
Debut GT Verstappen tidak menjadi
Only social or community posts, or a single source.
What happened
Portimao: Max Verstappen hanya mampu meletakkan jentera Mercedes Nombor 3 Team Verstappen di petak ke-15 pada sesi kelayakan pusingan Cabaran Dunia GT Eropah di Portimao. (Harian Metro, 10:55)
Read the reporting
1 report
Debut GT Verstappen tidak menjadi
Portimao: Max Verstappen hanya mampu meletakkan jentera Mercedes Nombor 3 Team Verstappen di petak ke-15 pada sesi kelayakan pusingan Cabaran Dunia GT Eropah di Portimao.
Juara dunia Formula Satu (F1) empat kali itu membuat penampilan sulung dalam kategori berkenaan hujung minggu ini selepas perlumbaan Kejuaraan Ketahanan Dunia FIA (WEC) di Barcelona menyebabkan Joules Gounon dan Dani Juncadella tidak dapat menyertai barisan pemandu jentera Nombor 3.
Krew Nombor 3 menamatkan sesi latihan bebas pertama (FP1) di kedudukan ke-20 sebelum melonjak ke tangga keempat pada FP2, sekali gus memberikan petanda positif menjelang sesi kelayakan.
Bagaimanapun, sesi kelayakan selama 65 minit itu tidak berjalan lancar buat Team Verstappen apabila mereka gagal memperbaiki kedudukan melebihi tempat ke-15 dalam ketiga-tiga segmen.
Verstappen mengambil alih jentera bagi pemanduan terakhir pada Q3, namun catatan purata 1 minit 42.624 saat (s) tidak mencukupi untuk meraih petak utama apabila ketinggalan 0.553s.
Keputusan kelayakan Cabaran Dunia GT Eropah ditentukan berdasarkan purata catatan masa pusingan daripada tiga segmen, iaitu Q1, Q2 dan Q3.
Ben Barnicoat memulakan cabaran dalam Q1 dan menamatkannya di kedudukan ke-21, ketinggalan 0.679s daripada catatan terpantas.
Chris Lulham kemudian mengambil alih jentera pada Q2 dan memperbaiki kedudukan ke tangga ke-15, namun masih ketinggalan 0.794s dengan catatan 1 minit 42.944s.
Verstappen mencatat masa terpantas jentera itu dalam sesi berkenaan menerusi catatan 1 minit 42.093s pada Q3.
Bagaimanapun, catatan cemerlang itu masih tidak mencukupi untuk mengangkat jentera Nombor 3 daripada petak ke-15 berdasarkan purata masa yang direkodkan dalam Q1 dan Q2.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Harian Metro) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsHarian Metro10:55
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Harian Metro
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.