
Dua lelaki dituduh buli, karamkan bot dua kanak-kanak
Only social or community posts, or a single source.
What happened
CANBERRA: Dua remaja lelaki menaiki sebuah jet ski berdepan kemungkinan pertuduhan jenayah selepas bertindak ganas mengelilingi dan menyembur air ke arah sebuah bot aluminium yang dinaiki dua kanak-kanak sehingga menyebabkannya terbalik di Gold Coast, Australia. (Utusan Malaysia, 14:00)
Read the reporting
1 report
Dua lelaki dituduh buli, karamkan bot dua kanak-kanak
CANBERRA: Dua remaja lelaki menaiki sebuah jet ski berdepan kemungkinan pertuduhan jenayah selepas bertindak ganas mengelilingi dan menyembur air ke arah sebuah bot aluminium yang dinaiki dua kanak-kanak sehingga menyebabkannya terbalik di Gold Coast, Australia.
Rakaman video yang diambil oleh saksi kejadian, Robert Collin memaparkan aksi dua remaja berusia 15 dan 16 tahun berkenaan mengepung bot yang dinaiki dua kanak-kanak lelaki berusia 10 dan 14 tahun di Sungai Nerang berhampiran Surfers Paradise baru-baru ini.
Bot kecil itu dipukul ombak yang dicipta secara sengaja oleh ski air terbabit sebelum ia terbalik dan mencampakkan kedua-dua mangsa ke dalam sungai.
“Penunggang jet ski tersebut bertindak amat agresif terhadap bot kecil itu dan langsung tidak peduli untuk melihat keadaan dua mangsa selepas menyebabkan bot mereka terbalik.
Pihak polis mengesahkan bahawa mangsa sedang memancing di sungai berkenaan sebelum secara tiba-tiba diserang oleh penunggang jet ski terbabit.
Seorang pegawai polis, Sarjan Shannon Gray memaklumkan bahawa kedua-dua mangsa tidak mengenali ‘pembuli’ itu dan serangan tersebut berlaku secara rawak.
“Bot mereka dikelilingi dan menerima percikan air yang akhirnya menyebabkan ia karam dan kedua-dua budak itu jatuh ke dalam air. Enjin bot juga rosak dan tidak dapat dihidupkan selepas insiden tersebut,” katanya.
Beliau menyifatkan tindakan remaja terbabit sebagai amat berbahaya dan menegaskan mereka boleh berdepan pelbagai pertuduhan termasuk menyebabkan insiden di perairan, menyerang kanak-kanak, merosakkan harta benda dan melakukan aksi berbahaya di kawasan larangan.
Datuk Bandar Gold Coast, Tom Tate turut mengecam tindakan remaja berkenaan dan menyifatkannya sebagai perbuatan yang tidak masuk akal dalam satu sidang akhbar pada Selasa. – AGENSI
The post Dua lelaki dituduh buli, karamkan bot dua kanak-kanak appeared first on Utusan Malaysia .
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Utusan Malaysia) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsUtusan Malaysia14:00
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Utusan Malaysia
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.