
Gunung Semeru meletus, abu cecah 900 meter
Only social or community posts, or a single source.
What happened
JAKARTA: Gunung Semeru di Jawa Timur, Indonesia, meletus sekurang-kurangnya 10 kali hari ini, menghamburkan abu gunung berapi sehingga 900 meter di atas puncak. (Berita Harian, 16:47)
Read the reporting
1 report
Gunung Semeru meletus, abu cecah 900 meter
JAKARTA: Gunung Semeru di Jawa Timur, Indonesia, meletus sekurang-kurangnya 10 kali hari ini, menghamburkan abu gunung berapi sehingga 900 meter di atas puncak.
Pusat Vulkanologi dan Mitigasi Bencana Geologi (PVMBG), memaklumkan letusan berlaku antara jam 12.09 tengah malam hingga 1.11 tengah hari waktu tempatan, dengan kepulan abu bergerak ke arah barat daya dan barat.
Berdasarkan laporan di laman sesawang rasminya, kepulan abu tertinggi mencecah 900 meter dari puncak gunung atau 4,576 meter dari aras laut, direkodkan ketika letusan pada jam 5.20 pagi dan 6.47 pagi.
Gunung Semeru kekal pada Tahap III, iaitu tahap kedua tertinggi dalam sistem amaran gunung berapi empat peringkat di Indonesia.
Justeru, PVMBG menasihatkan orang ramai supaya tidak melakukan sebarang aktiviti dalam lingkungan 13 kilometer dari puncak gunung di sepanjang Sungai Besuk Kobokan, bahagian tenggara gunung berapi itu berikutan risiko aliran piroklastik dan lahar.
"Orang ramai juga dilarang melakukan sebarang aktiviti dalam radius lima kilometer dari kawah atau puncak Gunung Semeru kerana risiko batuan pijar," menurut PVMBG.
Laporan itu turut menyatakan bahawa gunung berapi yang terletak di sempadan daerah Lumajang dan Malang di Jawa Timur berkenaan meletus lima kali antara jam 12.09 tengah malam hingga 5.13 pagi, dengan kepulan abu mencapai ketinggian antara 300 hingga 800 meter.
Dua lagi letusan direkodkan pada jam 8.10 pagi dan 10.37 pagi, masing-masing menghamburkan abu setinggi 800 meter di atas puncak.
Letusan terbaru yang dilaporkan pada jam 1.11 tengah hari pula menghasilkan abu setinggi 600 meter yang bergerak ke arah barat daya.
Berdasarkan laporan itu, instrumen seismik merekodkan amplitud maksimum 15 milimeter dengan tempoh letusan selama 88 saat.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Berita Harian) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsBerita Harian16:47
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Berita Harian
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.