Malaysian Attention Engine
NewConfirmedupdated 37 min ago

Isteri Shuib bersuara, nafi kenal waktu Sarah masih hidup

Reported by two or more established outlets, or an official source.

Attention
44
no previous hour
Momentum
48
2 vs 0 mentions/h
Sources
2
2 mentions
Platforms
1
News
First detected 11 Oct, 12:13 MYTLatest activity 11 Oct, 12:34BMconfidence 70%

What happened

PETALING JAYA – Didakwa menjalin hubungan sulit dengan pelawak Shuib ketika Allahyarham Siti Sarah Raissuddin masih hidup, Watie Hanafiah menyangkal tuduhan berkenaan selain mempertahankan diri dengan mendedahkan perkara sebenar berserta bukti. (Kosmo!, 12:13)

Read the reporting

2 reports
Photo: Kosmo!
Kosmo!·News·BM·2 min read

Isteri Shuib bersuara, nafi kenal waktu Sarah masih hidup

By MUHAMMAD HAIKAL RAMLI · 11 Oct, 12:13 MYT

PETALING JAYA – Didakwa menjalin hubungan sulit dengan pelawak Shuib ketika Allahyarham Siti Sarah Raissuddin masih hidup, Watie Hanafiah menyangkal tuduhan berkenaan selain mempertahankan diri dengan mendedahkan perkara sebenar berserta bukti.

Watie atau nama sebenarnya Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah, 37, berkata, selepas hampir empat tahun mendirikan rumah tangga, dia berasakan sudah tiba masanya untuk bersuara bagi membersihkan namanya daripada pelbagai tohmahan, terutama apabila perkara itu turut melibatkan anak-anak.

“Jarang saya bersuara, tetapi kini sudah tiba masanya. Islam tidak menghalalkan cara, namun selepas dua hari berfikir dan meminta petunjuk, akhirnya saya terpaksa mengambil keputusan untuk bersuara.

“Setelah hampir empat tahun berumah tangga dan menyimpan segala rasa, saya rasa sudah tiba masanya untuk mempertahankan diri. Ini bukan lagi tentang saya seorang, tetapi turut melibatkan harta dunia akhirat saya, iaitu anak-anak.

“Dahulu, apa sahaja tohmahan dan hinaan dilemparkan kepada saya, semuanya saya terima tanpa membalas atau membahaskannya. Saya sedar diri ini juga mempunyai kekurangan serta aib masa lalu, namun Allah masih menutupnya,” katanya dalam Instagram.

Tambah Watie, perkara utama ingin diperjelaskan adalah dia dan Shuib tidak pernah mengenali antara satu sama lain ketika penyanyi lagu Kesetiaan itu masih hidup.

“Kebenaran yang ingin saya sampaikan ialah saya dan suami tidak pernah mengenali antara satu sama lain sejak arwah masih hidup.

“Suami saya juga tidak pernah mengenali Eddy Kana, meskipun sebelum ini mereka pernah dikaitkan dengan dakwaan berkaitan isu sama.

“Selepas mengenali suami, saya sendiri pernah bertanya kepada Eddy Kana sama ada dia mengenali suami saya secara peribadi. Menerusi mulutnya sendiri, dia mengatakan tidak pernah mengenali suami saya atau mempunyai sebarang hubungan perniagaan dengannya,” ujarnya.

Paling penting, dia juga tidak mengetahui mengapa dirinya dan Shuib dipertemukan sebagai pasangan ketika keadaan sedemikian berpotensi mengundang salah faham serta tanggapan negatif orang ramai.

Bagaimanapun, dia menyerahkan segala persoalan kepada ketentuan Tuhan dan berharap penjelasan tersebut dapat menghentikan pelbagai spekulasi terhadap rumah tangganya.

“Mengapa dan kenapa daripada begitu ramai manusia di dunia ini, Allah memilih kami menjadi pasangan ketika keadaan boleh menyebabkan orang salah menilai hubungan kami? Jawapannya hanya Allah lebih mengetahui.

“Dengan memberikan bukti ini, bukan bermakna saya menganggap diri lebih baik atau suci. Saya cuma berharap selepas ini segala-galanya berhenti setakat ini.

“Bukan bermakna Allah menjauhkan saya daripada teman lama kerana mereka tidak baik untuk saya. Mungkin keputusan meninggalkan dunia hiburan bersama teman-teman demi sebuah rumah tangga menjadi asbab untuk saya mengumpul saham akhirat,” luahnya.

Watie turut berharap orang ramai tidak hanya melihat dirinya dan Shuib dalam kontroversi berkenaan, sebaliknya mempertimbangkan perasaan serta kebajikan anak-anak mereka.

“Jangan hanya memandang saya atau suami, tetapi pandanglah anak-anak saya juga,” jelasnya.

Terdahulu, dakwaan mengenai hubungan Watie dan Shuib ketika Allahyarham Siti Sarah masih hidup kembali menjadi bualan selepas timbul spekulasi mengenai identiti seorang lelaki dalam video lama memaparkan Watie bermain golf.

Lelaki berkenaan didakwa adalah Shuib, sekali gus mencetuskan pelbagai tuduhan dan perdebatan dalam kalangan pengguna media sosial. – KOSMO! ONLINE

The post Isteri Shuib bersuara, nafi kenal waktu Sarah masih hidup appeared first on Kosmo Online .

As published in Kosmo!’s feed.Read at Kosmo!

1 / 2 · arrow keys switch reports

Why it is new

  • 2 mentions in the last hour after none the hour before
  • 2 independent sources, 2 new in the last hour
  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 2 mentions/hpeak 45first news pick-upNEWnow13:00
Latest 13:09 MYT
44New
Mentions / h2Velocity0.03/minSources2Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Kosmo!) source
  2. News
    First news outlet reports it (Harian Metro) source

Where it started

Kosmo! (News)
11 Oct, 12:13 MYT
Origin confidence 90% · 21 min ahead of the next source
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Kosmo!
    12:13

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 2 established outlet(s): Harian Metro, Kosmo!

What we don’t know

  • No open questions flagged by the rules.

All sources (2)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.