Malaysian Attention Engine
Live wire
60Irene Sofiya maut dipukul batang besi sepanjang 96 sentimeter – Polis Johor58Cubaan seludup syabu: Jet peribadi disewa RM200,00049Khianat kedai serbaneka: Polis Sarawak kesan 8 individu45Upah RM1,000 jadikan pelancong warga India keldai dadah44CelcomDigi tawar pas perantauan serendah RM1044Sewa RM200 sebulan, warga asing bebas tunggang motosikal tanpa lesen44US to livestream Army execution of Fort Hood shooter, Pentagon official says44Warga asing guna ‘umpan’ individu lengkap lesen elak operasi JPJ43Two detained, RM3.3 mln drugs seized43Sekolah, institusi pendidikan di kawasan IPU lebih 180 tutup esok43Indonesia’s President Prabowo Subianto Sued Over Recurring Forest Fires & Toxic Haze | WeirdKaya40King calls for schools to close if API stays above 150-180 for prolonged period
NewConfirmedupdated 2 h ago

Dakwaan rasuah RM350,000: SPRM digesa tubuh jawatankuasa bebas siasat pegawai kanan

Reported by two or more established outlets, or an official source.

Attention
23
no previous hour
Momentum
24
0 vs 0 mentions/h
Sources
2
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 9 Oct, 11:04 MYTLatest activity 9 Oct, 11:11BMconfidence 80%

What happened

KUALA LUMPUR: Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW) menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menubuhkan Pasukan Siasatan Khas atau Jawatankuasa Siasatan Bebas bagi menyiasat dakwaan rasuah RM350,000 yang dikaitkan dengan seorang pegawai kanan suruhanjaya itu. (Berita Harian, 11:04)

Read the reporting

1 report
Photo: Berita Harian
Berita Harian·News·BM·1 min read

Dakwaan rasuah RM350,000: SPRM digesa tubuh jawatankuasa bebas siasat pegawai kanan

By Tuty Haryanti Ahmad Rodzi · 9 Oct, 11:04 MYT

KUALA LUMPUR: Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW) menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menubuhkan Pasukan Siasatan Khas atau Jawatankuasa Siasatan Bebas bagi menyiasat dakwaan rasuah RM350,000 yang dikaitkan dengan seorang pegawai kanan suruhanjaya itu.

Presiden MCW, Jais Abdul Karim, berkata penubuhan pasukan itu bagi meneliti kesahihan dakwaan, mendapatkan keterangan saksi, menyemak bukti dan menentukan sama ada siasatan terdahulu pernah dijalankan.

"Hal ini sangat serius dan perlu dimaklumkan segera kepada Perdana Menteri memandangkan SPRM adalah sebuah suruhanjaya yang menjaga nilai integriti dalam perkhidmatan awam negara.

"SPRM mesti mengamalkan prinsip 'Whiter Than White' bukan sekadar bersih, tetapi mesti dilihat bersih, bebas, telus dan berintegriti," katanya dalam kenyataan hari ini.

Jais berkata, Ketua Pesuruhjaya SPRM dan Pengerusi Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) perlu mengambil tindakan segera terhadap dakwaan penerimaan wang rasuah berkenaan.

Katanya, setakat ini belum ada sebarang penjelasan rasmi yang dapat disahkan mengenai status siasatan dakwaan yang merujuk kepada kejadian pada 13 November 2017 dan tersebar di media sosial sejak semalam.

"Dalam hal ini, MCW percaya SPRM sebagai sebuah suruhanjaya yang sentiasa menjaga nilai integriti, sewajarnya lebih telus, berakauntabiliti dan bertindak lebih pantas serta mengekalkan profesionalisme bagi meyakinkan rakyat.

"MCW tidak menghukum sesiapa berdasarkan tuduhan media sosial. Namun, dakwaan serius yang boleh mencemar maruah institusi antirasuah utama negara tidak boleh dibiarkan tanpa penjelasan," katanya.

Jais berkata, jika terdapat dakwaan tidak berasas terhadap pegawai terbabit, nama yang terbabit mesti dibersihkan, tetapi jika terdapat bukti kesalahan perlu diambil tindakan tanpa kompromi.

"Justeru, MCW menggesa SPRM tidak terus berdiam diri dalam hal ini bagi mengelak pelbagai persepsi buruk yang akan menghakis keyakinan rakyat. Rakyat perlu tahu dapatan siasatan tersebut, kebenaran mesti ditegakkan dan integriti institusi mesti dipertahankan," katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Why it is new

  • 2 independent sources, 1 new in the last hour
  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 35first news pick-upNEWnow12:0013:00
Latest 13:15 MYT
23New
Mentions / h0Velocity0.00/minSources2Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Berita Harian) source
  2. News
    First news outlet reports it (Harian Metro) source

Where it started

Berita Harian (News)
9 Oct, 11:04 MYT
Origin confidence 60% · 6 min ahead of the next source
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Berita Harian
    11:04

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 2 established outlet(s): Berita Harian, Harian Metro

What we don’t know

  • No open questions flagged by the rules.

All sources (2)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.