat data yang benar-benar diperlukan negara, termasuk menilai manfaat pelaburan itu kepada rakyat berbanding penggunaan sumber yang tinggi.
“Saya bercakap soal pusat data tetapi dalam soal pelaburan, ada pihak kementerian (lain) yang memerlukan pusat data itu. Dari kajian, saya mendapati kita perlu mengkaji sepenuhnya keperluan pusat-pusat data dan penggunaan sebenar mereka. Ada pusat-pusat data yang pada saya tidak memberi manfaat, ini juga harus dikaji,” katanya.
Beliau menjawab persoalan dibangkitkan Tuan Ibrahim Tuan Man (PN-Kubang Kerian) mengenai jaminan bekalan elektrik untuk pusat data serta risiko pengguna menanggung kos lebihan kapasiti, selain penggunaan air yang tinggi bagi operasi kemudahan berkenaan.
Mengulas lanjut, Rahman berkata, kerajaan juga mencadangkan pengendali pusat data menyediakan loji jana kuasa bebas masing-masing, termasuk menggunakan tenaga solar dan sistem bateri, bagi mengurangkan kebergantungan kepada bekalan daripada grid negara.
Bagaimanapun, katanya kerajaan perlu mencari keseimbangan supaya keperluan pelabur dipenuhi tanpa menjejaskan kepentingan pengguna domestik.
Menjawab persoalan mengenai bekalan air, beliau berkata perkara itu turut menjadi perhatian kerajaan, termasuk kemungkinan pusat data menyediakan kemudahan bekalan air sendiri bagi mengelakkan persaingan dengan pengguna lain.
Sementara itu, Rahman berkata, kerajaan mahu memastikan pembangunan pusat data, khususnya yang berkaitan kecerdasan buatan (AI), benar-benar membawa manfaat kepada negara, bukan hanya dinilai berdasarkan jumlah pelaburan diumumkan.
Katanya, walaupun pelaburan pusat data boleh mencecah berbilion ringgit, kerajaan perlu menilai sumbangannya kepada ekonomi dan rakyat termasuk peluang pekerjaan yang diwujudkan.
Why it is new
- 2 independent sources, 1 new in the last hour
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsFree Malaysia Today12:30
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 2 established outlet(s): Berita Harian, Free Malaysia Today
What we don’t know
- No open questions flagged by the rules.
All sources (2)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.