Malaysian Attention Engine
Live wire
56General : Gombak-Kota Bharu ECRL Tickets To Start At RM125, Sales Begin Mid-November54Politics : Ahmad Zahid Urges N. Sembilan Reps To Prioritise People's Welfare48'Dalam kesedihan begitu memedihkan, saya bersyukur Allah pinjamkan Hasmah begitu lama' - Tun M46Cedera digigit kucing peliharaan dilindungi skim LINDUNG 24 Jam46Gol lewat Ruventhiran bantu Melaka tewaskan KL City45Business : Malaysia Must Plan Data Centre Growth To Attract Quality Investments - Anwar45Scammer impersonates Raja Muda’s bodyguard to dupe public over luxury car, land deals: Selangor Palace45DBKL senarai hitam warga tempatan beri lesen perniagaan kepada warga asing - Hannah41Business : Malaysia's Inflation Eased To 1.8 Pct In September 2026 - DOSM39Momen anak-anak cium tangan sebelum pergi sekolah sangat berharga- Syed Saddiq38Sport : Pearly-Thinaah Advance To Denmark Open Quarter-finals36DKU Negeri Sembilan fail tindakan hina mahkamah terhadap MB dan 16 lain
NewUnconfirmedupdated 2 h ago

Hab Songket Kelantan, tarikan baharu Chiku

Only social or community posts, or a single source.

Attention
30
no previous hour
Momentum
32
1 vs 0 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 19 Oct, 11:51 MYTLatest activity 19 Oct, 11:51BMconfidence 60%

What happened

SEHELAI kain songket tidak terhasil dalam sekelip mata. Di sebalik jalinan benang yang membentuk motif indah dan kilauan benang emas, tersembunyi ketelitian, kesabaran serta kemahiran tangan yang memerlukan masa untuk dikuasai. (Berita Harian, 11:51)

Read the reporting

1 report
Photo: Berita Harian
Berita Harian·News·BM·3 min read

Hab Songket Kelantan, tarikan baharu Chiku

By Paya Linda Yahaya · 19 Oct, 11:51 MYT

SEHELAI kain songket tidak terhasil dalam sekelip mata. Di sebalik jalinan benang yang membentuk motif indah dan kilauan benang emas, tersembunyi ketelitian, kesabaran serta kemahiran tangan yang memerlukan masa untuk dikuasai.

Bagi penenun, setiap gerakan ketika mengendalikan alat tenunan membawa peranan tersendiri. Susunan benang yang kelihatan sederhana akhirnya membentuk corak yang menjadi identiti songket, sekali gus menjadikan warisan tradisional itu lebih daripada sekadar pelengkap busana.

Kehalusan seni inilah yang ingin terus dipertahankan menerusi Hub Songket Gua Musang di Bandar Chiku, Kelantan, yang berpotensi menjadi ruang untuk pengunjung mengenali warisan tenunan negeri itu dengan lebih dekat.

Di sebalik usaha berkenaan, terdapat insan seperti Maznah Sulaiman, 53, yang memilih untuk mendekati seni tradisional itu meskipun pada awalnya tidak mempunyai sebarang kemahiran menenun.

Minat mendorongnya mengikuti kursus tenunan songket di Kota Bharu anjuran Pertubuhan Kraf Malaysia. Selepas tiga bulan menjalani latihan, Maznah mula menghasilkan songket sendiri, membuka lembaran baharu dalam kehidupannya.

"Sebelum ini saya tidak mempunyai ilmu dan kemahiran dalam tenunan songket. Selepas mengikuti kursus, saya sudah boleh menenun sendiri.

"Selain menyertai kursus, saya turut belajar melalui media sosial untuk memahami teknik tenunan dan menghasilkan corak. Setiap hari, saya memperuntukkan kira-kira tiga jam untuk menenun," katanya.

Tambahnya, mempelajari tenunan songket bukan sekadar usaha menguasai kemahiran baharu, sebaliknya peluang untuk turut menyumbang kepada kelangsungan seni warisan yang mempunyai nilai tersendiri dalam budaya masyarakat Kelantan.

Katanya, keistimewaan Songket Kelantan, dapat dilihat melalui tekstur kainnya yang lebih lembut dan jatuh terletak apabila dipakai, menjadikannya sesuai untuk busana seperti baju kurung, selendang dan samping.

Pilihan warna latar yang terang, termasuk merah darah, biru diraja, ungu dan hijau pucuk pisang, turut menyerlahkan keindahan kain berkenaan. Kilauan benang emas pula memberikan sentuhan istimewa pada hasil tenunan.

"Dahulu, Songket Kelantan ditenun sepenuhnya menggunakan tangan dan dihasilkan khusus untuk kerabat diraja Kelantan.

"Coraknya juga berbeza kerana lebih halus dan tidak terlalu sarat, antaranya Bunga Pecah Lapan, Pucuk Rebung, Tampuk Manggis dan Awan Larat," katanya.

Motif berkenaan bukan sekadar hiasan pada permukaan kain, malah mencerminkan kehalusan seni dan cita rasa yang membentuk identiti songket tradisional.

Perlu ketelitian

Untuk menghasilkan tenunan yang kemas, penenun memerlukan ketelitian dalam mengendalikan benang serta peralatan khusus. Antara kelengkapan yang digunakan ialah kek tenunan, rahak, peleting buluh, belira dan lidi daun kelapa.

Maznah menerima bantuan Pejabat Tanah Jajahan Gua Musang (PTJGM) bagi mendapatkan peralatan berkenaan, sekali gus membantu usahanya meneruskan kegiatan menenun.

Katanya, keindahan songket tidak seharusnya terhenti pada hasil kain yang siap ditenun. Kemahiran itu juga perlu dikongsi supaya lebih ramai masyarakat berpeluang mempelajarinya.

Justeru, beliau turut mengajar penduduk setempat yang berminat mendalami seni tenunan, dengan harapan kemahiran berkenaan dapat berkembang dan membuka peluang menjana pendapatan.

Usaha itu seiring dengan aspirasi menjadikan Hub Songket Gua Musang sebagai platform memperkasa komuniti penenun, selain memperkenalkan hasil kraf tempatan kepada pengunjung.

Ketua Jajahan Gua Musang, Mohd Roshdi Ismail, berkata kedudukan strategik jajahan itu di laluan utama yang menghubungkan beberapa negeri, termasuk Kuala Lumpur, Pahang, Perak dan Terengganu, memberi peluang untuk memperkenalkan Songket Kelantan hasil tenunan wanita tempatan kepada pasaran lebih luas.

Menurutnya, usaha berkenaan dilaksanakan menerusi kerjasama Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (PUSPANITA) Gua Musang, PTJGM serta komuniti setempat.

Beliau berharap hub itu dapat menjadi antara tarikan pelancongan yang memperkenalkan keunikan kraf tradisional Kelantan kepada pengunjung domestik dan antarabangsa.

Selain mendapatkan produk songket, pengunjung berpotensi mengenali proses pembuatannya serta memahami kemahiran yang diperlukan untuk menghasilkan sehelai kain tradisional berkenaan.

Pendekatan itu turut membuka peluang untuk menghubungkan pelancongan dengan ekonomi kreatif, apabila warisan tempatan bukan sahaja dipelihara, malah berpotensi memberikan manfaat ekonomi kepada masyarakat.

Bagi Gua Musang, pengembangan Hub Songket ini boleh menjadi satu lagi usaha mengetengahkan sisi warisan dan budaya jajahan itu kepada pengunjung yang melalui laluan berkenaan.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 32NEWnow12:00
Latest 12:40 MYT
30New
Mentions / h1Velocity0.02/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Berita Harian) source

Where it started

Berita Harian (News)
19 Oct, 11:51 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Berita Harian
    11:51

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Berita Harian

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Hab Songket Kelantan, tarikan baharu Chiku
Berita HarianNewsmainstreamBM

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.