
Hanya 53% organisasi di Malaysia bersedia hadapi ancaman agen AI
Only social or community posts, or a single source.
What happened
PETALING JAYA: Hanya 53 peratus organisasi di Malaysia berkeyakinan tinggi mampu mengesan dan bertindak balas sekiranya agen kecerdasan buatan (AI) yang diguna pakai mengalami insiden pencerobohan keselamatan. (Utusan Malaysia, 16:52)
Read the reporting
1 reportHanya 53% organisasi di Malaysia bersedia hadapi ancaman agen AI
PETALING JAYA: Hanya 53 peratus organisasi di Malaysia berkeyakinan tinggi mampu mengesan dan bertindak balas sekiranya agen kecerdasan buatan (AI) yang diguna pakai mengalami insiden pencerobohan keselamatan.
Menerusi Laporan Relentless Defense terbaharu yang dikeluarkan Cisco, keupayaan serangan dipacu AI menuntut kepantasan tindak balas, namun organisasi tempatan terus berdepan halangan akibat kelulusan yang perlahan, data terasing serta kekangan koordinasi pasukan.
Pengarah Urusan Cisco Malaysia, Chee Kheong Lee berkata, ancaman siber yang diperkasakan AI telah meningkatkan risiko keselamatan organisasi secara ketara.
“Dalam era pasca-Mythos, kepantasan pertahanan siber didorong oleh kelincahan operasi dan bukannya keupayaan teknologi semata-mata.
“Organisasi yang berjaya mendepani ancaman ini adalah mereka yang menerapkan elemen keselamatan dalam operasi, mengikis sikap sekadar mematuhi syarat serta memecahkan kekangan operasi supaya keputusan tepat dapat dibuat pada masa yang sesuai,” katanya dalam kenyataan.
Laporan berkenaan turut mendedahkan sebanyak 83 peratus organisasi di Malaysia berdepan insiden siber kritikal yang menjejaskan operasi perniagaan sepanjang 12 bulan lalu, dengan hampir satu daripada tiga kes melibatkan serangan berteraskan AI.
“Dari segi skor purata keupayaan pertahanan siber global, Malaysia mencatatkan 65 daripada 100 mata, dengan hanya lapan peratus organisasi tempatan dikategorikan sebagai pertahanan terbaik ( Relentless Defenders ).
“Antara kekangan utama yang dikenal pasti termasuk cabaran koordinasi apabila hanya 43 peratus organisasi di Malaysia melaporkan pasukan keselamatan, rangkaian dan teknologi maklumat (IT) beroperasi secara bersepadu,” katanya.
Selain itu, 49 peratus syarikat menghabiskan lebih banyak masa mengumpul dan menganalisis data berbanding menangani ancaman sebenar, manakala 40 peratus terlepas maklumat kritikal berikutan data yang terasing.
Bagaimanapun, bagi kelompok Relentless Defenders , sebanyak 83 peratus mengamalkan kawalan berpusat serta alatan perkongsian data secara menyeluruh, sekali gus menyaksikan 71 peratus daripada mereka berjaya mencatatkan penurunan insiden siber selepas meningkatkan pelaburan keselamatan. – UTUSAN
The post Hanya 53% organisasi di Malaysia bersedia hadapi ancaman agen AI appeared first on Utusan Malaysia .
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Utusan Malaysia) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsUtusan Malaysia16:52
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Utusan Malaysia
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.