
Casa Feruni destinasi menyeluruh untuk rekaan terkini ruang kediaman
Only social or community posts, or a single source.
What happened
JOHOR BAHRU – Feruni Ceramiche (Feruni) telah bekerjasama dengan Villeroy & Boch untuk melancarkan Casa Feruni, sebuah destinasi reka bentuk baharu yang mengetengahkan pendekatan lebih menyeluruh terhadap ruang dan pengalaman reka bentuk. (Kosmo!, 17:59)
Read the reporting
1 report
Casa Feruni destinasi menyeluruh untuk rekaan terkini ruang kediaman
JOHOR BAHRU – Feruni Ceramiche (Feruni) telah bekerjasama dengan Villeroy & Boch untuk melancarkan Casa Feruni, sebuah destinasi reka bentuk baharu yang mengetengahkan pendekatan lebih menyeluruh terhadap ruang dan pengalaman reka bentuk.
Casa Feruni adalah ruang pameran produk yang menjadi sebuah destinasi reka bentuk yang menawarkan pengalaman untuk melihat sendiri permukaan, material, warna, tekstur, bentuk dan fungsi boleh digabungkan bagi membentuk pengalaman ruang yang lebih menyeluruh.
Ketua Pegawai Eksekutif Feruni, Datuk Ngei Chee Chau berkata, perubahan cara pengguna melihat ruang kediaman kini turut mempengaruhi permintaan terhadap produk dan kemasan yang lebih berkualiti serta mempunyai nilai estetik.
Jelas beliau, permintaan terhadap jubin di pasaran tempatan telah mencatatkan peningkatan lebih 30 peratus, seiring perubahan keutamaan pengguna yang semakin mementingkan keselesaan, estetika dan reka bentuk dalam membentuk ruang kediaman.
“Pengguna kini bukan sahaja melihat ruang dari aspek fungsi, tetapi semakin memberi perhatian kepada keselesaan, estetika dan bagaimana sesuatu ruang itu dirasai serta dialami.
“Perubahan ini menyebabkan mereka lebih terbuka untuk melabur dalam material dan kemasan yang mampu memberikan karakter serta identiti kepada ruang,” katanya bersempena pelancaran Casa Feruni di Feruni Retail Store Tebrau III, di sini, baru-baru ini.
Turut diadakan adalah pemeteraian memorandum persefahaman antara Feruni Ceramiche dengan TRI I Concept Sdn Bhd, wakil Villeroy & Boch di Malaysia.
Menurut Chee Chau, pemilik kediaman kini semakin terbuka untuk melabur dalam kemasan dan reka bentuk yang mampu meningkatkan keselesaan serta nilai estetik ruang.
“Jika dahulu jubin lebih banyak dilihat sebagai bahan kemasan untuk tujuan praktikal, kini pengguna semakin melihatnya sebagai sebahagian daripada keseluruhan reka bentuk ruang.
“Kita juga melihat peningkatan minat terhadap jubin bersaiz besar yang mampu memberikan kesan visual lebih luas dan mewah kepada sesebuah ruang,” katanya.
Tambah beliau, perubahan tersebut turut dapat dilihat dalam cara pengguna mentafsir ruang seperti bilik air yang kini bukan lagi sekadar ruang utiliti, sebaliknya menjadi ruang peribadi untuk berehat dan menikmati masa sendiri.
Gabungan kepakaran Feruni dalam permukaan, material dan warna bersama pengalaman Villeroy & Boch dalam reka bentuk bilik mandi membolehkan kedua-dua elemen dilihat sebagai sebahagian daripada satu bahasa reka bentuk yang lebih kohesif.
Melalui Casa Feruni, Feruni mahu menunjukkan bahawa rekabentuk yang baik bukan hanya bergantung kepada pemilihan produk secara individu, tetapi bagaimana elemen yang berbeza dapat disatukan untuk membentuk sebuah ruang yang mempunyai karakter, fungsi dan pengalaman tersendiri. -KOSMO! ONLINE
The post Casa Feruni destinasi menyeluruh untuk rekaan terkini ruang kediaman appeared first on Kosmo Online .
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Kosmo!) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsKosmo!17:59
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Kosmo!
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.