
El Nino bawa spesies eksotik ke California
Only social or community posts, or a single source.
What happened
SACRAMENTO: Fenomena Super El Nino ekstrem tahun ini menarik kemunculan pelbagai spesies eksotik yang jarang ditemukan ke perairan California. (Utusan Malaysia, 12:30)
Read the reporting
1 report
El Nino bawa spesies eksotik ke California
SACRAMENTO: Fenomena Super El Nino ekstrem tahun ini menarik kemunculan pelbagai spesies eksotik yang jarang ditemukan ke perairan California.
Lapor Reuters , ikan longfin bigeye dikesan buat pertama kali di California bulan lalu, manakala penyu laut dilaporkan pertama kali bertelur di pantai negeri itu.
Ular laut perut kuning berbisa ditemukan terdampar di pantai, manakala jerung paus dan jerung tukul kembali berenang di perairan berhampiran pesisir selepas lebih 15 tahun menghilang.
Antara spesies lain yang turut muncul ialah ikan terbang dan pari manta.
Pemandangan luar biasa itu banyak dirakam dan disaksikan orang ramai menerusi penggunaan dron serta teknologi video.
California sebelum ini turut mengalami gelombang haba marin luar biasa sejurus sebelum ketibaan fenomena Super El Nino itu. Fenomena tahun ini berlaku serentak dengan beberapa siri taufan di timur Lautan Pasifik.
Ia sekali gus menyumbang kepada kenaikan paras laut dan ombak besar yang memusnahkan rumah serta menghakis pasir di beberapa pantai di selatan California hingga pihak berkuasa mengisytiharkan darurat.
Bagaimanapun, fenomena itu membawa hasil lumayan kepada perniagaan seperti Dana Wharf Sportfishing & Whale Watching.
Pemilik bersamanya, Donna Kalez berkata, pemancing berjaya menangkap 5,000 ekor tuna sirip kuning tahun ini, berbanding hanya dua ekor pada tahun lalu.
Mereka turut memperoleh ikan wahoo dan dorado yang juga dikenali sebagai mahi-mahi, iaitu ikan berwarna hijau dengan kepala tumpul yang menyerupai jentolak.
“Suasananya memang meriah. Nelayan sangat menyukainya. Saya sendiri sama teruja seperti orang lain kerana keadaannya memang luar biasa sekarang,” kata Naib Presiden Penjagaan Haiwan di Aquarium of the Pacific di Long Beach, Nate Jaros.
The post El Nino bawa spesies eksotik ke California appeared first on Utusan Malaysia .
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Utusan Malaysia) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsUtusan Malaysia12:30
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Utusan Malaysia
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.