
Hasrat dapat gelaran 'Datuk' tidak kesampaian, ahli perniagaan Singapura rugi RM80,000
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
KUALA LUMPUR: Hasrat seorang ahli perniagaan warga Singapura memiliki darjah kebesaran membawa gelaran 'Datuk' lebur selepas kerugian RM80,000 akibat ditipu seorang lelaki tempatan. (Berita Harian, 11:58)
Read the reporting
1 report
Hasrat dapat gelaran 'Datuk' tidak kesampaian, ahli perniagaan Singapura rugi RM80,000
KUALA LUMPUR: Hasrat seorang ahli perniagaan warga Singapura memiliki darjah kebesaran membawa gelaran 'Datuk' lebur selepas kerugian RM80,000 akibat ditipu seorang lelaki tempatan.
Menurut sumber, mangsa berusia 52 tahun pada mulanya mengenali suspek yang mendakwa bergelar 'Datuk' melalui seorang rakan dan mereka berjumpa buat kali pertama di sebuah hotel terkemuka di pusat bandar raya awal Ogos 2025.
"Pada perjumpaan kali kedua di hotel sama pada 14 Ogos 2025, suspek menawarkan perkhidmatan untuk mendapatkan gelaran 'Datuk' kepada mangsa dengan harga keseluruhan RM300,000.
"Suspek kemudiannya meminta mangsa membuat bayaran pendahuluan RM80,000 bagi tujuan memulakan urusan proses penganugerahan itu," katanya.
Terpedaya dengan janji manis suspek, mangsa kemudian membuat transaksi pembayaran menggunakan mata wang kripto (USDT) bernilai kira-kira RM80,000 ke akaun dompet digital milik suspek pada hari sama.
Menurut sumber itu lagi, mangsa mula menyedari ada sesuatu yang tidak kena apabila suspek sering memberikan pelbagai alasan setiap kali dia bertanyakan mengenai status penganugerahan gelaran berkenaan.
"Mangsa yang mula curiga membuat semakan latar belakang suspek dan mendapati status 'Datuk' yang digunakannya adalah palsu dan tidak berdaftar di bawah senarai penerima darjah kebesaran Malaysia.
"Mangsa meminta suspek memulangkan semula wang pendahuluan itu, namun suspek terus memberikan alasan sama. Suspek akhirnya gagal dihubungi sejak 22 Januari lalu dan mangsa yang berasa ditipu membuat laporan polis untuk tindakan lanjut," katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Ahmad Azwan Amin Nordin ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.
Katanya, pihak polis kini sedang menjalankan siasatan terperinci berhubung insiden terbabit dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- 2 independent sources, 2 new in the last hour
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsBerita Harian11:58
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 2 established outlet(s): Berita Harian, Harian Metro
What we don’t know
- No open questions flagged by the rules.
All sources (2)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.