
‘Comeback’ dengan album 21 trek, terima kasih Disagree!
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
‘Comeback’ dengan album 21 trek, terima kasih Disagree! (Google News Malaysia (BM), 08:30)
Read the reporting
1 report
‘Comeback’ dengan album 21 trek, terima kasih Disagree!
SENI muzik itu bersifat halus memerlukan penelitian yang jitu sebelum dikongsikan kepada para pendengar.
Zaman berputar, sebilangan pemain muzik era sekarang umpamanya bergelut untuk melahirkan album studio penuh.
Justeru, dalam era pendengar lebih tertumpu kepada single dan lagu tular, apakah kebimbangan terbesar pemuzik apabila mempertaruhkan sebuah album penuh?
Tidak dinafikan banyak perkara yang perlu dititikberatkan termasuk dari segi kos pembikinan, pulangan, promosi, persaingan merebut perhatian dan taruhan kreatif.
Misalnya, apabila kategori Album Terbaik pada Anugerah Industri Muzik ke-25 (AIM25) dimenangi EP (mini album) berjudul RE.HAB oleh Aisha Retno, itu bagaikan satu sudden realization kepada industri.
Bukan menidakkan keputusan juri atau sengaja mempersoal rezeki Aisha tetapi, ada perihal yang perlu dipampangkan kepada umum. Album yang panjangnya hanya sekitar 4-5 lagu buat penulis secara peribadi bersifat anti-klimaks.
Bayangkan, Taylor Swift menang Album Terbaik Grammy menerusi diskografi berstatus deluxe, The Life of a Showgirl: The Encore dengan hanya tambahan empat buah trek.
Itu memang membuatkan dada berombak-ombak andai menjadi realiti, namun pada sama, menjentik kesedaran dalam diri bahawasanya, ada perihal yang perlu ditekunkan para pemain muzik untuk melazimkan amalan sesebuah buah tangan seni itu hanya layak dikategorikan album hanya selepas memuatkan lebih daripada 10 buah trek.
Bilamana band rock alternatif, Disagree yang membuat kemunculan semula selepas lebih sedekad menjalani fasa ‘hiatus’ dengan pengumuman kelahiran album ketiga, Black & White in Colour yang memuatkan 21 lagu, penulis secara peribadi, bersorak gembira melompat-lompat — ibaratnya biji mata berbinar-binar, seolah-olah terpancar emoji cinta.
Disagree yang kini dianggotai Zahid, Hamka dan Taa percaya, membikin album studio dengan cermat dan penuh rasa tanggungjawab itu merupakan satu amanah meskipun berdepan pelbagai risiko tidak pulang modal dan sebagainya.
“Kami selalu sematkan dalam hati, kalau buat sesuatu, buat baik-baik. Always thinking about the fans .
“Dah memang dalam DNA kami, kalau buat sesuatu kerja muzik, kita bagi komitmen 100 peratus termasuk dari segi persembahan, jumpa dengan peminat dan sewaktu di studio rakaman,” katanya.
Falsafah muzik Disagree yang terkenal dengan lagi berjudul Crumbs tidak berubah.
“Comeback kali ini, kita tetap nak kembali kepada prinsip atau falsafah album pertama iaitu ikut suka hati kami nak panjang (trek) macam mana, solo bahkan intro lama-lama.
“Kami faham barangkali label mungkin tak suka, atau radio mungkin tak berkenan dengan pendekatan tersebut tapi kami hanya nak balik kepada akar muzik,” jelas Zahid.
Disagree akan muncul dengan album ketiga, Black & White in Colour yang memuatkan 21 lagu. Album berkenaan akan dilancarkan pada 24 Oktober ini.
Sebagai penggemar muzik, benar zaman sudah berubah, album fizikal kini tidak lagi menjadi pilihan. Nostalgia vinyl mungkin hanya terjual di lokasi tertentu seperti di bazar karat atau Amcorp Mall tapi itu adalah memori yang paling mahal.
“Generasi saya, apabila mula menjadi artis kita memang akan menghasilkan album yang mengandungi kira-kira 10 hingga 12 lagu.”
Itu titipan orang lama Misha Omar dalam wawancara bersama media baru-baru ini dan beliau tidak salah menyatakan perihal terbabit.
The post ‘Comeback’ dengan album 21 trek, terima kasih Disagree! appeared first on Kosmo Online .
Why it is new
- 2 independent sources
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsGoogle News Malaysia (BM)08:30
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 2 established outlet(s): Google News Malaysia (BM), Kosmo!
What we don’t know
- No open questions flagged by the rules.
All sources (2)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.