Malaysian Attention Engine
Live wire
57Jerebu: Keputusan tutup sekolah berdasarkan penilaian semasa, nasihat MetMalaysia, KKM - Fadhlina51Banjir Nepal: Keluarga 54 rakyat Malaysia mohon moratorium enam bulan46Penerbangan Senai-Jeddah dibatalkan, keluarga reda45Sijil kelahiran lama masih sah, cabutan baharu boleh diperoleh pada RM5 - KP JPN43IMF says AI investment keeps global growth around 3%42General : Only Registered Intermediaries Can Handle Customer Transactions From Jan 1 - JPJ39Budak lima tahun maut dirempuh kereta pandu melulu di Jalan Kuching37Sekolah, institusi pendidikan di kawasan IPU lebih 180 tutup esok36Pedro, Endrick, Engku Shakir kembali perkuat Star City FC36Khidmat tren KLIA Ekspres alami gangguan, kabel terputus36Henti 47 kes Yayasan Akalbudi babit Ahmad Zahid, semakan cabar prosiding Jun 202735General : DBKL, PDRM Study Second Command Centre To Access 10,000 CCTVs Across Capital
NewConfirmedupdated 1 h ago

Bunkface gesa perkasa muzik tempatan, bimbang pasaran domestik dikuasai produk import

Reported by two or more established outlets, or an official source.

Attention
21
−100% / 60 min
Momentum
19
0 vs 1 mentions/h
Sources
3
2 mentions
Platforms
1
News
First detected 12 Oct, 12:57 MYTLatest activity 12 Oct, 14:40BMconfidence 86%

What happened

Bunkface gesa perkasa muzik tempatan, bimbang pasaran domestik dikuasai produk import (Harian Metro, 12:57)

Read the reporting

2 reports
Photo: Berita Harian
Berita Harian·News·BM·2 min read

Bunkface mahu muzik tempatan terus dibela

By Affan Rostam · 12 Oct, 14:40 MYT

KLANG: Kumpulan Bunkface berpandangan usaha memperkukuh karya dan identiti muzik tempatan perlu terus dipergiat bagi memastikan industri muzik Malaysia berkembang, meskipun pendengar semakin terbuka terhadap karya artis antarabangsa.

Pemain bes Bunkface, Youk, berkata kecenderungan pendengar memilih muzik luar negara adalah soal cita rasa yang tidak wajar dipertikaikan. Bagaimanapun, sokongan terhadap penggiat seni tempatan juga penting dalam membina ekosistem industri yang lebih kukuh.

"Memang sukar untuk kita menembusi pasaran luar, sedangkan masyarakat kita lebih terbuka menerima dan memberi peluang kepada orang luar. Bagaimanapun, itu pilihan masing-masing dan tidak salah.

"Tepuk dada, tanya selera. Sebagai rakyat Malaysia, saya menyokong sesama sendiri. Kalau anda semua tidak sokong kami, bagaimana kami hendak terus maju, mengembangkan industri dan membina skala ekonomi yang lebih besar?" katanya.

Bunkface ditemui pada majlis pelancaran Arieva Event Space yang turut memperkenalkan mereka sebagai rakan kolaborasi strategik di Rantau Panjang, di sini, malam tadi.

Mengulas lanjut, Youk berkata, jati diri muzik tempatan perlu terus dipelihara agar masyarakat tidak hanya tertumpu kepada karya dari luar negara.

"Tidak mengapa kerana cita rasa muzik masing-masing berbeza. Betul, itu pilihan masing-masing. Cuma, kita masih mempunyai jati diri yang perlu dipertahankan dan dijadikan asas untuk saling menyokong.

"Kalau tidak, akhirnya semua yang ada di sekeliling kita hanyalah muzik dan produk import. Jadi, kita perlu bermula dari dalam dengan saling menyokong antara satu sama lain. Itu yang paling penting," katanya.

Sementara itu, vokalis Bunkface, Sam, berpendapat kehadiran kumpulan antarabangsa ke Malaysia tidak seharusnya dianggap sebagai ancaman kepada penggiat seni tempatan, sebaliknya mampu memeriahkan landskap muzik negara.

Bagaimanapun, Sam tidak menolak kemungkinan perbelanjaan besar peminat untuk menyaksikan konsert artis antarabangsa memberi kesan kepada kemampuan mereka membeli tiket persembahan artis tempatan.

"Bagi saya, kehadiran mereka tidak mengganggu, malah menjadikan suasana lebih meriah. Cuma, kita tahu harga tiket konsert bertaraf antarabangsa boleh mencecah harga yang tinggi.

"Apatah lagi apabila nama besar seperti My Chemical Romance (MCR) dan pelbagai kumpulan luar datang membuat persembahan.

"Jadi, mungkin penonton lebih cenderung berbelanja untuk konsert antarabangsa sehingga apabila tiba giliran artis tempatan, mereka sudah tidak mempunyai bajet untuk berbelanja.

"Kemungkinan itu ada dan ramai juga yang bercakap mengenainya," katanya.

Sam mengakui Bunkface belum mampu menandingi kedudukan kumpulan terkenal antarabangsa, namun mereka selesa dengan pencapaian diraih, terutama apabila masih mendapat sokongan peminat setia yang mengikuti perjalanan muzik mereka sejak dua dekad lalu.

"Kalau hendak dibandingkan dengan kumpulan luar, siapalah kami. Namun, selagi masih ada penerimaan daripada peminat, kami okay saja dan tidak mempunyai masalah dengan situasi itu," katanya.

Dalam perkembangan lain, Bunkface menjalin kolaborasi strategik dengan Arieva Event Space yang membuka peluang kepada kumpulan itu untuk meneroka pelbagai bidang termasuk penganjuran acara kreatif, persembahan dan pembangunan kandungan.

© New Straits Times Press (M) Bhd

As published in Berita Harian’s feed.Read at Berita Harian

1 / 2 · arrow keys switch reports

Why it is new

  • 3 independent sources
  • Driven by news coverage (3 mainstream mentions in 6h) with little social discussion so far
  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 35first news pick-upNEWnow13:0014:0015:0016:00
Latest 16:15 MYT
21New
Mentions / h0Velocity0.00/minSources3Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Harian Metro) source
  2. News
    First news outlet reports it (Google News Malaysia (BM)) source
  3. News
    First news outlet reports it (Berita Harian) source

Where it started

Harian Metro (News)
12 Oct, 12:57 MYT
Origin confidence 90% · 100 min ahead of the next source
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Harian Metro
    12:57

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 3 established outlet(s): Berita Harian, Google News Malaysia (BM), Harian Metro

What we don’t know

  • No open questions flagged by the rules.

All sources (3)

Bunkface mahu muzik tempatan terus dibela
bharian.com.myNewsmainstreamBMnear-duplicate
Bunkface mahu muzik tempatan terus dibela
Berita HarianNewsmainstreamBM

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.

Bunkface gesa perkasa muzik tempatan, bimbang pasaran domestik dikuasai produk import · Malaysian Attention Engine