Malaysian Attention Engine
Live wire
47Pesara guru rugi RM1.1 juta diperdaya skim pelaburan tidak wujud47Malaysia condemns attack on Riyadh’s King Khalid International Airport that killed civilians, injured hundreds45Isteri Shuib bersuara, nafi kenal waktu Sarah masih hidup42General : Budget 2027: STR, SARA Aid Raised To RM150 A Month - Anwar42RIM mohon Dana Eksport Muzik dalam Belanjawan 202740Sukan harap suntikan baharu Belanjawan 202740General : 'We Are Not Building A Nation For One Fiscal Year, But For A Generation' - Anwar40Gaji minimum naik dari RM1,700 kepada RM2,000 - PM39Pertumbuhan global dijangka meningkat kepada 3.4 peratus pada 202736Bomba FC cipta sejarah juarai Piala Emas Raja-Raja35Proses naturalisasi Gallifuoco kini tunggu lampu hijau FAM35RM130 juta perkasa industri kreatif tempatan
NewConfirmedupdated 2 h ago

BKK, SARA MADANI sempena tujuh dasawarsa merdeka simbol penghargaan kepada rakyat - PM

Reported by two or more established outlets, or an official source.

Attention
24
no previous hour
Momentum
24
0 vs 0 mentions/h
Sources
3
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 11 Oct, 10:42 MYTLatest activity 11 Oct, 10:50BMconfidence 86%

What happened

PUTRAJAYA: Pembayaran Bantuan Khas Kewangan (BKK) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MADANI bersempena dengan ulang tahun ke-70 kemerdekaan negara tahun depan adalah simbol penghargaan kerajaan terhadap sumbangan rakyat dalam pembangunan Malaysia sejak merdeka. (Berita Harian, 10:42)

Read the reporting

1 report
Photo: Berita Harian
Berita Harian·News·BM·2 min read

BKK, SARA MADANI sempena tujuh dasawarsa merdeka simbol penghargaan kepada rakyat - PM

By BERNAMA · 11 Oct, 10:42 MYT

PUTRAJAYA: Pembayaran Bantuan Khas Kewangan (BKK) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MADANI bersempena dengan ulang tahun ke-70 kemerdekaan negara tahun depan adalah simbol penghargaan kerajaan terhadap sumbangan rakyat dalam pembangunan Malaysia sejak merdeka.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tujuh dasawarsa itu membawa makna tersendiri kerana kemerdekaan itu sendiri adalah hadiah buat rakyat.

"Tujuh dasawarsa itu sempena merdeka …hadiah buat rakyat," katanya kepada BERNAMA ketika ditanya mengenai simbolik tujuh dasawarsa kemerdekaan yang diumumkan semasa pembentangan Belanjawan 2027 pada Jumaat lalu.

Menerusi belanjawan berkenaan, kerajaan bersetuju menyalurkan BKK sebanyak RM1,500 kepada 1.3 juta penjawat awam daripada Gred Utama B dan ke bawah, termasuk lantikan kontrak.

Bantuan sebanyak RM750 turut diberikan kepada lebih sejuta pesara kerajaan, termasuk veteran berpencen dan tidak berpencen.

Anwar yang juga Menteri Kewangan, berkata pembayaran BKK itu akan dilaksanakan sebanyak dua kali, iaitu sebelum sambutan Aidilfitri dan bersempena dengan ambang tujuh dasawarsa kemerdekaan.

Selain itu, rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas yang bukan penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) akan menerima SARA MADANI sebanyak RM100 bagi setiap pembayaran, yang turut disalurkan dua kali.

Pemberian bantuan itu mencerminkan usaha kerajaan untuk memastikan manfaat pembangunan negara dapat dirasai rakyat, selain menghargai sumbangan penjawat awam, pesara dan masyarakat secara keseluruhan sepanjang perjalanan Malaysia sebagai sebuah negara merdeka.

Malaysia bakal menyambut ulang tahun ke-70 kemerdekaan pada 2027, menandakan tujuh dasawarsa perjalanan negara dalam membina kemajuan dan meningkatkan kesejahteraan rakyat.

Istilah dasawarsa bermaksud jangka masa 10 tahun atau dekad; tujuh dasawarsa bermakna 70 tahun.

Menggapai di Langit, Mengakar di Bumi

Belanjawan 2027 bertemakan "Menggapai di Langit, Mengakar di Bumi" dibentangkan Anwar di Dewan Rakyat pada Jumaat dengan peruntukan kerajaan berjumlah RM459.8 bilion, ditambah dengan RM25 bilion pelaburan daripada syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC); sebanyak RM11 bilion pelaburan awam-swasta; dan RM14.2 bilion pelaburan Badan Berkanun Persekutuan dan Syarikat Menteri Kewangan (Diperbadankan) (MKD).

Ini menjadikan keseluruhan Belanjawan 2027 meneruskan dasar fiskal mengembang sebanyak RM510 bilion.

Belanjawan MADANI Kelima itu bertujuan menterjemahkan pertumbuhan ekonomi yang berdaya tahan kepada manfaat nyata untuk rakyat melalui gaji yang lebih baik, sokongan bersasar yang lebih cekap, disiplin fiskal yang lebih kukuh dan langkah agresif ke arah industri bernilai lebih tinggi.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Why it is new

  • 3 independent sources, 2 new in the last hour
  • Driven by news coverage (3 mainstream mentions in 6h) with little social discussion so far
  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 35first news pick-upNEWnow11:0012:00
Latest 12:54 MYT
24New
Mentions / h0Velocity0.00/minSources3Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Berita Harian) source
  2. News
    First news outlet reports it (Astro Awani (BM)) source

Where it started

Berita Harian (News)
11 Oct, 10:42 MYT
Origin confidence 60% · 7 min ahead of the next source
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Berita Harian
    10:42

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 3 established outlet(s): Astro Awani (BM), Berita Harian, Google News Malaysia (BM)

What we don’t know

  • No open questions flagged by the rules.

All sources (3)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.

BKK, SARA MADANI sempena tujuh dasawarsa merdeka simbol penghargaan kepada rakyat - PM · Malaysian Attention Engine