
Hajat tunai umrah tak kesampaian, lelaki maut Houthi bedil Riyadh
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
RIYADH – Seorang lelaki berusia 46 tahun dari Hyderabad, Mohammad Yousuf Ali terbunuh dalam serangan misil Houthi di Lapangan Antarabangsa Raja Khalid, Riyadh ketika dalam perjalanan untuk menunaikan umrah, demikian menurut pihak berkuasa tempatan dan laporan keluarga seperti dipetik laman berita The News Mill hari ini. (Kosmo!, 13:43)
Read the reporting
1 report
Hajat tunai umrah tak kesampaian, lelaki maut Houthi bedil Riyadh
RIYADH – Seorang lelaki berusia 46 tahun dari Hyderabad, Mohammad Yousuf Ali terbunuh dalam serangan misil Houthi di Lapangan Antarabangsa Raja Khalid, Riyadh ketika dalam perjalanan untuk menunaikan umrah, demikian menurut pihak berkuasa tempatan dan laporan keluarga seperti dipetik laman berita The News Mill hari ini.
Beberapa ahli keluarganya yang lain turut cedera apabila serangan dilaporkan menyebabkan bumbung terminal lapangan terbang runtuh.
Keluarga berkenaan sedang dalam perjalanan ke kota suci Madinah dan menunggu di terminal lapangan terbang semasa kejadian.
Yousuf Ali maut akibat kecederaan yang dialaminya. Isteri mangsa, Sameera dan anak perempuan mereka, Maryam dilaporkan selamat.
Kedua-dua anak lelakinya juga cedera dengan seorang daripada mereka menerima rawatan di unit rawatan rapi hospital tempatan.
Ibu saudaranya, Atya Sultana pula mengalami kecederaan di kepala tetapi dilaporkan berada dalam keadaan stabil.
Ahli Parlimen Hyderabad, Asaduddin Owaisi berkongsi butiran kejadian secara terbuka menerusi media sosial dan memaklumkan kepada agensi berita India, ANI.
Pegawai-pegawai diplomatik India sedang menyelaraskan rawatan perubatan dan urusan lain yang diperlukan untuk mangsa yang terselamat. – AGENSI
The post Hajat tunai umrah tak kesampaian, lelaki maut Houthi bedil Riyadh appeared first on Kosmo Online .
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Kosmo!) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsKosmo!13:43
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Kosmo!
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (2)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.