
HCTM pertama tanam perentak jantung tanpa wayar melalui urat leher
Only social or community posts, or a single source.
What happened
PETALING JAYA: Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mencipta sejarah sebagai hospital pengajar universiti pertama negara melaksanakan penanaman perentak jantung tanpa wayar melalui salur darah di leher terhadap dua pesakit warga emas. (Utusan Malaysia, 13:45)
Read the reporting
1 report
HCTM pertama tanam perentak jantung tanpa wayar melalui urat leher
PETALING JAYA: Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mencipta sejarah sebagai hospital pengajar universiti pertama negara melaksanakan penanaman perentak jantung tanpa wayar melalui salur darah di leher terhadap dua pesakit warga emas.
Prosedur menggunakan teknologi Micra leadless pacemaker itu dilakukan pada 14 Oktober lalu terhadap seorang lelaki berusia lingkungan 70-an dan wanita berusia 80-an yang mengalami masalah denyutan jantung perlahan.
Kedua-dua pesakit menjalani pemeriksaan dan penilaian menyeluruh oleh pakar elektrofisiologi HCTM sebelum disahkan sesuai menjalani prosedur berkenaan.
“Pasukan perubatan diketuai pakar kardiologi dan elektrofisiologi HCTM, Dr. Mohd Asyiq Al-Fard Mohh. Raffali berjaya menempatkan peranti itu ke dalam jantung kedua-dua pesakit dengan hanya satu cubaan.
“Prosedur berkenaan turut mendapat bimbingan dan kerjasama teknikal pakar antarabangsa, Prof. Dr. Liu Jun dari Shenzhen Hospital, Chinese Academy of Medical Sciences, China,” kata HCTM dalam kenyataan.
Secara konvensional, perentak jantung tanpa wayar dimasukkan melalui salur darah di bahagian lipatan paha.
Bagaimanapun, kaedah itu mungkin tidak sesuai bagi pesakit tertentu, khususnya mereka yang mengalami salur darah tersumbat, struktur anatomi kompleks atau keterbatasan fizikal.
Sebaliknya, kaedah transjugular access membolehkan peranti dimasukkan melalui urat leher sebagai laluan alternatif untuk mencapai ventrikel kanan jantung.
Teknologi Micra berbentuk kapsul itu tidak memerlukan wayar penyambung atau penjana bateri yang ditanam di bawah kulit dada, sekali gus mengelakkan komplikasi berkaitan poket pembedahan dan kerosakan wayar dalam jangka panjang.
Penggunaan akses melalui leher juga membolehkan pesakit bergerak dan berjalan lebih awal selepas prosedur berbanding kaedah melalui paha yang memerlukan mereka berbaring untuk tempoh tertentu.
Selain mengurangkan risiko pendarahan di bahagian paha dan pembentukan darah beku, pendekatan itu tidak meninggalkan parut pembedahan atau benjolan pada dada.
Kejayaan menempatkan peranti dengan hanya satu cubaan turut mengurangkan keperluan mengubah kedudukan alat berulang kali di dalam jantung, sekali gus membantu mengurangkan risiko komplikasi termasuk kebocoran dinding jantung.
Pencapaian itu membuktikan keupayaan kepakaran tempatan dalam mengendalikan teknologi intervensi kardiovaskular berteknologi tinggi, selain memperkukuh kerjasama antarabangsa dalam pemindahan teknologi dan kepakaran perubatan terkini. – UTUSAN
The post HCTM pertama tanam perentak jantung tanpa wayar melalui urat leher appeared first on Utusan Malaysia .
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Utusan Malaysia) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsUtusan Malaysia13:45
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Utusan Malaysia
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.