Malaysian Attention Engine
Live wire
58Jerebu: Syarikat terlibat ‘slash and burn’ perlu dikenakan tindakan – Syed Saddiq50Sekolah, institusi pendidikan di kawasan IPU lebih 180 tutup esok48Dua lelaki maut, lima cedera kemalangan di Glenmarie45Pelajar MRSM ikuti latihan di Media Prima45Haze: Negri schools, educational institutions to close tomorrow44Syed Saddiq urges Asean pressure, financial squeeze on firms linked to haze44MRSM Bintang Media adalah 'game changer' bantu tingkatkan kualiti pelajar - Dr Asyraf Wajdi43Alam Flora Worker Harassed In Viral Video Holds Valid Passport, Work Permit43Penerbangan Senai-Jeddah dibatalkan, keluarga reda42Askar maut tercampak dari jejambat hempap penunggang motor dekat TBS42Jangan terima tawaran bawa barang ke luar negara, elak dijerat sindiket - Mohd Shuhaily41Data DPP boleh digunakan memenuhi keperluan tenaga kerja - Saifuddin Nasution
NewUnconfirmedupdated 2 h ago

Hasil kukuh pacu penyusutan defisit fiskal Malaysia - BMI

Only social or community posts, or a single source.

Attention
21
no previous hour
Momentum
24
0 vs 0 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 13 Oct, 15:03 MYTLatest activity 13 Oct, 15:03BMconfidence 60%

What happened

KUALA LUMPUR: BMI mengekalkan unjuran defisit fiskal Malaysia akan menyusut kepada 3.4 peratus daripada keluaran dalam negara kasar (KDNK) pada 2027 berbanding anggaran 3.6 peratus pada 2026. (Berita Harian, 15:03)

Read the reporting

1 report
Photo: Berita Harian
Berita Harian·News·BM·2 min read

Hasil kukuh pacu penyusutan defisit fiskal Malaysia - BMI

By BERNAMA · 13 Oct, 15:03 MYT

KUALA LUMPUR: BMI mengekalkan unjuran defisit fiskal Malaysia akan menyusut kepada 3.4 peratus daripada keluaran dalam negara kasar (KDNK) pada 2027 berbanding anggaran 3.6 peratus pada 2026.

Unit Fitch Solutions itu menjangkakan kerajaan mampu mencapai sasaran hasil RM380.8 bilion pada 2027, meningkat 4.7 peratus berbanding sasaran 2026 yang disemak naik kepada RM363.3 bilion.

"Kami menjangkakan kutipan hasil akan mendapat manfaat daripada prospek pertumbuhan ekonomi yang menggalakkan.

"Kementerian Kewangan telah menyemak naik unjuran pertumbuhan ekonomi bagi 2026 kepada 4.8 hingga 5.3 peratus (BMI: 5.1 peratus) daripada 4.0 hingga 5.0 peratus sebelum ini. Pertumbuhan dijangka sederhana kepada 4.2 hingga 5.2 peratus pada 2027 (BMI: 4.5 peratus)," menurut BMI dalam satu kenyataan.

BMI berkata, kegiatan ekonomi yang berdaya tahan dijangka menyokong kutipan cukai jualan dan perkhidmatan (SST).

Sumbangan SST meningkat daripada kira-kira 7.5 peratus daripada jumlah hasil pada 2009 kepada 18.0 peratus pada separuh pertama 2026.

Pada masa sama, kenaikan harga minyak dijangka meningkatkan hasil berkaitan petroleum Malaysia, disokong kedudukan negara sebagai pengeksport bersih tenaga.

Kerajaan menjangkakan dividen daripada Petroliam Nasional Bhd (Petronas) meningkat kepada RM32 bilion pada 2027 berbanding anggaran RM27 bilion pada 2026.

"Walaupun keadaan ini menunjukkan hasil berkaitan petroleum berkemungkinan meningkat sedikit daripada 2.5 peratus KDNK pada 2026 kepada 2.6 peratus pada 2027, trend penurunan kebergantungan Malaysia terhadap hasil berkaitan petroleum secara keseluruhan dijangka berterusan," menurut BMI.

Perbelanjaan mengurus dijangka kekal tinggi dengan merangkumi 82 peratus daripada jumlah perbelanjaan kerajaan, didorong peningkatan subsidi dan bantuan sosial.

Ia termasuk bantuan tunai RM16 bilion kepada isi rumah berpendapatan rendah serta kenaikan gaji minimum kepada RM2,000 daripada RM1,700 sebelum ini.

Peruntukan subsidi dan bantuan sosial dinaikkan kepada RM74.5 bilion, bersamaan 3.2 peratus daripada KDNK, berbanding peruntukan asal RM49 bilion susulan peningkatan kos tenaga.

Walaupun perbelanjaan bagi tujuan itu dijangka berkurangan kepada RM72.7 bilion pada 2027, konflik berpanjangan antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran boleh meningkatkan lagi perbelanjaan subsidi.

Perbelanjaan pembangunan pula dijangka menurun bagi tahun ketiga berturut-turut kepada RM83 bilion pada 2027, bersamaan 3.6 peratus daripada KDNK.

Jumlah itu lebih rendah daripada purata tahunan RM86 bilion yang diperlukan bagi memenuhi komitmen perbelanjaan kerajaan sebanyak RM430 bilion sehingga 2030.

BMI berkata, pengurangan perbelanjaan pembangunan boleh menjejaskan matlamat jangka panjang Malaysia untuk meningkatkan produktiviti dan inovasi.

Keadaan El Niño yang teruk juga boleh mendorong kerajaan menyediakan subsidi tambahan kepada sektor pertanian.

Pada 9 Oktober lalu, Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim, membentangkan Belanjawan 2027 membabitkan perbelanjaan RM459.8 bilion, meningkat 3.6 peratus berbanding Belanjawan 2026.

Kerajaan menyasarkan defisit fiskal sebanyak 3.3 peratus daripada KDNK pada 2027, mencerminkan proses pengukuhan fiskal secara berperingkat.

Sasaran itu lebih rendah berbanding defisit 3.6 peratus bagi 2026 yang disemak semula daripada sasaran asal 3.5 peratus, menurut BMI.

– BERNAMA

© New Straits Times Press (M) Bhd

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 32NEWnow16:0017:00
Latest 17:06 MYT
21New
Mentions / h0Velocity0.00/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Berita Harian) source

Where it started

Berita Harian (News)
13 Oct, 15:03 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Berita Harian
    15:03

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Berita Harian

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.

Hasil kukuh pacu penyusutan defisit fiskal Malaysia - BMI · Malaysian Attention Engine