
Cucu pukul, ugut nenek direman empat hari
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
Cucu pukul, ugut nenek direman empat hari (Harian Metro, 12:54)
Read the reporting
1 report
Cucu pukul, ugut nenek direman empat hari
am@hmetro.com.my
Batu Pahat: Seorang pengutip besi buruk direman empat hari selepas disyaki memukul neneknya menggunakan tali pinggang dan mengugut wanita warga emas itu dengan parang di Batu 1 1/2, Jalan Yong Peng, di sini.
Perintah reman terhadap suspek berusia 18 tahun itu dikeluarkan Majistret Aimi Nawwar Mohamad Othman sehingga Ahad ini bagi membolehkan polis menjalankan siasatan lanjut.
Berdasarkan laporan polis yang dibuat ahli keluarga mangsa, kejadian dipercayai berlaku selepas suspek memaksa neneknya yang berusia 75 tahun meminta wang daripada jiran untuk menampung perbelanjaannya.
Bagaimanapun, keengganan warga emas itu menyebabkan menyebabkan suspek berang dan bertindak memukulnya.
Siasatan awal mendapati suspek dijaga oleh neneknya sejak kecil selepas ibu bapanya bercerai.
Dalam kejadian itu, suspek dipercayai mengambil tali pinggang sebelum memukul bahu kiri dan belakang mangsa, selain didakwa mengacukan parang sambil mengeluarkan kata-kata ugutan.
Bimbang akan keselamatan dirinya, mangsa ditemani ahli keluarga membuat laporan di Balai Polis Yong Peng kelmarin.
Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan menggunakan senjata atau cara berbahaya serta Seksyen 506 kanun sama berkaitan ugutan jenayah.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- 2 independent sources
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsHarian Metro12:54
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 2 established outlet(s): Berita Harian, Harian Metro
What we don’t know
- No open questions flagged by the rules.
All sources (2)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.