
Femisid: Perkataan ‘tak nak’ mesti dihormati – Sarimah Ibrahim
Only social or community posts, or a single source.
What happened
Minggu ini menyaksikan berita menyayat hati dilaporkan apabila lebih banyak kisah membabitkan perempuan menjadi mangsa bunuh lelaki hanya kerana berbalah atau tidak menerima cinta. Lebih cemas apabila perkara ini terjadi melibatkan pelajar semuda 16 tahun. (Utusan Malaysia, 17:30)
Read the reporting
1 report
Femisid: Perkataan ‘tak nak’ mesti dihormati – Sarimah Ibrahim
Minggu ini menyaksikan berita menyayat hati dilaporkan apabila lebih banyak kisah membabitkan perempuan menjadi mangsa bunuh lelaki hanya kerana berbalah atau tidak menerima cinta. Lebih cemas apabila perkara ini terjadi melibatkan pelajar semuda 16 tahun.
Masyarakat mencari punca menuding jari dari guru, sekolah, menteri sampailah drama televisyen. Che Puan Sarimah Ibrahim tampil memberi buah fikir atas kapasiti sebagai pemilik rumah produksi, ibu dan juga ikon pejuang kesihatan mental. Jawablah Sarimah!
Apabila remaja seusia 16 tahun boleh bertindak membunuh hanya kerana cinta tak berbalas, adakah kita sedang menerima signal bahawa terjadinya keruntuhan moral yang kritikal melibatkan generasi sekarang?
Saya tidak mahu menghukum satu generasi dan kata mereka sudah rosak. Anak-anak hari ini membesar dalam dunia yang jauh lebih terbuka dan kompleks. Tetapi apabila seorang remaja merasakan penolakan cinta memberi dia hak untuk mencederakan atau mengambil nyawa seseorang, itu satu amaran moral yang sangat serius.
Sebagai ibu, saya rasa kita perlu ajar anak bahawa cinta tidak semestinya berbalas. Kecewa dan patah hati memang sakit, tetapi itu juga sebahagian daripada kehidupan. Kita tak boleh paksa orang sayang kita. Perkataan ‘tak nak’ mesti dihormati.
Bagi saya, pendidikan bukan sekadar akademik. Adab, empati, iman, tanggungjawab dan cara mengawal kemarahan juga sebahagian daripada pendidikan.
Apabila banyak isu melibatkan femisid terjadi, adakah anda rasa lelaki hari ini kurang didedahkan dengan cara untuk mengawal perasaan selepas ditolak?
Saya rasa semua anak perlu diajar bagaimana menguruskan perasaan. Kadang-kadang apabila anak lelaki menangis, kita kata, ‘Jangan nangis, lelaki kena kuat’, akhirnya dia mungkin belajar memendam, tetapi tak pernah belajar apa nak buat apabila hatinya patah, ego terluka atau dia berasa marah dan cemburu.
Sebagai pejuang kesihatan mental, saya percaya kekuatan lelaki bukan bermaksud dia tidak boleh menangis. Kekuatan juga bermaksud mampu mengawal diri ketika marah, menerima penolakan dengan bermaruah dan meminta bantuan apabila perlu.
Adakah kita kena fikir cara berbeza untuk mendidik anak lelaki dan perempuan?
Setiap anak berbeza, tetapi nilai asas bagi saya mesti sama hormat, maruah, tanggungjawab, belas ihsan dan takut melakukan perkara yang salah. Kita selalu pesan kepada anak perempuan, “Jaga diri.” Tetapi kita juga perlu pesan kepada anak lelaki, “Jangan buat anak perempuan orang rasa takut atau tak selamat.”
Kalau seseorang kata “jangan”, berhenti. Kalau dia kata “tak nak”, terima. Tubuh dan maruah orang lain bukan hak kita. Hormat dan empati bukan sifat lelaki atau perempuan. Itu sifat manusia.
Tidak adil jika drama dan filem disalahkan penyebab keganasan. Tapi sebagai pemilik rumah produksi, adakah cerita disampaikan boleh membentuk cara pandangan masyarakat terhadap perempuan?
Sudah tentu. Saya tak setuju drama dan filem dijadikan kambing hitam setiap kali berlaku keganasan. Tetapi sebagai pelakon dan pemilik syarikat produksi, saya percaya pembikin cerita juga ada tanggungjawab. Cerita boleh merentas negara dan budaya.
Apa yang kita hasilkan di Malaysia hari ini boleh ditonton di mana-mana. Tetapi walaupun kita mahu karya kita bersifat global, nilai kemanusiaan dan identiti kita jangan hilang.
Kalau seorang lelaki mengejar perempuan yang berkali-kali menolaknya, mengawal hidupnya dan cemburu keterlaluan, kemudian kita gambarkan semuanya sebagai romantik, kita perlu fikir tentang mesej itu. Obsesi bukan cinta. Mengawal bukan tanda sayang. Cemburu keterlaluan bukan bukti cinta.
Macam mana anda melihat perempuan ditampilkan dalam drama dan filem kita hari ini?
Saya rasa kita sudah semakin matang, tetapi industri masih perlu kerja kuat lagi untuk pecahkan tanggapan bahawa apabila seorang pelakon wanita sampai umur tertentu, pilihan wataknya harus semakin kecil. Wanita pada setiap umur ada cerita untuk diceritakan.
Semakin saya berusia, semakin banyak pengalaman hidup yang saya boleh bawa kepada sesuatu watak. Saya tertarik dengan wanita yang tidak boleh dilabel hanya ‘baik’ atau ‘jahat’. Mereka mempunyai sebab, prinsip, kelemahan dan kemanusiaan sendiri.
Kita lihat Michelle Yeoh, Viola Davis, Meryl Streep, Ali Wong, Shohreh Aghdashloo dan Youn Yuh-jung. Industri antarabangsa membuktikan bahawa wanita boleh terus membawa cerita besar dan kompleks pada pelbagai peringkat usia.
Kalau berdepan dengan lelaki obsesif apa tindakan yang perlu mereka buat?
Kalau hati kecil kita sudah berkata, ‘Ada sesuatu yang tak kena’ jangan abaikan perasaan itu. Beritahu orang yang kita percaya. Simpan bukti ugutan. Kalau keselamatan terancam, dapatkan bantuan dan buat laporan polis. Jangan rasa kita wajib berjumpanya seorang diri hanya kerana takut melukakan hatinya.
The post Femisid: Perkataan ‘tak nak’ mesti dihormati – Sarimah Ibrahim appeared first on Utusan Malaysia .
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Utusan Malaysia) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsUtusan Malaysia17:30
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Utusan Malaysia
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.