
Guru wanita maut, tiga murid cedera nahas di Beluran
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
Guru wanita maut, tiga murid cedera nahas di Beluran (Harian Metro, 02:16)
Read the reporting
1 report
Guru wanita maut, tiga murid cedera nahas di Beluran
am@hmetro.com.my
Beluran: Seorang guru wanita maut, manakala tiga murid cedera selepas kenderaan utiliti sukan (SUV) dinaiki terbabit kemalangan di Jalan Pamol-Sapi Nangoh di sini, hari ini.
Difahamkan, mangsa berusia 25 tahun yang memandu Perodua Aruz bersama tiga pelajar murid dari Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai-Sungai dipercayai dalam perjalanan ke Beluran untuk menghadiri perkhemahan sebelum terbabit kemalangan jam 12.30 tengah hari.
Setakat ini, identiti semua mangsa belum diperolehi.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Beluran, Nur Azlan Shah Jamalludin, berkata pihak bomba tiba di lokasi kejadian pada jam 1.58 tengah hari dan mendapati kemalangan membabitkan sebuah Perodua Aruz dan kenderaan pacuan empat roda, Toyota Hilux.
"Ketika anggota tiba, guru wanita terbabit sudah dikeluarkan oleh orang awam.
"Mangsa yang cedera parah dan tiga lagi murid yang cedera dihantar ke Klinik Kesihatan (KK) Nangoh untuk rawatan lanjut," katanya di sini hari ini.
Bagaimanapun, difahamkan, guru wanita terbabit meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Duchess of Kent, Sandakan.
Nur Azlan Shah berkata, empat lagi mangsa dalam Toyota Hilux hanya cedera ringan.
Katanya, operasi ditamatkan pada jam 2.07 petang.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- 2 independent sources
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsHarian Metro02:16
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 2 established outlet(s): Berita Harian, Harian Metro
What we don’t know
- No open questions flagged by the rules.
All sources (2)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.

