Malaysian Attention Engine
Live wire
60Irene Sofiya maut dipukul batang besi sepanjang 96 sentimeter – Polis Johor58Cubaan seludup syabu: Jet peribadi disewa RM200,00049Khianat kedai serbaneka: Polis Sarawak kesan 8 individu45Upah RM1,000 jadikan pelancong warga India keldai dadah44CelcomDigi tawar pas perantauan serendah RM1044Sewa RM200 sebulan, warga asing bebas tunggang motosikal tanpa lesen44US to livestream Army execution of Fort Hood shooter, Pentagon official says44Warga asing guna ‘umpan’ individu lengkap lesen elak operasi JPJ43Two detained, RM3.3 mln drugs seized43Sekolah, institusi pendidikan di kawasan IPU lebih 180 tutup esok43Indonesia’s President Prabowo Subianto Sued Over Recurring Forest Fires & Toxic Haze | WeirdKaya40King calls for schools to close if API stays above 150-180 for prolonged period
NewConfirmedupdated 13 h ago

Dewan Rakyat lulus RUU Makanan (Pindaan) 2026, penalti kesalahan dinaikkan

Reported by two or more established outlets, or an official source.

Attention
13
no previous hour
Momentum
19
0 vs 0 mentions/h
Sources
4
3 mentions
Platforms
1
News
First detected 8 Oct, 23:30 MYTLatest activity 8 Oct, 23:55BMconfidence 89%

What happened

Dewan Rakyat lulus RUU Makanan (Pindaan) 2026, penalti kesalahan dinaikkan (Astro Awani (BM), 23:30)

Read the reporting

2 reports
Photo: Astro Awani (BM)
Astro Awani (BM)·News·BM·2 min read

Dewan Rakyat lulus RUU Makanan (Pindaan) 2026, penalti kesalahan dinaikkan

8 Oct, 23:30 MYT

Ringkasan AI

  • Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-Undang Makanan (Pindaan) 2026 untuk memperkukuh kawalan keselamatan dan kualiti makanan di seluruh negara.
  • Pindaan melibatkan peningkatan kadar penalti, kawalan bahan bersentuhan makanan, pemantauan penjualan makanan dalam talian dan tahap racun perosak hasil pertanian.
  • Kementerian Kesihatan akan laksanakan penguatkuasaan berasaskan risiko dan tempoh kelonggaran bagi memastikan perlindungan pengguna tanpa menjejaskan peniaga kecil.

KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Makanan (Pindaan) 2026 bagi memperkukuh kawalan keselamatan dan kualiti makanan serta memberikan perlindungan lebih komprehensif kepada pengguna di seluruh negara.

Pindaan Akta Makanan 1983 (Akta 281) yang pertama kali dibuat secara menyeluruh itu antaranya melibatkan peningkatan kadar penalti, kawalan terhadap sampel bahan bersentuhan makanan (BBM), pemantauan aktiviti penjualan makanan dalam talian serta pemantauan tahap racun perosak dalam hasil pertanian.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata peningkatan kadar penalti dalam RUU berkenaan bukan bertujuan membebankan pihak pengusaha makanan atau peniaga kecil, sebaliknya berfungsi sebagai langkah pencegahan demi melindungi kesihatan awam.

"Hukuman sedia ada tidak lagi setimpal dengan kesalahan yang dilakukan, terutamanya melibatkan kes keracunan makanan sehingga meragut nyawa seperti kes keracunan di Sekolah Menengah Sains Teluk Intan yang menjejaskan 60 pelajar tetapi denda dikenakan hanya RM3,000, serta kes laksa kebok di Kedah yang melibatkan dua kematian namun hanya didenda RM1,500 pada 2018.

"Tiada nilai kewangan dalam hal nyawa. Peningkatan kadar penalti ini mengambil kira tahap keseriusan dan berkadaran dengan pelanggaran yang dilakukan bagi memastikan peniaga lebih bertanggungjawab," katanya semasa menggulung perbahasan RUU berkenaan di Dewan Rakyat hari ini.

RUU itu antara lain menetapkan peningkatan kadar denda dan tempoh maksimum pemenjaraan, termasuk penalti tidak melebihi RM25,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya bagi pelanggaran peraturan yang dibuat di bawah Akta 281.

Dzulkefly berkata Kementerian Kesihatan (KKM) turut menerapkan pendekatan berasaskan risiko dalam penguatkuasaan, dengan kesalahan teknikal kecil diberikan nasihat dan pendidikan kesihatan terlebih dahulu, manakala bagi kesalahan serius di bawah Seksyen 11 atau pesalah tegar yang berulang kes akan terus didakwa di mahkamah tanpa kompaun.

Menyentuh mengenai penjualan makanan secara dalam talian, beliau berkata sebanyak 23,553 permohonan sekatan media sosial dan platform e-dagang telah dikemukakan bagi tempoh 2023 hingga September 2026 berikutan trend ketidakpatuhan yang semakin ketara.

Beliau berkata pindaan akta berkenaan memperkukuh kuasa Ketua Pengarah Kesihatan untuk menutup premis atau membuat penyebaran maklumat mengenai produk berbahaya tanpa perlu menunggu perintah mahkamah, terutamanya bagi kes yang menggunakan alamat palsu.

Dzulkefly turut menyatakan kebimbangan terhadap peningkatan kadar ketidakpatuhan tahap maksimum residu (MRL) racun perosak dalam sayur-sayuran di pasaran tempatan yang meningkat daripada 9 peratus pada 2023 kepada 14.1 peratus bagi tempoh Januari hingga Jun 2026.

Beliau turut memberi jaminan bahawa KKM akan memberikan tempoh kelonggaran serta melaksanakan educational enforcement secara berfasa sepanjang tempoh peralihan penguatkuasaan akta itu supaya tidak menjejaskan sektor industri dan peniaga kecil.

Bagi memastikan pematuhan integriti dalam kalangan pegawai diberi kuasa, Dzulkefly memaklumkan pemakaian kamera badan telah dilaksanakan sejak 2022 selain penggunaan Sistem Maklumat Keselamatan Makanan Malaysia (FoSIM) secara digital untuk mengurangkan ruang budi bicara dan membendung gejala rasuah.

Dewan Rakyat kemudiannya meluluskan RUU berkenaan dengan lebih suara bersetuju selepas dibahaskan oleh 35 Ahli Parlimen.

Persidangan ditangguhkan hingga 3.30 petang esok untuk pembentangan Belanjawan 2027.

-- BERNAMA

Text and pictures from Astro Awani (BM), shown with attribution.Read at Astro Awani (BM)

1 / 2 · arrow keys switch reports

Why it is new

  • 2 independent sources
  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 17NEWnow08:0009:0010:0011:0012:0013:00
Latest 13:15 MYT
13New
Mentions / h0Velocity0.00/minSources4Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Astro Awani (BM)) source
  2. News
    First news outlet reports it (Sinar Harian) source

Where it started

Astro Awani (BM) (News)
8 Oct, 23:30 MYT
Origin confidence 60% · 8 min ahead of the next source
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Astro Awani (BM)
    23:30

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 2 established outlet(s): Astro Awani (BM), Sinar Harian

What we don’t know

  • No open questions flagged by the rules.

All sources (4)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.